Friday, April 22, 2011

Kecelaruan Emosi

Asal Jumaat jer, mesti nak update blog..maklumlah. Ada masa utk dihabiskan/dibazirkan menunggu di pagi hari.. Tunggu patient la..apa lagi. Biggboss takpe, kalo dia sampai dia call aku. So tak la menyusahkan aku utk tunggu dia. Dia pon dah jadi penyabar and memahami ckit berbanding dulu (dulu aku jadi tiang pacak kat ospital tunggu dia,dia syok2 makan tanpa fikirkan aku yg tunggu dari kul9-11..dah tu muka seyes jer bila aku takde kat situ).

 Alhamdulillah. Berubah jugak dia. Huhu...

Hari ni agak lengang/tenang memandangkan bigboss gi outstation. Lega bercampur risau sebenarnya..sbb takut miss pt untuk stadi baru. Takper...dia janji next week nak turun. Aku tunggu! Terima kasih tak terhingga kat beliau sebab semalam dia luluskan permintaan aku utk dapatkan sorg sekretari utk aku. Yieehaa! Lega ckit hati aku.. Dah lama dah terpendam memikul beban kerja yg banyak nih.

Yess! Permintaan termakbul...Mood Hepi and Bahagia!





Sepatutnya hari nih aku gi ospital, carik patient..tapi sistem down plak. Sia2 jer pon kalo aku gi sana. Nak turun ward rasa malas sebab ada sorg kawan aku posting kat situ. Aku tatau apa yg buatkan dia recognize aku sampai la skarang.. Aku tak rasa aku pernah rapat ngan dia and lagipun susah utk aku recognize orang kalo dia bukan satu praktikum ngan aku. Katanya kitorg duk kuliah yg sama. Mak ai! Kuliah tu punyer la ramai orang. Beratus! Segan gak la aku ngan sia sbb dia dah jadi HO kat selayang. Jap gi nek jadi MO dah. Ish3...

Tapi dia tak berubah (ingatan yg samar2...). Senyuman manis dia tu mungkin aku tak lupa kot. And dia tegur aku macam aku nih artis lak, men sekat2 aku kat tengah jalan depan kawan2 dia yg ramai tu. Aku blushing la. Terkejut beruk! Tetiba jer terjah. Sentaphatimaknak... Haha... Smalam pon sama. Aku turun ward, then aku macam kenal jer dia (walaupun dari pandangan belakang...)..aku wat dunno jer. Jalan teros, amik census and baca (sambil sorok muka..sedaya upaya mencuba utk tidak dikenali).

Tiba2 (as expected...tak la tetiba sangat), dia duk panggil nama aku (ngan nada eksaited).. Tak pernah2 aku buat2 gelak (coz i didn't feel like anythings funny)..

Aku: "eh!posting kat cni dah?baper lama?bila stat?" (sambil menulis..patut ke aku tatap muka dia?sambil berwajah fake. dalam hati rasa bersalah sbb buat2 tak nampak tadi...)

Dia:"baru seminggu.." (sambil letak telefon.jgn lupa patient ko dah la...)

Aku:"owh..baper lama agi posting?"

Dia: "setahun lagi.." (senyuman yang tak lekang di bibir..manis)

Aku:"wah..jap je tuh.pasni jadi MO dah..." (senyum malu2 sbb staffnurse tu duk pandang kitorg...mesra sgt ke?)

Dia:"itu la...jap jer.." (duk kat blakang aku...ntah apa dia buat aku tak amik tau..)

Aku:"good..." (apakah perasaan ini??)

Aku biarkan semuanya berlalu. I dun feel like belong to the group. Jauh sangat bezanya..walaupun dia tak pernah terdetik utk bezakan aku kot...Aku amik handbag and without saying goodbye, berlalu je (cam rude la plak...save myself!!! Masuk nih kali ke berapa ntah aku melarikan diri...huhu.

Mood menyelamatkan diri...Confuse!





Then aku teros balik umah. Sunyi. Memandangkan housemate ku dah balik dari Ipoh dan bekerja.. So aku solat Asar (lewat).. Syahdu rasanya bila solat masa hujan sedang menitis membasahi bumi... Agak2 dosa aku sebanyak air hujan yang menitis tu tak? Aku rasa syahdu.. Then lipat telekung, and turun dapur utk masak... Makan sambil tengok CSI: NY7. Kes pembunuhan 15 tahun dulu and penyiasatan yang berdasarkan saintifik theory.. Memang best! Then aku cuba completekan SUDOKU before reading jurnal..

Mood bosan plak... Asyik tukar2 mood ni yang buat aku tensen...

Bek tido!



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, April 20, 2011

Anger Score >10 (salah ke aku marah???)

HAri ni, aku dengan bahagianya memulakan hidup. Bangun seawal pagi (terdengar azan Subuh berkumandang) .. Dengan rambut baru yang di dress up smalam kat KL. Seronok sangat bangun dengan wangian semerbak dari rambutku. Dengan harapan tiada malapetaka berlaku. Aku ke ospital, amik ubat dan kembali ke kampus. And ke ospital lagi untuk join CME hari ni... Malang.. NAsib aku tak sebaik pelangi yang muncul pagi ni..



Aku dah remind dah suh standby awal untuk klinik hari ni.. Sbb aku tahu, boss akan cari aku gak nanti. Sedangkan aku, kat ospital, nak kena screen pt and ada monitoring lagi. Dapat panggilan dari boss. Cakap dia dah sampai. Mana???? Sapa yang assisst dia lum sampai! Aku call banyak kali. Kalu dah terdetik di hati aku (apa yg akan berlaku), memang akan berlaku la.. Nyesal aku tak stay kat klinik tadi!! Aku tak pernah marah cenggini. Sampai menggigil tangan aku! Dah la aku yang tolong dapatkan appt dari beliau, last2 aku cam lepas tangan lak bila dia turun. I'm concern about his tight schedule and yet, he is willing to spend time and came down to write a referal letter.


I'm dissappointed with some people who can't even grateful and feel responsible! Senang citer, aku mmg takkan cayer kat sesapa dah. Ape ape hal, tunggu je kalo  boss nak turun ke, tak turun ke, dats not my problem. It's your job to wait for people not people waiting for you. Seriously, deep inside, I feel upset y certain people can't sacrifice their own selfishness for one day? Y? Susah sangat ke??? Aku sanggup tak tido malam wat keje. Aku sanggup tak cuti semata2 nak dapatkan yang terbaik, tiap hari aku bawak fail balik umah, tiap hari aku baca jurnal..kenapa? bukan untuk diri aku, tapi kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab. Kenapa orang tak sedar tu?


Ntahla..aku malas nak expect orang untuk bekerja macam aku. Aku cuma nak at least, ada rasa untuk kerja dengan baik and buat yang terbaik. At least ada matlamat tiap hari bangun tido. Kalau malas, baik aku tido jer dalam comforter tu. Tambah2 hari hujan. Takder sapa pun tau kalo aku tak datang keje. Cukup bulan, boss sign punch card, aku dapat gaji. Tapi pikirlah sendiri, HALAL ke gaji tu? BERKAT ke gaji tu?



Ntahla.. Aku nih memanh suck ckit kalo bab2 lambat. I CAN"T TOLERATE TARDINESSS! Seb baek la aku tak jadi boss. Kalo tak memang aku cop merah la kad SKT tu. or bagi memo. Takder alasan nye lambat. Kalo dah diremind tentang job tu, cuba la bangun awal. Amalkan solat Subuh tiap pagi. Memang takkan lewat ke tempat keje sbb bangun awal pagi utk solat. So, setakat nak gi keje tu, memang orang kata, rutin tambahan sebab yang wajib kita tunaikan pepagi tu.. Menghadap Yang Maha Esa. Sebelum tido pon kena sembah jugak. Bangun pagi doakan keberkatan...dan kemurahan rezeki...hari ni aku berdoa semoga hari aku tak teruk, ok la... Kalu aku tak doa tadi agaknye, dah tunggang terbalik dunia aku pagi ni. Amin.

