Baru je habis baca buku nih..semalaman la duk menelaah.. kalau la aku baca buku nota dulu macam baca novel kan, mesti dah sambung blaja kat Harvard University kot... Hmmm.. nak ulas ckit pasal buku ni.. and aku ni bukan la pengulas yang berpengalaman.. Cuma nak kongsi pengalaman membaca... Lebih kurang macam Book Club la (takder pon orang join Book Club aku nih)...
Mula mula baca novel nih, aku memang dihantui persoalan...mengapa warna biru? Mengapa? Dan memang ditakdirkan warna kegemaran aku jugak adalah warna biru.. Maka perasaan ingin tahu tu lagi membuak2 la.. Mana tahu kot2 sama kan? Hehe....
Baca buku ni, sama perasaannya membaca buku 'Seteguh Karang'.. Buku bagi subjek penulisan bagi pelajar Tingkatan Menengah Atas negeri Terengganu... Yang memang aku khatam 5-6 kali dulu... Sebab aku curi buku abang yang setahun lebih tua..maaf...sebab memang aku tak suka baca buku yang ditetapkan untuk menelaah pada Tingkatan 3.. Macam tak sabar nak jadi dewasa kan..huhu (-__-)"
Plot cerita yang sukar diramal..dan banyak persoalan bermain di fikiran..sampaikan kepala aku jadi macam kepala Cik Azila.. Tanya itu dan tanya ini (nampak sangat aku menjiwai watak itu dengan baik..haisshhh...) Kemudian munculnya watak2 baru yang memang tak disangka pertembungannya... Manakala motif si Lelaki Baju Biru..tetap tersimpan rapi.. Terpaksala baca sampai habis kan... Hati rasa nak melompat baca last page terus, tapi nampaknya tak boleh!
Dengan sabar dan gementar, aku baca jugak satu persatu, memahami watak2 yang hadir, Ustaz Adlan (macam kenal jer..haha) , Akmal dan Hamdan...Unsur cinta? Memang tak ada la.. Sedih plak.. Ingatkan Azila akan bersama Akmal..or Ustaz Adlan (menantu pilihan emak).. Maka, unsur tak realistik memang tak wujud.. Syukur! Takder la aku nak berangan sangat kan? Sesuai untuk remaja2 di luar sana..
(jangan terpedaya pada manisnya cinta..be realistic!)
Namun, pengajaran yang paling bermakna bagi aku (cewah!), setelah membaca mukasurat yang agak2 terakhir, tentang kebahagiaan... Bukanlah wang ringgit atau pangkat yang menentukan betapa berjayanya kita... Tetapi kebahagiaan... Mempunyai kekuatan dan minat dalam kerjaya! Berbalik pada motif blog aku:
The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well.
Apa salahnya berkorban sedikit wang dan masa untuk saham akhirat? Mampukah kita menyumbang, walau tidak kedua2nya, salah satu darinya... Tak guna mengejar pangkat hanya kerana ingin manusia memandang kita lebih tinggi...(Cukuplah kita dipandang tinggi di sisiNya kelak) Juga dengan jati diri dan rakan2 sejati yang berdiri bersama menongkah arus meniti kejayaan kita...
Seperti mana yang aku perolehi..bersama sahabat2 kesayanganku.. Aku tidak berpangkat dan berharta..Tapi aku suka pekerjaan dan kehidupan kini.. Di sini aku memijak..mengenali manusia sekeliling dengan lebih baik, dan menjalin silaturrahim dengan sesiapa jua.. pangkatmu, sila buang ke tepi.. Maaf, tiada rasa hormat untukmu jika tidak berbudi...
Bak kata penulis buku ni...cik Rahmah Mokhtar: "Sesuatu Kejayaan itu akan bertahan lebih lama sekiranya dicapai tanpa mengagalkan pronsip kita"
Tahniah di atas penulisan yang begitu baik! Saya doakan semoga lebih banyak penulisan baru yang akan dihasilkan di masa akan datang.. I am one of your fan!
okei ini bukti beta bace yer...hehe..rase macam nak bace gak buku tu..silalah bawak balik yer...dulu beta pun curi buku seteguh karang opi gara2 eksaited nok bace..haha
ReplyDelete:)
ReplyDeleteSangat terima kasih! Ini memang pendorong yang sangat baik buat saya.
Pssst, nama pena saya Rahmah Mokhtar, bukan Ramlah Mokhtar. Cik Suez salah tulis tu. :)
sorry..typing error..hehe
ReplyDeletewaaa..nk bace gk laaa...cam best jeq..hihiii..
ReplyDelete