Cara dia tarik mikrofon kawan tu (Ms. Bawalni) memang agak kuang jaq la kan. Patutnya bagi orang tu habis cakap dulu. Bercakap pasal hormat, well..lumrah memang yang muda hormat yang tua. Didikan tu masa aku kecik2 lagi aku da blaja. Hormat pada guru. Hormat sesama insan. Hormat tu memang penting, betul jugak cakap dia.
Yang part tak bestnya, kenapa semua orang duk komplen pasal nak dapat pendidikan percuma. Sedangkan, ramai yang gi sekolah tak rela nak blaja. Ponteng. Kalau la pendidikan tu free, agak2 baper orang nak skor 4 flat? Brapa orang nak stadi sampai kul 6 pagi? Aku yang buat pinjaman PTPTN ni pon stadi lebih kurang. Mak aku orang susah tau.. Tapi nyesal gak la tak skor 4 flat. Kalo tak aku dah leh enjoy ngan duit lagi separuh nak bayar balik PTPTN. Tapi takper, sebab PTPTN la mak aku sanggup aku gi universiti (sbb mak takder duit nak sekolahkan anak lagi tinggi2).
Masa aku sekolah dulu, ada je tuisyen percuma, Al-Bukhary.. Tapi yang gi nyer berapa orang jer. Nak cakap pasal free education..
Benda free, selalunya kurang dihargai berbanding sesuatu yang diperolehi secara jerih perih. Contoh senang, ada awek tergedik2 datang kat korang.. korang terima ngan terbuka. Pas sebulan dua, korang start boring dah. Alah, petik jari, lagi seploh datang kan. Cuba korang minat sorang perempuan, yang bertudung litup, susah plak tu nak dekat.. usha nyer usha, dua tahun baru dapat. Punya susah kan, tapi yang tu la korang hargai sampai tua kerepot.
Contoh lain, orang bagi makan free, korang amik sampai melimpah pinggan. Tak takut pun kalau tak abes. Ala... tak abes buang jer dalam tong sampah kan?
Cuba kalau Tutti Frutti, setiap gram dikira. Semangkuk kecik dah RM30 (amik kau).. mau nyer korang pilih2, amik yang sedap ckit, berat kurang..then makan kompem licin.
Bagi aku, sistem PTPTN tu, yang skor ijazah pertama diberikan sebagai biasiswa. Tu dia, susah sangat ke nak free education? Blaja rajin2 la oi. Jangan pandai komplen ja. Nak masuk syurga pon, korang kena berbuat baik, cari saham di dunia.. Sama la konsepnya. Kenapa nak hidup bagai raja. Semua nak free. (Sorry, raja pon ada tanggungjawab..tak da hidup free pon).
Bukan nak cakap kan. Tapi yang komplen tu, kenapa tak keje rajin2 (gila2 rajin). Then cuba gi lawat negara luar tengok macam mana pembangunannya. Nak gi ospital pon, takder insurans, korang mati tepi jalan okay. Bukan aku nak menyebelahi kerajaan (aku bukan government servant pon) tapi a part of it, ada benda yang kita patut bersyukur. Ada benda yang kita kena usaha sendiri.
Ko duk Amerika sana, tengok berapa banyak tax nak kena bayar. Letak tong sampah depan rumah, 1 kena bayar. Pastu letak lagi satu, kena bayar lagi. Semua benda ada tax. Government tax, service tax.. lagi tinggi kat sana (dah ada kat mesia dah ni).
So, sila lah melawat negara luar yer. Aku yang pi sekejap ni pon rasa nak balik mesia jer. Nak solat, masjid xda. Kiblat pon nak kena cari sendiri. Pastu bertudung pon orang duk pandang. Nak makan, tiap kedai ada arak. Nak beli roti pon hati2. Seksanya nak menjaga diri, jaga hati dan jaga yang halal.
Nak solat, masjid merata2 (tapi berapa ramai yang solat?). Yang berkobar2 bercakap mengenai kewujudan gereja/kuil... Masjid sendiri pon korang tak lawat. Kenapa nak pertikaikan kewujudan gereja?
Gi hospital kerajaan, bayar seringgit je sayang. Murah kan? Lama menunggu? Well, tak kronik sangat takperla tunggu. Korang duk lepak umah jiran habiskan masa duk sembang pasal isu semasa yang tak berfaedah tak plak bising. Pastu, komplen lagi... Pasal hospital kerajaan ni lembab.. Servis slow. Tak tau plak orang keje siang malam. Dokter tu dah oncall seminggu direct. Nurse tu duk tinggal anak kat umah. laki punya makan minum entah ke mana. Ada fikir?
Satu benda, yang aku rasa paling penting.. rasa betapa dunia ni hanya sementara. Bersyukur dan nikmati hidup. Jihad.. bermula sejak kita mula baligh. Mencari ilmu.. mengekang diri dari godaan, itu semua jihad. Kenapa nak bercakap pasal jihad (memperjuangkan agama - jika tidak menyokong kerajaan yang ingin memperjuangkan agama maka kufur la kamu). Pergh.. pedih aku dengar ayat tu.
Yang bercakap tu, semayang pon tak cukup 5 waktu. Hormat orang tua, 50% je kot. Jihad mencari keredhaan kedua ibu bapa, mungkin tidak. So, basically adakah dengan satu undian aku boleh masuk syurga? Nauzubillah.. Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar. Yang bekerja, adakah 100% kerja betol2? Anda pasti anda tak curi tulang? Bekerja setimpal dengan gaji? Ada tak chit chatting or facebooking masa kerja? Sejauh manakah halalnya rezeki yang kita perolehi. Maka, berjihadla kamu mencari rezeki yang halal.Peringatan buat diri aku jugak.
Bagi aku, yang rukun2 tu patut didahulukan. Rukun Islam dan Rukun Iman. Aku nak lengkapkan yang tu dulu. InsyaAllah, yang lain menyusul. Duniawi is duniawi. Selama mana pon nak menongkat langit kan. Kepada Allah s.w.t jua tempat kita kembali.
"Ya Allah, berkatilah apa yang aku lakukan. Andai tersilap fahamanku, maka berikanku hidayahMu. Janganla aku ternoda oleh sesuatu yang terpesong daripadaMu." ~ Amin
No comments:
Post a Comment