Showing posts with label Wedding Dress. Show all posts
Showing posts with label Wedding Dress. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Solemnization (And My Succesful DIY Project)

Akhirnya, berlangsung juga majlis yang dinanti2kan.. Mak andam aku tak datang make up. Memang nak kena betol. Aku relax jer sebab mak sedara aku ada and tau dia pandai make up, so aku pun tak risau sangat. Just sakit hati sebab dah masuk dalam bil. Majlis akad nikah lebih kurang pukul 2 petang, maka kul1230 dah kena start make up.

Tak yah aku nak citer panjang2, korang tengok aje ye..



Amacam? Ok tak make up makcik aku ni? Theehehe.
Projek DIY yang berjaya: Bunga Tangan dan Veil. Sila baca entri aku yang lepas HANDBOUQUET dan VEIL. Part veil tu paling puas hati sebab betol2 cantik bila duduk, tak terlalu labuh. Alhamdulillah. Hantaran pun buat sendiri aje. Aku suka yang simple2 so tu je mampu. Cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang. Hehe

Close up:




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, June 9, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Veil

Hari ni turun jelaja Jalan TAR lagi. Malangnya gerai tutup. Tinggal kedai2 dalam bangunan jer.  Aku duk tahan lapar semata2 nak makan laksa kat situ, rupanya hari ni tutup. Sedih -___-"

So, kitorang ni berkelana la berdua, jalan2 cari makan. Then tak pasal2 gi naik Mydin. Beli kerongsang untuk sogkok akad nanti. En Tunang beli pen (suka betol menulis). aku tak beli pape pon.

Bosan punya pasal, kitorang jelajah Festival City plak. Gi cari kasut nikah. Tapi tak beli jugak.Masuk Kaison and jumpa barang untuk buat sireh junjung pihak lelaki.

Harga berpatutan
Makanya, veil memang tak beli..aku rasa cam nak DIY Veil jugak... Hihi...

Testing renda baju nikah untuk veil
Macam hape dah.. Tapi bila test, macam eksaited plak nak buat Veil DIY
Harap2 kreatif la tangan aku ni.. Pastu nak suh kak ipar jahitkan manik crumble. Tunggu ya! Nanti dah siap aku upload =)

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, June 7, 2013

Baju Nikah Siap!


Alhamdulillah. Siap pun baju ni. Ni my housemate Mariani yang sponsor kainnyer. Untuk pengantin lelaki jugak. Thanks Ani!

Tempahan baju dibuat di Harnie Fesyen. Sepatutnya buat design peplum tapi sayang kat renda tu maka tukang jahit decide buat kurung moden. And aku sangat puas hati. Mostly semua baju aku tempah kat dia. Akak ni cantik and lemah lembut. Baik plak tu. Kalau sesapa nak tempah tu sila la. Harga sangat berpatutan!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, May 15, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Kasut

Kali ni kitorang decide untuk beli kasut. Yang pada mulanya dia tak mau kasut formal yang kaler hitam tu. Nak yang kasual. So, pening kepala duk pikir kasut macam mana. And dia sangat cerewet orangnya. Memang round seluruh shopping mall kat KL la jawabnya.

Then, teringat plak nanti sanding nak pakai kasut apa kan? Takkan kasut but polis dia tu. Haha. Dia pun setuju la nak aku belikan  kasut hitam tu. Yes!! (Dalam hati je..kang marah plak dia).

Dia pun kena beli untuk aku jugak. So, aku ni kan pantang ngan kasut2. Memang akan rambang mata la bila pilih. Tak yah suruh takpe, memang aku akan pilih jugak. Dia pun beli la kasut tu (aku dah usha dulu sebelum kitorang kuar nak beli). Tengok je tros berkenan. Harga belakang kira. Tapi kesian kat dia jugak sebab takut harga tu mahal. Seb bek dia pun suka. Sporting abes en.tunang!

Dah beli, bawak balik rumah. Dalam hati, betapa tak sabar nak pakai. Terfikir jugak, pakai ni dulu. Nanti beli lain la untuk hantaran. Sebab rasa memang tak sabar dah neh. Dah mimpi2 nak pakai kasut tu. Beberapa kali gak merayu kt en. tunang. Nak paka kasut tu. Tapi dia tak bagi. Sdih jugak.

Satu hari tu, tiba je en.tunang call and ajak kuar. Then dia kata nak belikan kasut tu. Bayangkan betapa hepinya aku! Seronok sangat. Sebab nak beli sendiri duit dah habes. Beli hantaran sekaligus kan memang la. Hehe. Sayang dia! Kitorang pun apa lagi. Terus ke SOGO dan beli kasut. Senyum sampai ke telinga lepas tu, and duit en.tunang melayang2 sebab harganya agak mahal la.. Cian dia. Takpe, nanti ayang ganti hadiah lain k. I owez luv u!

Dapat kasut brand sama and pattern sama. Just corak aje lain


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v