hati ini tak mampu ku bendung
melihat kau bersamanya
jantung seakan berhenti berdenyut
sumpah...
aku cuba melawan rasa itu
tapi apa daya aku seorang wanita
yang lemah dan cemburu
aku berdoa
semoga mendapat barakah Ramadhan
yang mulia dan berkat
agar aku diberi kekuatan
menerima takdir ku seadanya
sesekali bila kau berjalan
toleh ke belakang walaupun sekali
kerana aku akan tetap di situ memerhati
mungkin satu ketika hati kau dilukai
aku masih di situ
sekalipun
memandangmu cukup membuatku bahagia
walau kau bukan milikku...