Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Me and Him ~ Compatibility

Dah lama tak update blog. Busy -___-"
Busy dating jugakla. Maklumlah, bercinta sakan sebelum melangkah ke arah perkahwinan. Seriously, kena kenal pasangan betul2. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, supaya lepas kahwin nanti takdela krisis besar nak adapt dengan pasangan.

Dia kira untung sebab dapat berkahwin dengan cinta pertama dia (iaitu aku).. aku plak, bukan tak untung, cuma alangkah bagusnya kalau aku jumpa dia dulu lagi. Hilang segala pening, nak fikir mana nak cari lelaki yang leh blend in ngan adik beradik dan especially mak ayah aku. Ciri2 yang paling aku suka. Well, bukan nak puji dia sebab dia bakal jadi husband aku.

Cuma, first time jumpa, satu-satunya ciri yang aku rasa dia ada, cepat mesra. And aku takkan teragak2 nak bawa dia ke majlis or jumpa keluarga. And aku tak perlu risau kalau balik kampung, aku sibuk bergosip ngan sedara mara. He can handle himself and blend in. Thats the most important thing =)

Secondly, dia ni rajin jugak meneman aku shopping. Mula2 dulu aku test jugak tengok larat ke tak teman aku sehari suntuk round IKEA, Curve... Agak2 dia mengeluh tak. Tapi aku give up la, sebab rupanya dia lagi kuat shopping (window) berbanding aku. Tambahan plak aku ni ada sakit lutut. Kang mintak didukung plak kan. Tak leh buat kat Malaysia ni walaupun da kawen. mahu masuk TV3 nanti. Tak ke feymes aku kalah Lisa Surihani (yusry tak pernah dukung dia pon kan...)

Semua takhta yang dulunya untuk aku, habis dirampas oleh dia. Ramah aku, ramah lagi dia. Kuat shopping aku lagi kuat dia shopping. Kuat merajuk aku, dia lagi kuat merajuk... So, aku dah jadi naib johan dalam soal ni. Kecuali satu benda, memasak.

Alhamdulillah dia tak pandai masak. So, boleh la aku tunjuk skill yang tak seberapa ni. And rasa bangga sangat bila dia kagum ngan masakan aku. Padahal aku masuk rancangan Masterchef kompen tersingkir masa peringkat saringan lagi! -___-"

Well, at least ada la ciri2 memikat hati suamii kan. Paling dia suka..yang mostly aku masak sekali seminggu (kena pantau paras gula dia setiap bulan pasni)...


 
 
Bubur kacang makan dengan roti gardenia. Memang umphhh!
 
Alhamdulillah. Dia suka masakan aku (tak tau la kalau dia berlakon je kan..hehe).

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, March 9, 2013

Kentang Sardin Bujang



Bahan- Bahan
Sardin (1 tin bersaiz kecil)
Bawang besar (1 biji - dipotong)
Bawang putih (1 ulas - diketuk)
Cili besar (dipotong)
Kentang (2 biji - direbus dan dipotong dadu)
Lada giling
Gula melaka
Garam (MSG tidak digalakkan atas faktor penjagaan kesihatan)

Cara-cara
1.Panaskan minyak 5 sudu. Masukkan 2 sudu besar lada giling.
2. Masukkan sedikit gula melaka. Kacau hingga lada giling separuh masak.
(Jangan sampai hangit, pahit pulak nanti)
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng seketika.
4. Masukkan sedikit air.
5. Masukkan sardin. Goreng sehingga pecah minyak.
6. Masukkan garam. Kemudian masukkan kentang.
7. Goreng sehingga pekat.
8. Sedia dihidangkan.

Boleh dimakan bersama keropok keping. Kentang sebagai pengganti nasi (memandangkan karbohidrat yang tinggi).
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, March 1, 2013

Labu Pemanis Senyum



Resepi ni aku ejas sikit dari bubur labu atau pengat labu. Sebab aku jenis tak suka makan kuah sangat. So, try and error.

Bahan- Bahan:
Sebiji labu sederhana besar
Gula melaka 3 keping
Gula kasar 2 sudu (secukup rasa)
Santan kotak (1 kotak) atau santan serbuk (2 paket)
Daun pandan
Garam (separuh sudu kecil)

Cara-cara:
Basuh labu, gosokkan dengan span basuh pinggan (yang kasar)
Bilas hingga bersih
Potong mengikut garis biji labu menjadi juringan/potongan bulan sabit
Susunkan dalam periuk (sederhana besar)
Masukkan santan kemudian hiriskan gula melaka dna tabur atas labu tadi
Taburkan sedikit garam
Simpulkan daun pandan dan campak dalam periuk
*ps: campak means korang leh letak je mana2 korang suka dalam periuk tu.

Masakkan atas api kecil. Biarkan menggelegak dan hampir kering.
Setelah masak, angkat dan hidangkan. bergantung pada kreativiti masing2.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Thursday, March 15, 2012

Cucur Keledek

Kali ni nak share resepi buat cucur ubi keledek.. Ni makanan bese jer. Aku suka sangat masak cucur ni sebab paling senang nak buat dan senang nak dapat bahan - bahan (yang memang bahan asas kat dapur rumah aku).

Lagipun aku dapat beli ubi ni kat NSK Selayang dengan harga yang sangat murah..

Bahan2 seperti berikut:
Ubi keledek yang telah dibersihkan
Cincang ubi sampai jadi camni ok...

Santan segera

Gandum, garam dan gula

Serbuk penaik
Gaul jer bahan2 ni dan biarkan 15 minit...
Adunan akhir 
Lepas tu goreng.. Minum ngan teh panas.. Perghh.... Teringat kenangan bersama nenek kesayangan, arwah Kalthum bin Taha (Al-Fatihah)...

Kau selalu dalam ingatan.. Terima kasih kerana ajar cucu ni memasak masakan tradisional dan mendidik sikap menanamkan kasih sayang dan cinta dalam setiap masakan.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, March 11, 2012

Bubur 'Cha Cha' Tradisional



Rasa bosan duk rumah, dan geram tengok daun pandan yang menghijau dan wangi tu, maka aku decide untuk masak masakan kegemaran mama..

Ni arwah nenek aku slalu ajar buat, tapi modified sikit supaya jadi cantik dan menggiurkan. Kihkih...

Daun Pandan dan Sagu

Adunan merah (Gandum dan sirap)

Adunan Hijau (Gandum dan pewarna hijau)

Gula Melaka dan Santan
 Hasilnya.... Ta Da!!

Bubur kegemaranku

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, February 10, 2012

Cubaan Pertama ~ Buih Buih Cintaku


Resepi:
4 Biji putih telur
5 Sudu Gula
Esen Vanilla
20 gram agar2 (or 12 gram)
1 liter air
Susu cair (Pewarna Putih)
Pewarna (Suka hati la nak warna apa)

Cara-Cara:
1. Pukul telur putih sehingga kembang. Jika diterbalikkan mangkuk, buih tidak jatuh. Masukkan esen vanilla. 2. Putar. (Sila guna mesin, kalau putar ngan tangan memang 'tough' muscle).
3. Sambil tu masak agar2 tadi bersama 1 Liter air. (Jangan bazir masa)
4. Tambahkan gula. Kacau.
5. Asingkan adunan kepada 3 bahagian (atau nak 4 bahagian ke)
6. Campurkan buih tadi secawan ke dalam adunan agar2 yang telah dimasak.
7. Campurkan pewarna.
8. Tuang lapisan pertam dan letakkan ke dalam peti sejuk beku. (Tunggu dengan penuh sabar. Sambil2 tu basuhla bekas2 yang digunakan untuk masak agar2 tadi)
9. Agak2 dah sejuk bahagian atas (lapisan nipis agar), bolehlah lapiskan dengan lapisan kedua.
10. Ulang langkah 8 dan seterusnya.

Sebenarnya puding buih ni tak sepatutnya ada layer yang clear tu... So, beberapa faktor penting untuk menghasilkan puding buih yang terbaik adalah:

  • Sukatan agar agar dan 'buih' mesti sama rata. Bila dicampurkan agar agar dan buih mestilah keseluruhan buih tu meliputi agar agar...

  • Lapisan kedua dan ketiga mestilah dituang sebelum agar2 betul betul mengeras. So, lapisan puding akan melekat dengan baik.

  • Jangan lupa buat 'sos' nya... Kalau nak sediakan sos, maka puding kena sedikit tawar. Jangan terlampau manis. (Iklan Cegah Diabetes sebelum terlambat)
Itu saja episod masak memasak bersama 'Cooking for Dummy'.. Jumpa lagi di edisi akan datang (n_n)v
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, January 1, 2012

Vegetarian Breakfast Wraps

Masa kat Canada dulu, aku memang suka sangat satu hidangan daripada pihak PHRI ni... So, duk mencari2 la benda alah ni selama beberapa bulan. Tak sangka kat Cold Storage ada semuanya!!

Pasni, konfiden la aku nak masak Italian Food plak (selepas gi Itali la...).

Wraps ni siap ada resepi kat blakang.. Sepatutnya potato wraps ni kita buat Scrambled Egg Breakfast Wraps. Tapi aku suka sangat sala..maka jadilah VBW ni...ehehe.. 

Pada yang suka daging, oleh ajer letak daging and cipta resepi sendiri.

Boleh masuk Oven, Microwave or Grill. Tapi trust me, Grill paling sedap!!
Boleh dibeli di Cold Storage

Bahan bahan mentah
Cincanglah ia sampai jadi kepingan2 halus

Kentang tu sila rebus dulu.. Jangan main campak yang mentah ajer..

Letakkan sos salad then wrap..sesuka hatila nak style apa kan...
 
Sekarang boleh enjoy makan!!


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v