Showing posts with label Sambut Menantu. Show all posts
Showing posts with label Sambut Menantu. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Majlis Resepsi Sebelah Pengantin Lelaki

Seminggu lepas majlis kenduri sebelah aku, makanya hari ini adalah majlis resepsi sebelah lelaki. Ngantuknya sebab malam tadi berinai (aku inaikan sendiri) dengan hubby kul 2 pagi. Meniarap dan terlentang di atas katil tunggu inai kering. Aku siap majuk2 lagi sebab hubby cerewet sangat. Itu tak kena ini tak kena. Orang dah ngantuk tahap gaban dia sempat lagi nak komplen2.

Pukul 11 pagi dah pegi make up. Official Photographer (OP) siap ikut awal2 and kat butik tu ada la beberapa pengantin duk beratur nak tunggu make up. Aku ni kira yang ke3 kot. So, masa start make up sampai abes make up, flash sana sini rasa cam artis lak. Haha. Lepas make up posing2 lagi depan kamera sampai orang len pun nek menyampah kan (dalam hati mesti kata kitorang ni poyo kan bajet artis)..takpe2, aku bayar.

Dan sangat feymes coz hubby pakai uniform. Lain dari yang lain la.. Deorang duk tengok je. Bangga jugak la sebab hubby kita ensem. (jangan muntah ok). So, berjalan lah majlis tepat pukul 2 diiringi hujan renyai2 seperti majlis pernikahan kami hari tu. Hujan rahmat kata orang. Alhamdulillah.

Cekidaut!
Berbisik bisik atas pelamin...yang sebenornye cover malu..

Kawan2 yang datang dari jauh. TQ all!

Family yang kena paksa ngan photographer..sporting abes!
Alhamdulillah majlis sangat ok walaupun aku dah nangis and buat perangai cam budak kecik. Penat sangat2 rasa cam nak tido jer. Bulu mata tuhan jer tau betapa beratnye. Lepas sesi outdoor je terus anta baju dan balik tido. Yieehaaaa!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, June 10, 2013

Persiapan perkahwinan ~Veil DIY Jadi Nyata

Rajin plak aku sejak dua tiga hari ni. Asyik update blog jer. Maklumla, persiapan kawen yang tak pernah abes ni ha...

Lepas usha beberapa blog, maka aku pun decide nak jugak buat veil sendiri sbb penat dah duk pusing KL cari veil yang seswai ngan baju nikah aku. Susah nak cari kaler yang sama.

Aku pun ke Selayang Mall beli kain chiffon, 2 meter. RM 8.80 semeter ok. Kira murah la tu. Then drive balik umah. Lepas maghrib je, trus jalankan misi.

1.Potong ikut tudung adiah en tunang hari tu...

2.Testing dulu. Agak2 macam mana nak susun renda tu. Bila dah puas ati, trus jahit je!
3. Jahit dalam 6 keping kiri kanan then aku dah penat. Tapi tak sabar gak nak tunjuk hasil tangan aku ni...
Dari sisi belakang
Posing bajet cun ni.. abaikan!
So, bagi aku senang je nak buat veil ni. Ambik masa dalam sejam je. Tapi bila nak jahit manik2 nanti, suffer la korang bermata kungfu panda! Nanti pas buat crumble or pearl nanti aku update k.

Selamat mencuba!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, June 9, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Veil

Hari ni turun jelaja Jalan TAR lagi. Malangnya gerai tutup. Tinggal kedai2 dalam bangunan jer.  Aku duk tahan lapar semata2 nak makan laksa kat situ, rupanya hari ni tutup. Sedih -___-"

So, kitorang ni berkelana la berdua, jalan2 cari makan. Then tak pasal2 gi naik Mydin. Beli kerongsang untuk sogkok akad nanti. En Tunang beli pen (suka betol menulis). aku tak beli pape pon.

Bosan punya pasal, kitorang jelajah Festival City plak. Gi cari kasut nikah. Tapi tak beli jugak.Masuk Kaison and jumpa barang untuk buat sireh junjung pihak lelaki.

Harga berpatutan
Makanya, veil memang tak beli..aku rasa cam nak DIY Veil jugak... Hihi...

