Banyak yang berubah, dari segi tanggungjawab, rutin hidup dan amanah. Sebagai isteri, kawan dan pekerja. Semua orang akan lalui apa yang aku lalui, cuma mungkin tahapnya agak berbeza. Alhamdulillah, dunia perkahwinan amat membahagiakan.. .
Aku bersyukur ditemukan jodoh pada ketika aku telah bersedia dari segi mental dan kewangan. Pada masa kerjaya aku telah sampai ke kemuncak. Penting tau!
Ramai yang tanya aku macam mana kehidupan lepas kawin? Hmm... rasanya sama je macam korang2 semua. Lepas kawin, bila hidup serumah macam2 nak kena tolerate. Sebulan dua kawen, asyik gaduh. Sebab masing2 dengan pendapat masing2. Aku nak hias rumah macam ni, dia nak macam tu. Masih terbawa2 dengan perangai masa bujang. Kadang2 pergaduhan hanya disebabkan isu isu kecik. Merajuk tu perkara biasa. Tapi, sebab bergaduh tu la kita akan lebih memahami keinginan pasangan. Pemikiran pasangan kita. Alhamdulillah, lepas 2 bulan kami survive and dah tak gaduh lagi. Lovey dovey gitu.
Paling penting kawen lepas stabil kewangan dan kerjaya, sebab bagi aku masa tu kita akan spend mostly masa kita untuk rumahtangga. Lepas kawen nak pakai duit nak pi honeymoon, beli barang rumah. Mostly duit dah spend untuk majlis kawen, dan tak perlu buat pinjaman bank, aku syukur sangat sebab tak perlu berhutang piutang ni. Masa ni kita sama2 sit down dan bincang untuk atur belanjawan. Sebagai isteri yang bekerjaya, takkan nak fully support by husband. Tapi hubby tak pernah mintak apa2 dari aku. Alhamdulillah. Hubby siap bagi duit nafkah jugak. Thanks sayang ;)
Bila kerjaya aku dah establish, aku tak sibuk macam dulu dah. Sekarang masuk keje then 5 minit sebelum habes keje aku dah siap2 packing nak balik. Excited nak balik dan jumpa hubby. Dalam hati, bersyukur pada Allah, pada ketika aku diberi tanggungjawab sebagai seorang isteri, aku tak sibuk macam dulu dan tak perlu kejar pangkat dan gaji macam dulu. Lega sangat2 sebab keje berjalan lancar. Slow and steady. So pada yang adik2 muda, spend ur time keje kuat2 banting tulang, dapatkan saham dan networking. By the time kita berada di puncak, kita dah boleh cool down dan focus pada benda penting, iaitu family.
Paling best, rezeki Allah bagi pada yang berkahwin... Melimpah ruah. kadang2 tak tahu dari mana datangnya rezeki tu. Sentiasa ada. Alhamdulillah. Dulu gaji aku makan sorang2 sekarang bila spend untuk hidup berdua, macam lagi banyak dan puas. Aku tanya suami aku pon macam tu...
No comments:
Post a Comment