Thursday, June 21, 2012

Bicara Hati Mengenai Jodoh


Terkejut hari ni bila dapat panggilan dari adik (angkat). Jemputan ke majlis pertunangannya. Rasanya baru beberapa bulan lepas pertunangan dibatalkan.

Aku terkejut kerana calon tunangnya bukan orang yang sama. Mungkinkah ini yang kita namakan jodoh? Aku berharap sangat kali ini, dan selamanya dia akan bahagia. Dan berkata: "Akak, saya tidak menyesal mengenalinya selepas berkahwin. Cinta kami lebih utuh. Sesungguhnya, setiap yang terjadi ada hikmahnya..."

Amin...

Beberapa panduan tentang jodoh yang aku fahami, sama ada membaca atau peringatan orang2 tua...

1: Kalau dah jodoh, sejauh mana pun kita... sekejap mana pun berjumpa, jika ditakdirkan itu jodoh kita maka berkahwinlah kita dengan pasangan. Kalau bukan jodoh kita, selama mana pun bercinta tak juga ke jinjang pelamin. Bak kata Dr. Tuah, makanan yang hampir disuap pun boleh jatuh dari tangan jika bukan rezeki kita.

2: Jodoh sampai lambat kerana Allah meminta kita bersabar. Biar lambat berkahwin, asalkan tidak salah memilih. Buat apa berkahwin jika tak sampai sebulan dah bercerai?

3: Jodoh kita telah ditentukan semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.. Jodoh setiap orang telah tertulis di Lauh Mahfuz.

Ya Allah. Besarnya kurnia dan rahmatMu hingga tak terduga akanku percaturan hidup.Kata kata yang sering didengar sejak akhir2 ni. Maklumlah, usia sudah menginjak 27 tahun. Calonnya masih belum ada.

Mungkin jika aku menerima lamaran seorang teman 4 tahun dulu, aku takkan terluka sampai hari ini. Mungkin anak dah menginjak 3 orang.

Mungkinkah aku akan bahagia kerana dia juga pernah bertakhta di hati dan antara insan yang terlalu mengambil berat pada aku.. Seseorang yang aku kenal hati budinya.. Keluarganya.. dan sejarahnya..

Astaghfirullah.. Hingga ke situ aku berfikir kan? Bukan senang menjadi perempuan.. Kahwin lambat pun susah, kahwin awal pun susah.

Tak aku nafikan, melihat pasangan bercinta dan memeterai hubungan, sedikit sebanyak mengingatkan
aku akan hubungan itu. Mengapa? Mengapa dia bukan untukku? Atau mengapa aku bukan untuk dia?

Perasaan yang sama mungkin korang juga rasai, ketika dan saat ini.. atau mungkin telah bertemu jodoh masing2 setelah jatuh tersungkur.
Beruntungnya pada sesiapa yang bercinta dan berkahwin. Kerana akhirnya dapat memeterai hubungan yang bertahun dijaga, dengan penuh jerih dan perih, bergaduh dan bergembira. Dan akhirnya membina keluarga bahagia.

Atau yang bercinta selepas kahwin?
Tak perlu bersusah payah bercinta, merajuk.. Tetapi semuanya dikecapi setelah berkahwin. Mungkinkah lebih indah?

Aku tak ingin memilih pasangan secara semberono. Atau seperti membeli pakaian. Cuba dulu baru beli. Atau seperti memilih lelaki di pasaraya. Ambil mana yang murah dan available.
Sekurang2nya biarlah senang hati bila bersamanya.Bila sakit ada yang menjaga. Bila lalai ada yang mengingatkan.Paling penting, sayangkan keluarga aku.

Kalau hensem, berduit, berpendidikan tinggi tapi ego.. apalah gunanya dalam rumah tangga. Kemewahan, mungkin.. Tetapi cinta dan pengorbanan mungkin tak wujud.

Sekurang2nya ada itu. Maka, mungkinkah aku akan cuba option ke dua. Bercinta selepas berkahwin?

Mungkin terjadi.. Hehe...
Berangan nak jadi isteri CEO


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, June 19, 2012

Soft Kitty Warm Kitty Little Ball of Fur


Dah lama tak update blog. Sibuk bebenor dengan kelas tuisyen. Dah start mengajar bahasa inggeris tingkatan 4 dan Biologi menegah atas.
Bukan senang rupanya nak bagi student paham.
Dalam kesibukan yang tak ingat dunia, aku sangat gembira dengan kehadiran dua cahaya mata (ops! not yet married!).
Dua ekor kucing kacukan america, tuan rumah aku punya. Hurm.. aku memang suka kucing and secara naive nya aku dengan
gembira untuk tolong dia. Hepi sangat bila ada kucing kat rumah. Jimmy dan mimmie.

Lain plak ceritanya bila kawan2 sekerja tahu aku tolong jagakan kucing dia. Gosip hangat! Sorang kata tuan rumah cuba ngorat aku menggunakan kucing.
(lupa nak bagitahu tuan rumah aku single and muda lagi..umur tua 2 tahun kot dari aku..).
So memang sedap la deorang gosipkan aku kan.

Andaian aku, tuan rumah bukannya tahu aku ni single ke tak kan? Dia memang nak aku tolong jagakan jer. Kalu dia rasa aku songle, tu pendapat dia. (Tetiba dapat idea jahat nak gantung gambar aku ngan budak2 lelaki mana2 yang nampak mesra kan..nak gantung gamba ngan ex kang sakit plak hati..haish...)

Tu idea jer tapi aku tak buat pon. Abaikan semua tu. Janji aku buat demi dapat pahala. Cewah! Sebenarnya aku boring duk umah tanpa ada komitmen.. So at least bila
ada Jimmy ngan Mimmie terasa la ada anak2 kat umah kan? Betul kot fakta mengatakan: orang kesunyian selalu bela kucing!

So, hari pertama agak tough..nak seswaikan diri ngan deorang. Tapi masuk hari kedua ok dah. Mimmie dah mula rapat ngan aku.
Kata tuan tanah, dia kuat cakar tapi takder pon. So, terbuktila aku ni penyayang kan? Hehe... Introducing, Mimmie and Jimmy in my life!
Me and Mimie

Me and Jimmy



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, June 18, 2012

A Step Further, but Away from Him


Barely in a good shape lately.. had catch a mild fever and fatigue... post nasal drip triggered by dust. Oh! How I hate this feeling.
I lost my passion towards my work. I lost my focus. But I didn't lost my appetite at all. And thats how I gained another kg month by month.

I had a feeling being abandoned, by my boss. 
Funny isn't it? He just too busy and travelling, a lot! I've heard he isn't in a good mood and 'hulkiesh'. I rather not trying to attempt him.
With APOLLO is closing, left me only EXAMINE, which the follow up of patients once per three month I am bored and dying!
Comparing it to ARISTOTLE-era, we have clinic once a week, or maybe twice. My schedule was pack and tight. Right now, I can even walk with a speed of 20km/h.
This is not what I used to be. 

Luckily I had another offer, and considering to accept the offer. Maybe it is time for me to move on and attempt another adventure.
I want to broaden my passion, my obsessiveness to something even bigger. Alhamdulillah.. But leaving him isn't easy. 

Will I find another person who protect me like he did?

Will I meet another person who I can argue with? who can settle thing in just 5 minutes? Who make my way so easy? who will say "don't worry, i got ur back!"
who text me very early in the morning?

I'm gonna miss that moment. I'm gonna miss everything... my office, my friend and the dean's room...
I'm about to step out from my comfort zone, and I am so scared to leave him behind. For everything that he had done to me...
I hope that this is just a feeling.. and it will eventually fades.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, June 17, 2012

Kenanga Wholesale Centre

Mall ni tak berapa nak ramai yang tahu... yang sebenarnya dah benayak kali kot aku shopping di sini. Semua barang murah, kalau beli secara borong la.. Ala, bukan kena beli sampai sedozen.. Tanya tuan kedai, minimum borong berapa. 

So far, aku beli yang kena borong minimum tiga jer. Takkanla nak beli baju sedozen kan. Susah tu nak cari pattern yang berkenan, even 1, inikan plak 12.

So, kena la pandai kautim ngan pembeli lain (walaupun tak kenal).. Kalau dia beli dua, korang amik la satu. So automatik dapat harga borong. Tu yang aku buat bila shopping sorang2 kat sini.

Nak lagi best, bawak member dalam empat orang. Pandai2 la pilih barang yang nak dibeli...

Antara barang2 yang ada:
Kedai jubah (fesyen paling latest!)
Kedai baju kurung
Tudung
Barang2 baby
Pakaian lelaki
Pakaian ala2 korea
Kerongsang
Aksesori
Kedai menjual rak2 untuk peniaga
Macam2 lagi...

Selamat mencuba!

Beberapa kedai or butik yang best!
The best thing: ada Old Town White Coffee


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v