Friday, September 30, 2011

Another Journal Published NEJM September 2011

Study closed and the paper is out... A COMPARISON OF ENOXAPARIN WITH PLACEBO FOR THE PREVENTION OF VENOUS THROMBOEMBOLISM IN ACUTELY ILL MEDICAL PATIENTS
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, September 27, 2011

Jalan2 ke ICT

Jalan2 ke ICT Shah Alam











Thats all about us (n_n)v
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Thursday, September 22, 2011

Paris, I'm Coming ~ Again

Huh... Ingatkan dapat la aku jejakkan kaki ke London kali nih... Tapi, semua tu angan2 semata2.. Nampaknya aku akan ke Paris buat kali ke dua.. Suker? Suka kot sebab memang Paris kira tempat yang PALING aku suka! 

Tapi transit 5 jam saja.. Yang pastinya, aku akan menjejakkan kaki ke tempat yang aku idam2kan, PHRI, Hamilton, Canada! Harap visa aku takde masalah nanti and dapatla ke sana menyambut Deepavali. Hakhak.. apakah kaitan Deepavali ngan Canada? NOTHING!

Alhamdulillah.. memang cita2 aku nak menjejakkan kaki  ke sana dan bekerja di PHRI.. entah bila peluang tu akan tiba.. aku akan menunggu walaupun sampai tua.. sama macam aku tunggu Mr.Superdingin...

This is wat we call, being PASSIONATE and STRIVE for it!

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, September 21, 2011

Zizan oh Zizan

Gambar Zizan aku cilok kat Google. Jangan  harap Zizan nak posing utk aku kan..hehe


Sumer orang mesti kenal ngan zizan kan... Mustahil la tak kenal. Laen la aku cakap Prof. Dr. Salim Yusuf, mesti ada yang tak kenal.. Hehe. Zizal ni asalnya orang ganu and jadi glamer sebab raja lawak la.. Aku pon sama. Oleh kerana aku ni bukanlah orang yang minat politik and takde masa nak amik tahu hal2 semasa maka aku jarang sangat kenal artis tanahair, apatah lagi luar negara. Sape je yang aku kenal pon, Gerard Butler, Jennifer Aniston, Angie, Oprah, and pelakon2 ER and Grey's Anatomy.

So, ceritanya bermula...


Adapun pada ketika itu...


Beta dan sahabat2 beta melepak (dengan niat yang pelbagai iaitu mengusha sorang mamat yg kawan aku crush giler nih)... kat Curve..ala, tempat area KL yang memang feymes tempat artis2 slalu lepak. Tapi tak bermakna kitorang ni artis sebab lepak kat situ kan.. And aku lepak Curve untuk gi kat Borders jer.. bukan The Library ok! Hehehe..... 

So, order makanan untuk berbuka (dah berbuka kat surau masa Maghrib tadi)..

Makan2 sambil mata melilau (almaklumlah..tengah usha orang kan..).. Keje ni jarang sangat aku buat coz aku tak suka usha orang lain selain Mr. Mumbling aku yang comey tu jer... Orang lain tak secute dia tau! (korang jangan lak usha Mr. Mumbling aku tu!

Tetiba, kawan aku yang lelaki ni tereksaited and cakap: "eh..zizan tu!"
Aku yang berbaju pink: Senyum manja la sbb Zizan pandang aku kan.. Alamak.. Comel plak dia nih (tapi tak setanding Mr. Mumbling aku).. Ala2 macam kawan lama, aku pon senyum dan senyum je la..
Zizan lak: datang dan sorong salam kat kawan lelaki aku.. 

Mak aih..glamer lak kawan aku nih.. Dengan ucapan selamat hari raya, berbunga2 hati kitorang! Sah, dia memang tak sombong and cool jek!

Then dia pon makan gak kat restoran sama ngan kitorang....


Ah!! Tersasar! Kitorang nak usha mamat nih tapi tak muncul2.. takde rezeki la... Dah tu, tak reti2 nak balik?

So, terpaksa chow dulu dari Curve and usha BMW kat tengah jalan... Giler meleleh air liur. Bila aku nak jadik kaya nih???

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, September 18, 2011

Suez's Openhouse 2011

Tahun ni..alhamdulillah.. ada rezeki lebih, so bulehla wat openhouse untuk sahabat2. tak semua la kan...

Date: 18 Sep 2011
Time: 0200p.m - 0900 p.m
Venue: Umah Sewaku Syurgaku Taman Bidara

Menu:
Air tangan bujangku - Nasi Minyak (resepi mama)
                                 Gulai Nasi Minyak Ayam
                                 Roti Jala (stat menjala kul 0630 am)
                                 Kari Daging
                                 
Air tangan housemateku yang bujang - Bihun Tomyam
                                                           Mee Goreng
Dessert - Agar2 Selasih Bandung
Air Minuman - Oren (Cold) and Tea (Panas)


Tray yang baru dibeli oleh FBI semata2 untuk openhouse rumah kami

Minuman dan menu nasi minyak section







Sesi bergambar last menet

Alang2 sambut besday BF housemateku

FBI dan GF (housemateku)

Staff ED yang baru balik dari bertugas

Thanks to tetamu yang memenuhi undangan kami.. seronok rasanya sbb kali pertama berjaya masak nasi minyak! Harap tahun depan leh buat lebih baik (n_n)v

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v