Thursday, September 13, 2012

Resignation ~ Rahsia di sebalik

Seriusly dah lama tak update blog. Aku ada jer tulis tapi tak terpublish sebab takde masa untuk 'proof reading' dan isu tak menarik sangat.

So, hari ni tetiba rasa nak update sikit berkenaan "I'm Resigning!!"


Dengar macam best nak resign tapi sebenarnya hati berat jugak. Mana tak nyer, di situ tempat aku bermanja, bergurau senda dengan kawan2 yang best. Tapi sampai bila nak stick kalau tak ada kemajuan kan.


Well, bercakap tentang kemajuan, bukan hanya pengalaman tapi kewangan jugak. So, kewangan ok!

Semua duk tanya aku, kenapa berhenti? Tak tahan dengan boss ker?

Well said... No I'm not. Sebab boss aku adalah yang paling best. Dan kerana dia lah aku dapat offer macam sekarang ni. Paling senang bekerja ngan beliau dan aku rasa boss yang sibuk tapi masih ada masa nak balas mesej (within 5 minutes okeh!) dan ber wasssup jugak. Email pon dia layan. FB. Boss korang ade? Hahaha.. Bukan senang nak dapat boss moden macam beliau.


So, isu boss aku tak best tak timbul.. Cuma isu gaji (isu sedunia kot!). Harga minyak, gula, garam, sewa sumer naik, so tak salah kan kalau terima offer yang lebih baik. Money does matter! Nanti nak kawen takde duit plak kan. Hurmmm... Mak aku tu nak juga pergi umrah, aku jugak nak ke sana.Then, macam2 la permintaan seorang ibu kan. Nak sofa, TV LCD, langsir, katil... So, kena jugak pikir keinginan keluarga selain dari memikirkan kepuasan hati aku.


Alhamdulillah.. doa masa bulan Ramadhan baru ni dimakbulkan Allah. Dengan izinNya, sampai offer tu kat aku di saat hati gundah memikirkan kesihatan ibu.


InsyaAllah, umrah menyusul. Hendak juga memijak Bumi Allah.. Mana tahu hati berubah menjadi lebih baik. Amin....

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment