Thursday, March 15, 2012

Cucur Keledek

Kali ni nak share resepi buat cucur ubi keledek.. Ni makanan bese jer. Aku suka sangat masak cucur ni sebab paling senang nak buat dan senang nak dapat bahan - bahan (yang memang bahan asas kat dapur rumah aku).

Lagipun aku dapat beli ubi ni kat NSK Selayang dengan harga yang sangat murah..

Bahan2 seperti berikut:
Ubi keledek yang telah dibersihkan
Cincang ubi sampai jadi camni ok...

Santan segera

Gandum, garam dan gula

Serbuk penaik
Gaul jer bahan2 ni dan biarkan 15 minit...
Adunan akhir 
Lepas tu goreng.. Minum ngan teh panas.. Perghh.... Teringat kenangan bersama nenek kesayangan, arwah Kalthum bin Taha (Al-Fatihah)...

Kau selalu dalam ingatan.. Terima kasih kerana ajar cucu ni memasak masakan tradisional dan mendidik sikap menanamkan kasih sayang dan cinta dalam setiap masakan.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment