Wednesday, September 21, 2011

Zizan oh Zizan

Gambar Zizan aku cilok kat Google. Jangan  harap Zizan nak posing utk aku kan..hehe


Sumer orang mesti kenal ngan zizan kan... Mustahil la tak kenal. Laen la aku cakap Prof. Dr. Salim Yusuf, mesti ada yang tak kenal.. Hehe. Zizal ni asalnya orang ganu and jadi glamer sebab raja lawak la.. Aku pon sama. Oleh kerana aku ni bukanlah orang yang minat politik and takde masa nak amik tahu hal2 semasa maka aku jarang sangat kenal artis tanahair, apatah lagi luar negara. Sape je yang aku kenal pon, Gerard Butler, Jennifer Aniston, Angie, Oprah, and pelakon2 ER and Grey's Anatomy.

So, ceritanya bermula...


Adapun pada ketika itu...


Beta dan sahabat2 beta melepak (dengan niat yang pelbagai iaitu mengusha sorang mamat yg kawan aku crush giler nih)... kat Curve..ala, tempat area KL yang memang feymes tempat artis2 slalu lepak. Tapi tak bermakna kitorang ni artis sebab lepak kat situ kan.. And aku lepak Curve untuk gi kat Borders jer.. bukan The Library ok! Hehehe..... 

So, order makanan untuk berbuka (dah berbuka kat surau masa Maghrib tadi)..

Makan2 sambil mata melilau (almaklumlah..tengah usha orang kan..).. Keje ni jarang sangat aku buat coz aku tak suka usha orang lain selain Mr. Mumbling aku yang comey tu jer... Orang lain tak secute dia tau! (korang jangan lak usha Mr. Mumbling aku tu!

Tetiba, kawan aku yang lelaki ni tereksaited and cakap: "eh..zizan tu!"
Aku yang berbaju pink: Senyum manja la sbb Zizan pandang aku kan.. Alamak.. Comel plak dia nih (tapi tak setanding Mr. Mumbling aku).. Ala2 macam kawan lama, aku pon senyum dan senyum je la..
Zizan lak: datang dan sorong salam kat kawan lelaki aku.. 

Mak aih..glamer lak kawan aku nih.. Dengan ucapan selamat hari raya, berbunga2 hati kitorang! Sah, dia memang tak sombong and cool jek!

Then dia pon makan gak kat restoran sama ngan kitorang....


Ah!! Tersasar! Kitorang nak usha mamat nih tapi tak muncul2.. takde rezeki la... Dah tu, tak reti2 nak balik?

So, terpaksa chow dulu dari Curve and usha BMW kat tengah jalan... Giler meleleh air liur. Bila aku nak jadik kaya nih???

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment