Saturday, December 15, 2012

Wedding Reception ~ A humble one

Selang seminggu majlis nikah di Melaka, sekarang giliran pihak kitorang plak untuk menyambut menantu. Macam bese, aku memang tak dapat cuti lama. Penat tuhan saja yang tahu. Baru drive ke Melaka minggu lepas, minggu ni drive balik Terengganu pulak.

Time time macam ni buat aku rasa nak kawen and ada husband so dia boleh tolong drive. Berangan je la kan. Kalau ada husband yang keje je 24 jam, tak guna jugak. Haisssh...

Apa apa pun, sesampai jer kampung tepat kul2 petang, tros basuh periuk belanga.. kuar shopping barang dapur.. Aktiviti memasak mula kul 2 petang sampai la ke keesokan harinya. Biasa la tu. Nasib baik dah pakai katering maka kerja masak memasak kurang sikit.

Kudin duk rajin kacau gulai kawah

Sambil masak sambil gosip

Otai kampung kami

Dapur yang dah tak macam dapur
Pada hari berlangsungnya majlis, aku yang paling sibuk (konon) menyetelkan kerja2 yang lain. Actually kak ipar and abang aku paling bizi. Aku keje gi kedai cari santan, beli itu ini.. kejar lori ais sebab nak beli ais. Sambut tetamu.


pengapit pengantin

doorgift
Kerja ni takde la penat sangat. yang paling memenatkan adalah menjawab pertanyaan makcik2 yang duk tanya majlis aku. kenapa single lagi. Kenapa adik kawen dulu? dah ada calon ke belum? Macam2 lagi pertanyaan seumpamanya.

Well.. Aku dah kalis dah maka leh jawab ngan senyuman and bergurau senda. Oi.. menantu takder orang interbiu pon. Ni deorang datang tengok menantu ke tengok aku ni. Haha.

khemah

khemah bagi tetamu perempuan

orang kuat baru nak jamu selera

kawan2 yang turut hadir
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar. Ada yang sempat dilayan dan ada yang termiss. Aku harap takder la yang pulang ngan tangan kosong and dengan hati yang lara.

Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kami sekeluarga..
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment