Wednesday, June 19, 2013

Pre Wedding Photoshoot

Official Photographer.. Benda ni aku duk pening fikir mana nak cari. So banyk gak la aku cari kat FB. And jumpa satu photographer yang memang kena ngan taste aku. Gambar dia amik memang cantik anf=d unik. Aku dah tanya harga seme, dia ok and cepat je jawab.

Tapi tak jadi nak booking dia memandangkan tarikh masa tu tak tetapkan lagi. Takut jugak deposit aku burn camtu jer kan. So tunggu je cik abang aku ni bagi tarikh.

Rupanya dia dah ada sorang member yang memang jadi OP wedding. So, kawan dia ni setuju nak shoot sebelah terengganu tapi tak dapat sebelah Penang. So, aku pun dengan senang hati la. Kawan dia, takkan tak caya kan.

Harga boleh dirunding. So, dia bagi satu free session, free wedding. masa on the way balik ganu =, kami singgah di Taman Gelora untuk sesi pre wedding. Alang2 kan buat je. Aku ni sebenarnya ada fantasi lain untuk pre wedding, tapi nampaknya tak kesampaian la fantasi aku.

So, pre wed aku camni je la.. Alhamdulillah. Ada gak rezeki buat pre wed walaupun tak seperti yang diangankan.

Kalau ada yang berminat tu boleh la usha FB dia https://www.facebook.com/mohamadnasir.fotorun?fref=ts

Nanti gambar kawen dah siap aku update lagi supaya korang leh tengok hasilnya.

Adios.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, June 10, 2013

Persiapan perkahwinan ~Veil DIY Jadi Nyata

Rajin plak aku sejak dua tiga hari ni. Asyik update blog jer. Maklumla, persiapan kawen yang tak pernah abes ni ha...

Lepas usha beberapa blog, maka aku pun decide nak jugak buat veil sendiri sbb penat dah duk pusing KL cari veil yang seswai ngan baju nikah aku. Susah nak cari kaler yang sama.

Aku pun ke Selayang Mall beli kain chiffon, 2 meter. RM 8.80 semeter ok. Kira murah la tu. Then drive balik umah. Lepas maghrib je, trus jalankan misi.

1.Potong ikut tudung adiah en tunang hari tu...

2.Testing dulu. Agak2 macam mana nak susun renda tu. Bila dah puas ati, trus jahit je!
3. Jahit dalam 6 keping kiri kanan then aku dah penat. Tapi tak sabar gak nak tunjuk hasil tangan aku ni...
Dari sisi belakang
Posing bajet cun ni.. abaikan!
So, bagi aku senang je nak buat veil ni. Ambik masa dalam sejam je. Tapi bila nak jahit manik2 nanti, suffer la korang bermata kungfu panda! Nanti pas buat crumble or pearl nanti aku update k.

Selamat mencuba!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, June 9, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Veil

Hari ni turun jelaja Jalan TAR lagi. Malangnya gerai tutup. Tinggal kedai2 dalam bangunan jer.  Aku duk tahan lapar semata2 nak makan laksa kat situ, rupanya hari ni tutup. Sedih -___-"

So, kitorang ni berkelana la berdua, jalan2 cari makan. Then tak pasal2 gi naik Mydin. Beli kerongsang untuk sogkok akad nanti. En Tunang beli pen (suka betol menulis). aku tak beli pape pon.

Bosan punya pasal, kitorang jelajah Festival City plak. Gi cari kasut nikah. Tapi tak beli jugak.Masuk Kaison and jumpa barang untuk buat sireh junjung pihak lelaki.

Harga berpatutan
Makanya, veil memang tak beli..aku rasa cam nak DIY Veil jugak... Hihi...