Testing renda baju nikah untuk veil
Macam hape dah.. Tapi bila test, macam eksaited plak nak buat Veil DIY
Harap2 kreatif la tangan aku ni.. Pastu nak suh kak ipar jahitkan manik crumble. Tunggu ya! Nanti dah siap aku upload =)

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, June 8, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Sampin dan Telekung

Pantang ada masa, sekarang jalan2 dan beli barang2 kahwin lagi. Seronok jugak jalan ada tujuan ni. En. Tunang da bagi hint gi SOGO (sebab hari tu janji nak belikan dia beg Polo. Bukan untuk hantaran, saja2 je). So, kitorang pun terus ke SOGO, malangnya takde plak yang dia berkenan. Dengan hati senang ke Jalan TAR. Nak beli Sampin, Telekung, Sejadah dan tudung untuk akad nikah.

Sampin mostly harga dar RM50 - RM1,500. So, pandai2 la memilih. Alah membeli menang memakai. Boleh dikatakan semua kedai kitorang masuk. Thanks to En. tunang, sabar je masuk tiap kedai walaupun masa tu aku dah pening2 lalat. Rambang mata! Last2, beli tudung dulu la...

  
RM12. Can U believe it!!
Ni kiranya untuk inner masa nikah nanti. Boleh jugak untuk pakai hari biasa. Aku pilih warna ni sebab nanti nak pakai veil kaler putih. Harap ada la.

Then, gi pusing2 cari kain sampin. Jenuh jugak la. Last dapat la beli yang murah ni...

Nak cari kain sari ke, sampin ke...
 Rambang mata pilih telekung. Last2, en.tunang decide beli yang ni...
Beli aje asalkan ikut tema. Telekung dan sejadah je bajet dalam RM150

Kalau nak beli manik, riben, renda, bunga telur dan macam2 lagi, aku suggest gi la kedai ni. Memang sangat berpatutan. And aku macam bese, rambang mata lagi!!!

Depan SOGO. Deretan kedai.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, June 7, 2013

Baju Nikah Siap!


Alhamdulillah. Siap pun baju ni. Ni my housemate Mariani yang sponsor kainnyer. Untuk pengantin lelaki jugak. Thanks Ani!

Tempahan baju dibuat di Harnie Fesyen. Sepatutnya buat design peplum tapi sayang kat renda tu maka tukang jahit decide buat kurung moden. And aku sangat puas hati. Mostly semua baju aku tempah kat dia. Akak ni cantik and lemah lembut. Baik plak tu. Kalau sesapa nak tempah tu sila la. Harga sangat berpatutan!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, May 27, 2013

Bunga Pahar DIY ~ Inovasi

Persiapan yang agak lambat untuk bunga pahar. Sebenarnya kalau ikutkan hati, beli je yang dah siap. Rambang mata masa gi Nilai 3 hari tu tapi nasib baik tak beli. Dalam hati, teringin nak try buat bunga pahar sendiri. Maca best je bila tengok blog kan.

So, aku pun ke kedai popular, cari bahan. Untuk buat bunga ni.

Kalau 120 bunga crepe, total kos: RM 21.00
20 kertas crepe x RM0.80 = RM16.00
100 lidi sate x RM 1.50 = RM 3.00
100 Dawai halus x RM 1 = RM 2.00
Pembalut hijau tak sure lagi berapa harga.

So, sangat berbaloi. Cuma masa dan tenaga ajer yang diperlukan. Bukan susah nak buat pon.
Cara2 nak buatnye senag aje seperti di bawah na...

1. Lipat 2 kertas crepe yang besar tu (dah buka jadi sehelai), then lipat 2 lagi. Pastu lipat 3.
2. Gunting. So untuk 1 bunga akan dapat 8 helai kertas crepe.
3. Then, lipat jadi kipas macam korang selalu main kecik2 dulu.


















Ni cara ikat dawainya...

















Tarik sehelai demi sehelai. Jangan gelojoh na...



















Pastu pasang la lidi. Lilit lebihan dawai pada lidi



















Ni kalau nak buat dua warna
















Sama jugak. Bila buka, dia jadi bentuk ni



















Then tarik sehelai demi sehelai dengan sabar.

















 Walla! Ni la hasilnya...
















