Friday, February 10, 2012

Cubaan Pertama ~ Buih Buih Cintaku


Resepi:
4 Biji putih telur
5 Sudu Gula
Esen Vanilla
20 gram agar2 (or 12 gram)
1 liter air
Susu cair (Pewarna Putih)
Pewarna (Suka hati la nak warna apa)

Cara-Cara:
1. Pukul telur putih sehingga kembang. Jika diterbalikkan mangkuk, buih tidak jatuh. Masukkan esen vanilla. 2. Putar. (Sila guna mesin, kalau putar ngan tangan memang 'tough' muscle).
3. Sambil tu masak agar2 tadi bersama 1 Liter air. (Jangan bazir masa)
4. Tambahkan gula. Kacau.
5. Asingkan adunan kepada 3 bahagian (atau nak 4 bahagian ke)
6. Campurkan buih tadi secawan ke dalam adunan agar2 yang telah dimasak.
7. Campurkan pewarna.
8. Tuang lapisan pertam dan letakkan ke dalam peti sejuk beku. (Tunggu dengan penuh sabar. Sambil2 tu basuhla bekas2 yang digunakan untuk masak agar2 tadi)
9. Agak2 dah sejuk bahagian atas (lapisan nipis agar), bolehlah lapiskan dengan lapisan kedua.
10. Ulang langkah 8 dan seterusnya.

Sebenarnya puding buih ni tak sepatutnya ada layer yang clear tu... So, beberapa faktor penting untuk menghasilkan puding buih yang terbaik adalah:

  • Sukatan agar agar dan 'buih' mesti sama rata. Bila dicampurkan agar agar dan buih mestilah keseluruhan buih tu meliputi agar agar...

  • Lapisan kedua dan ketiga mestilah dituang sebelum agar2 betul betul mengeras. So, lapisan puding akan melekat dengan baik.

  • Jangan lupa buat 'sos' nya... Kalau nak sediakan sos, maka puding kena sedikit tawar. Jangan terlampau manis. (Iklan Cegah Diabetes sebelum terlambat)
Itu saja episod masak memasak bersama 'Cooking for Dummy'.. Jumpa lagi di edisi akan datang (n_n)v
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment