Tuesday, May 16, 2017

What Should I Do

Dah lama aku biarkan blog ni bersawang.. bukan sebab tak ada idea, tapi sebab terlalu busy. I guess, this is a motherhood like. I prioritize child over everything. And now, I am back. First of all, re cap on why I am ex-SC?

After migrate from UiTM to Clinical Research Malaysia, I have been enthusiastically involved in clinical trials, handling more trials and in a good manner since CRM has provided us with lot of lots of training! And I get to involve in other task as well. Exhibitions, Research Day, bigger team, bigger therapeutics area! And I am in love with clinical trial.

I got promoted to another post (which initially I refused) because my ambition at that particular moment, I want a zero deviation trials..but, none of my studies that I handled, I  achieve that. SO sad...and pathetic. I guesss....

Being promoted with the new role, as Assistant Regional Manager, comes other responsibilities as leader. To grow and nurture people. Which I know I might not doing it right, but CRM has provide me training, expensive training. I grow and try to implement the knowledge. My passion towards clinical trial has grow me to another part of the job which is as a speaker/trainer. I am happy to do it as the time goes by, indirectly I have improved my skills as presenter, trainer and also networking.

It has been a great 4 years experience until, one day... CRM offered me another post. Which people fights for it, except me. Because, I am yet to master the skills of managing people, being a good leader, and a lot more. I have set my directions, my team direction and suddenly it changed. They give me bigger responsibility which I myself feels that I can't handle it. 

The sad part is, you can't run away. And friends run away from me. Because, do they think that the whole years I am working to reach that post. It feels frustrated that the only person that you think will share the dilemma has misunderstood for it. I should have given up the post, or reject it sternly when offered! Thats the biggest mistake I ever made. 

It is sad when a person you called friend, who grow together in the company suddenly give you cold shoulder...and I feel like alone...just suddenly. And feel guilty. Did I just crossed her line? Did I just crush her dream? Which I didn't mean to.

Is this how friends feel when the other friend has just 1 step in front? (I don't feel that I am one step forward)..but it seems that my friend feels that way..

I wanted to give up, I wanted to give away the post... but how. I have tried many times, telling my boss, that I don't want and don't deserve.. I want to continue my job as I am now.

I am sad...will share some blushed moments later when in mood.

Adios!

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Thursday, July 2, 2015

KENANGA: The Day You Were Born Chronology

Bersempena hari lahir kenanga yang bakal tiba... Mama nak ceritakan sikit saat2 melahirkan Kenanga ;)

Night Before You Were Born
Mama jalan2 di Danau Kota. Walaupun kaki dah bengkak sikit tapi berjalan2 shoping moping mama memang tak tinggal. Lagi satu, mama suka steamboat kat Danau tu. Mengidam sepanjag mengandung Kenanga tau. So masa tu pukul 12 tgh malam. Mama jalan2 dengan abah. Esoknya mama ada appoinment last dekat UiTM.

Day Before You Were Born
Macam biasa mama jumpa Dr Mazeedah yang baik hati dan lemah lembut. Berat mama dah cecah 79Kg. (Beratnye Kenanga). ehehehe. So rutinnya, scan baby mama ni. Masa scan Dr Mazeedah ambik masa laaaaama sangat. Mama dan abah dah nervous. Dr Mazeedah panggil doktor lain, Dr Suhana. Kalau tak silap. Then deorang discuss2. Dr Mazeedah decide mama kena pergi Labour Room sebab air ketuban mama dah tinggal ckit. Kenanga minum eh??? Out of ten tinggal 2 aje. So mama pegi makan kenyang2, pergi office setelkan kerja dan pass over kerja. Then baru naik labour room. Sebab Dr Mazeedah yang referkan maka mama dah jadi VIP. Attended by MO kat situ. Baiak dan lemah lembut orangnya. Dia pasangkan branula, tak rasa pon jarum yang dicucuk tu. Alhamdulillah. Baiknya hati dia. Lepas tu terus pegi wad. Dapat katil. Mama tak dan tukar baju, doktor pakar dah sampai, terus buat VE dan masuk ubat. Dah masuk ubat tak boleh nak bangun pon tukar baju. So mama satu2nya pesakit yang pakai baju cantik bukan baju pink. *perasan*. Macam biasa mama rilek2 je update Facebook. Deorang pasang CTG on and off. Tak rasa apa2 pon so mama rilex lagi. Lepas 6 jam doktor buat round lagi. Cek jalan tak buka jugak. Kenanga lom ready lah tu. Doktor decide takbagi ubat kedua sebab malam. Dia takut mama bersalin pagi buta. So malam tu mama tido lena sangat. Mama suka bantal hospital. Best. Abah dah balik. Dah call tokmak dan tokabah jugak. Esok TA dan TM sampai katanya.


The Day You Were Born
Pagi pukul 6 doktor masuk dos kedua. Masih jalan tak buka juga. Mama feymes lah dekat wad tu sebab mama kes luar biasa. (Oligo tu tiap hari deorang sebut). Doktor pakar datang dan decide tak nak masuk dos ketiga. Dia suruh MO booking bilik pembedahan. Katanya senang operate saja lah. Abah mula risau. Setiap masa ada kat tepi mama. Tq abah jaga mama. Nurse datang tergesa2 siapkan mama untuk masuk dewan bedah. Tak sampi 5 minit. Memang cekap. Lagi 10 minit mama nak dibawa masuk ke dewan bedah. Perut mama mula sakit dan memulas2. Masa tu TA dan TM sampai. Tengok mama tahan sakit sambil abah pegang tangan mama. Usap mama. TM peluk mama, cium mama. Hilang rasa sakit mama. Abah pegang tangan kiri mama, TM pegang tangan kanan mama. Lambatnya rasa 10 minit tu. Rambut mama dah macam mak jemah dah. Sampai hati abah tak cantikkan mama. (mama pernah tanya abah kenapa biar rambut mama macam tu..abah cakap, nak nampak cantik ke nak hilang sakit. abah lagi sanggup pegang tangan mama dari sibuk cantikkan mama). Tq sayang.

Mama ditolak masuk dewan bedah. Deorang angkat mama atas kerusi. Nak bagi bius. Nurse tu bagi mama bantal peluk. Mama peluk. Then nurse tu datang urut bahu mama. Cakap lembut2. Dan doktor bius cucuk bius. Sakit perut mama mengatasi sakit dicucuk jarum. Lepas 5 minit doktor dah operate mama. mama baca semua surah Al Quran yang mama tahu. Sejuknya bilik tu tuhan je tahu. Mama rasa jari jemari doktor merobek peut mama. Tapi tak sakit. Mama rasa deorang tarik kenanga keluar tapi mam tak dengar kenanga nangis. Mama dengar doktor bergaduh2 marah another doktor. Mama tak hiraukan apa2. Tak lama lepas tu mama dengar suara halus Kenanga. Alhamdulillah. Jap je lepas tu nurse tunjuk Kenanga kat mama. Masyaallah. putihnya anak mama. Cantik. Wangi.


Lepas selesai semua mama ditarik ke bilik recovery. Sedapnya mama tido dalam selimut panas tu. rasa segar badan mama. Rasa macam tak lama mama tido. Mungkin sejam. Lepas tu mama ditolak ke wad. Abah, TA dan TM cepat2 ikut dan sampai ke wad tanpa Kenanga. TM dah risau sebab Kenanga belum sampai. TM suruh abah tanya nurse. Abah suruh TM sabar. TM dah menggigil2 tak sabar nak tengok cucu. Mama terharu tengok TM yang penuh kasih sayang tak sabar nak jumpa Kenanga.

Tak lama, lepas 30 minit Kenanga pon sampai dengan nurse yang muka agak takut. dia tunjukkan tangan Kenanga yang dah melecur terkena alat bedah. Mama risau sikit. Abah dan TM dah mula geram. Kata nurse, doktor pakar kanak2 akan datang untuk tengok Kenanga, Mama doa semoga Kenanga tak apa2. Asalkan Kenanga selamat.




Doktor pakar kanak2 datang tengok Kenanga dan bagitahu semua okay. Mama akan discharge esok. Yeay!!

Abah dah beberapa hari tak cukup tidur. Tapi abah tetap hensem di mata mama. Tq abah.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, April 2, 2014

Kehidupan Selepas Berkahwin

Dah bersawang blog aku. Lama tak menulis sejak berkahwin. Proses menyesuaikan diri selepas tinggal berdua.

Banyak yang berubah, dari segi tanggungjawab, rutin hidup dan amanah. Sebagai isteri, kawan dan pekerja. Semua orang akan lalui apa yang aku lalui, cuma mungkin tahapnya agak berbeza. Alhamdulillah, dunia perkahwinan amat membahagiakan.. .

Aku bersyukur ditemukan jodoh pada ketika aku telah bersedia dari segi mental dan kewangan. Pada masa kerjaya aku telah sampai ke kemuncak. Penting tau!

Ramai yang tanya aku macam mana kehidupan lepas kawin? Hmm... rasanya sama je macam korang2 semua. Lepas kawin, bila hidup serumah macam2 nak kena tolerate. Sebulan dua kawen, asyik gaduh. Sebab masing2 dengan pendapat masing2. Aku nak hias rumah macam ni, dia nak macam tu. Masih terbawa2 dengan perangai masa bujang. Kadang2 pergaduhan hanya disebabkan isu isu kecik. Merajuk tu perkara biasa. Tapi, sebab bergaduh tu la kita akan lebih memahami keinginan pasangan. Pemikiran pasangan kita. Alhamdulillah, lepas 2 bulan kami survive and dah tak gaduh lagi. Lovey dovey gitu.

Paling penting kawen lepas stabil kewangan dan kerjaya, sebab bagi aku masa tu kita akan spend mostly masa kita untuk rumahtangga. Lepas kawen nak pakai duit nak pi honeymoon, beli barang rumah. Mostly duit dah spend untuk majlis kawen, dan tak perlu buat pinjaman bank, aku syukur sangat sebab tak perlu berhutang piutang ni. Masa ni kita sama2 sit down dan bincang untuk atur belanjawan. Sebagai isteri yang bekerjaya, takkan nak fully support by husband. Tapi hubby tak pernah mintak apa2 dari aku. Alhamdulillah. Hubby siap bagi duit nafkah jugak. Thanks sayang ;)

Bila kerjaya aku dah establish, aku tak sibuk macam dulu dah. Sekarang masuk keje then 5 minit sebelum habes keje aku dah siap2 packing nak balik. Excited nak balik dan jumpa hubby. Dalam hati, bersyukur pada Allah, pada ketika aku diberi tanggungjawab sebagai seorang isteri, aku tak sibuk macam dulu dan tak perlu kejar pangkat dan gaji macam dulu. Lega sangat2 sebab keje berjalan lancar. Slow and steady. So pada yang adik2 muda, spend ur time keje kuat2 banting tulang, dapatkan saham dan networking. By the time kita berada di puncak, kita dah boleh cool down dan focus pada benda penting, iaitu family.

Paling best, rezeki Allah bagi pada yang berkahwin... Melimpah ruah. kadang2 tak tahu dari mana datangnya rezeki tu. Sentiasa ada. Alhamdulillah. Dulu gaji aku makan sorang2 sekarang bila spend untuk hidup berdua, macam lagi banyak dan puas. Aku tanya suami aku pon macam tu...



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, September 3, 2013

2013 Brides

Agak2 apa tema paling popular untuk 2013 ni yer. Aku pun sempat la usha2 kengkawan yang kawen tahun ni. Buat kajian katakan. Thehehehehe..

Cekidaut!



Nampak gaya macam pink dan purple adalah warna pilihan sepanjang zaman...



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, August 17, 2013

Majlis Resepsi Sebelah Pengantin Lelaki

Seminggu lepas majlis kenduri sebelah aku, makanya hari ini adalah majlis resepsi sebelah lelaki. Ngantuknya sebab malam tadi berinai (aku inaikan sendiri) dengan hubby kul 2 pagi. Meniarap dan terlentang di atas katil tunggu inai kering. Aku siap majuk2 lagi sebab hubby cerewet sangat. Itu tak kena ini tak kena. Orang dah ngantuk tahap gaban dia sempat lagi nak komplen2.

Pukul 11 pagi dah pegi make up. Official Photographer (OP) siap ikut awal2 and kat butik tu ada la beberapa pengantin duk beratur nak tunggu make up. Aku ni kira yang ke3 kot. So, masa start make up sampai abes make up, flash sana sini rasa cam artis lak. Haha. Lepas make up posing2 lagi depan kamera sampai orang len pun nek menyampah kan (dalam hati mesti kata kitorang ni poyo kan bajet artis)..takpe2, aku bayar.

Dan sangat feymes coz hubby pakai uniform. Lain dari yang lain la.. Deorang duk tengok je. Bangga jugak la sebab hubby kita ensem. (jangan muntah ok). So, berjalan lah majlis tepat pukul 2 diiringi hujan renyai2 seperti majlis pernikahan kami hari tu. Hujan rahmat kata orang. Alhamdulillah.

Cekidaut!
Berbisik bisik atas pelamin...yang sebenornye cover malu..

Kawan2 yang datang dari jauh. TQ all!

Family yang kena paksa ngan photographer..sporting abes!
Alhamdulillah majlis sangat ok walaupun aku dah nangis and buat perangai cam budak kecik. Penat sangat2 rasa cam nak tido jer. Bulu mata tuhan jer tau betapa beratnye. Lepas sesi outdoor je terus anta baju dan balik tido. Yieehaaaa!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v