Hati aku masih sebal....kemarahan masih ada...

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, April 19, 2011

Aksi Aksi Terbaek Aku dan Kawan

 
Kekaguman beliau terhadap kek terserlah nyata sampai nak simpan gambar jadi kenangan (perhaps wat wallpaper enset kot..hihi)

 
My Twin ni memang kejernyer nak kenakan orang ajer...

 
Aksi Terbaek aku..numbness on left side..Stroke symptoms.(TIA)


 
Menunggu bulan jatuh ke riba...mentally disturbed.
 
 
Beliau mengalami kekejangan otot lidah yang mana tidak dapat mengawal lidah dengan baik.


 
ADHD Symptoms..kecian bibik (baju itam tudung kuning)
 
 
Fokuskan pada encik baju hitam..posing maut!


Kelima2 subjek dalam gambar nih ada aksi terbaek masing2...


Seorang pekerja maintenance ASTRO yang bersemangat jitu untuk memasang piring ASTRO kat umah orang asli di Batang Kali.


Aksi Paling Terbaek aku penah tengok! Tak tahu nak describe canner..TERBAEK!


Selepas jer gambar ni diedarkan,beliau ngan rasminya menjadi duta Safi..dan menerima royalti berkarung setiap minggu!


 
Seorang makcik penjual keledek bakar berusaha mencari rezeki....sesungguhnya rezeki tidak datang berterbangan kecuali habuk2 dan asap.
 
Models Recruited From UiTM Agency:

*Miller SNW, *Mohd N.I, *Nazli K., Mohd S., *Capirex K., *Gembor J., *Evangeline C., *Ajimaro N., *Zahari E., *Azam E., *Zulkepli M.

*no royalty provided
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Diagnose This Patient

S/B MO oncall
Malay Ladies
26 Years old

Background Hx
1. Uncontrolled imagination
-diagnosed 2 years ago when start working at new place
 Last FU for mild fever and cough last year

ECHO done on 2009
-Best view in 4chamber
-Good EF
-Dilated LA
-Normal LV
-No clot wthin 4 chamber
-No effusion

Medication Hx
NKDA
Not on any medications

Social Hx
Single
Stays with friends
Working
Travels overseas annually


Vitals:
T 37.0
PR 85
BP 89/60
SPO2 97

ECG - Sinus

HOPI:
c/o tachy an hour ago while on the phone talking to one of her medical personnel
followed by palpitation (unstable)
Unable to finish one sentence/Slurred speech
Shivering/Giddiness
C/O butterfly in my stomach (nervousness)

No LOC, PIC, Nausea/ Vomiting/Sweating

Otherwise no other complaints

Problem:__________________

Plan:
Discharge with  treatment ---> refer to Serdang
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, April 18, 2011

Aku Yang Kreatif la Sangat....

  Aku tak dapat tido malam minggu tu, pasal aku dah spend 14 jam untuk tido jer.. (omak kau..lama btol...). Sebab aku terlalu penat Jumaat tu pas klinik and otak pusing pikir nak wat report (setelah disuruh oleh biggboss)... So, aku duk lepak2, pusing sana, pusing sini, maka terhasillah benda2 mengarut seperti di bawah (sebagaimana aku melukis pelangi di dinding rumahku di kampung...)

 
Ruang Khas Untuk Aku Baca Jurnal Sambil Baring


Suis Lampu kat Bilik Aku..Terbang tu...


Suis Kipas..Di Awan Nan Biru


Barang Berharga..Kad Ucapan Rakan Taulan dan Family Tercinta


Frame dalam Bilik Yang Paling Aku Sayang
 So, hasilnya, sama ada aku kreatif or tak..hakikatnya, aku memang suka lukis benda mengarut canni..sebab aku suka kartun.. Lantakla kalo orang nak cakap bilik macam tadika, yang pastinya
 aku ceria di bilik itu..muahahaha....
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v