Sunday, February 19, 2012

Pregnancy Test (Ujian Kehamilan)


Memandangkan ramai dah staff sekitar aku yang pregnant, maka terbuka la pintu hati nak buat pregnancy test ni. So, basically, aku bukan ambil tahu sangat tentang pregnancy kit ni. Dah lama tinggalkan maklumat tentang hormon2 dan tindakbalas sejak masuk bidang research, kardio plak tu.

Aku test sebab masa tu, kawan aku ni test tak jadik pape (sebelum ni test positif). Even line control pon tak kuar. So aku dengan rasa berdebar (cewah!) pi buat ujian ni.

Ramai gak yang bertanya bilakah waktu paling tepat untuk buat ujian ni?

Jawapan: Sekurang2nya selepas seminggu lewat period (haid).. Kalau setakat 2 – 3 hari delay tu tak payah la… Kenapa? Sebab hormone hcG (hormone chorionic gonadotropin) hanya didapati dalam lebih kurang 7 hari selepas conception. Hormon ni akan meningkat setiap hari dan cecah nilai tertinggi pada minggu ke 10. So, jangan bazir duit dan tenaga untuk buat test  ni setiap hari…


Macam mana nak buat test ni?
Senang jer.. Yang kita perlukan hanyalah urin (air kencing). Kalau yang jenis strip, celup aje dalam urin, kalau yang macam kat bawah ni, kena titis. Paling penting, baca arahan yer.. Jangan main buat je…


Boleh caya ke pregnancy kit ni?
Boleh.. 95-99% tepat jika dibuat selepas 7 hari lewat period. Kalau awal sangat, den tak janji…

Cara2 nak baca result.. Sila rujuk gambar di bawah…
Negatif

Positif 



Mula2 buat negative.. pastu bila check semula positif pulak. Apa kes?
Tu false negative namanya… Antara sebab berlakunya false negative ni :
  •   Air kencing cair (diluted). Sebaik2nya test air kencing pertama pada waktu pagi (pas bangun tido) sebab masa tu urin paling pekat.
  •  Salah ‘timing’.. Setiap kit ambil masa yang berbeza untuk tunjukkan result. So, baca dulu arahan baru buat..
  • Buat test terlalu awal.. Macam yang den cakap tadi, sehari lewat period dah test, memang tak positif la.. Buat test sekurang2nya 7 hari lewat period okeh.


Kadang2 ada gak false positif.. Macam mana plak?

Kes ni boleh berlaku (tapi sangat JARANG) sekiranya:
·         Ada ambil ubat yang mengandungi hcG macam as Pregnyl, A.P.L., Profasi, Chorex, Novarel, atau Ovidrel atau promethazine (yang digunakan sebagai antihistamine untuk merawat simptom2 alergik dan muntah2.)
·         Kehadiran darah atau protein dalam urin
·         Ambil diuretics 
·         Guna Pregnancy Kit yang DAH EXPIRED.

So, pada yang result POSITIF, TAHNIAH!! – Jangan lupa jumpa doctor untuk pengesahan dan ujian selanjutnya. Selamat menjadi ibu dan ayah. Anda selangkah ke hadapan.
Dan pada yang result NEGATIF, CUBA LAGI YA!! – Jangan putus asa. Usaha tangga kejayaan

(n_n)v


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment