Ada ke stress sampai canni?? |
Blog aku nih dah jadi macam diari plak..ish...ni jer la tempat untuk aku luah perasaan dari ke'stress'an akibat kerja and persekitaran. Macam yang depa duk bincang kat Radio Sinar pagi tadi, Stresss... Makcik stress sebab tak dapat beli emas...hahaha..agak lawak...tapi itula hakikatnya... Orang kat dunia nih ada macam2 stress. Orang tua stress pasal emas, orang muda stress pasal cinta...aku lak stress pasal keje.. Dah takde masa nak stress pasal cinta kot. Haha.... Zaman tu dah berlalu. (maknanya aku dah tua la ni...hukhuk)
Kalu stress pasal keje takper agi.. Yang pastinya aku tak suka ada orang 'induce' ke'stress'an aku. Ala... Not a big deal pon. Tapi they make it a big deal! Kalo macam burger McD yang Big Deal tu ok jugak.. Nih stakat benda ciput. Macam la mati pon.... Penat la aku nak stress benda2 canni. Aku malas nak pikir sebenarnya, tapi ada orang duk induce plak. Nak kena sepak nih. Dah lama aku tak guna buah silat aku (kejam kan???). Sampai lam mimpi pon nak masuk. Come on la wei!!!!
Takper..nampaknya ke'stress'an aku dah muncul..jadi, aku nak bercakap pasal 'Depression' lak hari ni....
Memula skali kena jawab soklan nih...
Depress kah kamu???
Sekiranya anda menjawab YA/TEPAT SEKALI/ADA LA KOT bagi soalan2 berikut, Memang sah korang depress... (Meh beta cuba!)
- Tak leh tido ataupun terlebih tido... (Tidak)
- Tak leh concentrate atau mendapati bahawa keje yg sebelum nih senang tu jadik susah (Tidak)
- Rasa 'hopeless' dan 'helpless' ---->Useless ker? Tak pun. I feel appreciated
- Tak leh kawal fikiran negatif walau dah cuba banyak kali (Tak jugak...utk sesetengah makhluk jer)
- Hilang selera makan atau takleh benti makan (Tak..makan cam bese. Nafsu makan jer lebih ckit)
- Cepat rasa annoying and cepat marah berbanding biasa (Memang perangai aku cepat hot ckit)
- Rasa hidup ni dah tak berguna (Absolutely NO. Sbb aku ada mak and adik2 yang sayang aku..aku sgt berguna!!)
Keputusan: Lega sebab kebanyakannya BUKAN!
No comments:
Post a Comment