Testing renda baju nikah untuk veil
Macam hape dah.. Tapi bila test, macam eksaited plak nak buat Veil DIY
Harap2 kreatif la tangan aku ni.. Pastu nak suh kak ipar jahitkan manik crumble. Tunggu ya! Nanti dah siap aku upload =)

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, June 8, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Sampin dan Telekung

Pantang ada masa, sekarang jalan2 dan beli barang2 kahwin lagi. Seronok jugak jalan ada tujuan ni. En. Tunang da bagi hint gi SOGO (sebab hari tu janji nak belikan dia beg Polo. Bukan untuk hantaran, saja2 je). So, kitorang pun terus ke SOGO, malangnya takde plak yang dia berkenan. Dengan hati senang ke Jalan TAR. Nak beli Sampin, Telekung, Sejadah dan tudung untuk akad nikah.

Sampin mostly harga dar RM50 - RM1,500. So, pandai2 la memilih. Alah membeli menang memakai. Boleh dikatakan semua kedai kitorang masuk. Thanks to En. tunang, sabar je masuk tiap kedai walaupun masa tu aku dah pening2 lalat. Rambang mata! Last2, beli tudung dulu la...

  
RM12. Can U believe it!!
Ni kiranya untuk inner masa nikah nanti. Boleh jugak untuk pakai hari biasa. Aku pilih warna ni sebab nanti nak pakai veil kaler putih. Harap ada la.

Then, gi pusing2 cari kain sampin. Jenuh jugak la. Last dapat la beli yang murah ni...

Nak cari kain sari ke, sampin ke...
 Rambang mata pilih telekung. Last2, en.tunang decide beli yang ni...
Beli aje asalkan ikut tema. Telekung dan sejadah je bajet dalam RM150

Kalau nak beli manik, riben, renda, bunga telur dan macam2 lagi, aku suggest gi la kedai ni. Memang sangat berpatutan. And aku macam bese, rambang mata lagi!!!

Depan SOGO. Deretan kedai.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Save The Date ~ My Wedding



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, June 7, 2013

Baju Nikah Siap!


Alhamdulillah. Siap pun baju ni. Ni my housemate Mariani yang sponsor kainnyer. Untuk pengantin lelaki jugak. Thanks Ani!

Tempahan baju dibuat di Harnie Fesyen. Sepatutnya buat design peplum tapi sayang kat renda tu maka tukang jahit decide buat kurung moden. And aku sangat puas hati. Mostly semua baju aku tempah kat dia. Akak ni cantik and lemah lembut. Baik plak tu. Kalau sesapa nak tempah tu sila la. Harga sangat berpatutan!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, June 5, 2013

Wedding Teaser



Bunga Pahar Teaser
Penat jugak nak cop dan tampal kat goodies bag ni. Tapi berbaloi




Sesaje je ni.. Teaser gak ke.. Thehehe

Penat jari jemari menyiapkan riben ni


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, June 1, 2013

Feeling Blue Today

When U think that people (mostly siblings) are there to help.. True enough, some are really supportive but some are taking advantage. It is dissappointing thinking that the closest blood related person were taking us for granted. Some are helping wishing that we could then 'pay' them back. And some were there to just happily smirk when you are facing difficulties in managing the event. People, which sometimes you think that you shouldn't trust anyone except yourself.

As for today, the feeling did not grow fonder to the close family. I was rather crying thinking how people treat us like a bank. Spend as much of our money to accomodate themselves or feel like we could supply money whenever things needed. Truthfully, do you know how hard for us to earn the money? We seems happy and loaded, coz we didi not spend for something unnecessary. Did I buy any VW car which I can afford to buy now? I still driving my small Viva (malaysia car!). Did I spend my money buying those fancy handbag? Did I? Because to what I understand, those things faded quickly. The fame and famous means nothing. You drive fancy car, yet you don't have friends. You wear fancy handbag, and you can't treat your best friend. Because you are saving your money to buy another fancy handbag!

And, when I am loaded. They asked me to sponsor this and that. But when it came to my oown wedding, they shut their mouth and hide their hand. Stay as far as possibly so I could not come and begging for help. Well, thats how people are. But, god are always there. The helps come from other people who previously we ignore. And people that never begging for help. Alhamdulillah. Now, Allah has shown me the true color of some people. And for that, I will never trust people. I keep distance, and never let people to take me for granted anymore.

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v