Lepas tu korang boleh tambahkan riben. Ikat jer bawah bunga tu. Dan tambah kain net untuk letak telur.
Lupa nak beli so tak siap sepenuhnya lagi bunga ni. Nanti aku update lagi na.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, May 25, 2013

Sireh Junjung Designing


InsyaAllah.. Majlis da dekat dan aku da stat buat hantaran. Sekarang tengah cari idea untuk sireh junjung. Well, sebenarnya design ni aku amik kat google, lukis2 then tukar warna ckit. Sebab kalau dalam tenet macam leceh nak tgok design satu2. So, mana2 design yang aku berkenan, aku lukis dalam buku wedding planner yang comel dan bawak setiap masa. Semua design ada.. Hahaha
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, May 15, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Kasut

Kali ni kitorang decide untuk beli kasut. Yang pada mulanya dia tak mau kasut formal yang kaler hitam tu. Nak yang kasual. So, pening kepala duk pikir kasut macam mana. And dia sangat cerewet orangnya. Memang round seluruh shopping mall kat KL la jawabnya.

Then, teringat plak nanti sanding nak pakai kasut apa kan? Takkan kasut but polis dia tu. Haha. Dia pun setuju la nak aku belikan  kasut hitam tu. Yes!! (Dalam hati je..kang marah plak dia).

Dia pun kena beli untuk aku jugak. So, aku ni kan pantang ngan kasut2. Memang akan rambang mata la bila pilih. Tak yah suruh takpe, memang aku akan pilih jugak. Dia pun beli la kasut tu (aku dah usha dulu sebelum kitorang kuar nak beli). Tengok je tros berkenan. Harga belakang kira. Tapi kesian kat dia jugak sebab takut harga tu mahal. Seb bek dia pun suka. Sporting abes en.tunang!

Dah beli, bawak balik rumah. Dalam hati, betapa tak sabar nak pakai. Terfikir jugak, pakai ni dulu. Nanti beli lain la untuk hantaran. Sebab rasa memang tak sabar dah neh. Dah mimpi2 nak pakai kasut tu. Beberapa kali gak merayu kt en. tunang. Nak paka kasut tu. Tapi dia tak bagi. Sdih jugak.

Satu hari tu, tiba je en.tunang call and ajak kuar. Then dia kata nak belikan kasut tu. Bayangkan betapa hepinya aku! Seronok sangat. Sebab nak beli sendiri duit dah habes. Beli hantaran sekaligus kan memang la. Hehe. Sayang dia! Kitorang pun apa lagi. Terus ke SOGO dan beli kasut. Senyum sampai ke telinga lepas tu, and duit en.tunang melayang2 sebab harganya agak mahal la.. Cian dia. Takpe, nanti ayang ganti hadiah lain k. I owez luv u!

Dapat kasut brand sama and pattern sama. Just corak aje lain


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, December 15, 2012

Wedding Reception ~ A humble one

Selang seminggu majlis nikah di Melaka, sekarang giliran pihak kitorang plak untuk menyambut menantu. Macam bese, aku memang tak dapat cuti lama. Penat tuhan saja yang tahu. Baru drive ke Melaka minggu lepas, minggu ni drive balik Terengganu pulak.

Time time macam ni buat aku rasa nak kawen and ada husband so dia boleh tolong drive. Berangan je la kan. Kalau ada husband yang keje je 24 jam, tak guna jugak. Haisssh...

Apa apa pun, sesampai jer kampung tepat kul2 petang, tros basuh periuk belanga.. kuar shopping barang dapur.. Aktiviti memasak mula kul 2 petang sampai la ke keesokan harinya. Biasa la tu. Nasib baik dah pakai katering maka kerja masak memasak kurang sikit.

Kudin duk rajin kacau gulai kawah

Sambil masak sambil gosip

Otai kampung kami

Dapur yang dah tak macam dapur
Pada hari berlangsungnya majlis, aku yang paling sibuk (konon) menyetelkan kerja2 yang lain. Actually kak ipar and abang aku paling bizi. Aku keje gi kedai cari santan, beli itu ini.. kejar lori ais sebab nak beli ais. Sambut tetamu.


pengapit pengantin

doorgift
Kerja ni takde la penat sangat. yang paling memenatkan adalah menjawab pertanyaan makcik2 yang duk tanya majlis aku. kenapa single lagi. Kenapa adik kawen dulu? dah ada calon ke belum? Macam2 lagi pertanyaan seumpamanya.

Well.. Aku dah kalis dah maka leh jawab ngan senyuman and bergurau senda. Oi.. menantu takder orang interbiu pon. Ni deorang datang tengok menantu ke tengok aku ni. Haha.

khemah

khemah bagi tetamu perempuan

orang kuat baru nak jamu selera

kawan2 yang turut hadir
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar. Ada yang sempat dilayan dan ada yang termiss. Aku harap takder la yang pulang ngan tangan kosong and dengan hati yang lara.

Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kami sekeluarga..
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v