Saturday, March 30, 2013

Adik, jangan pergi..


 
Dia bercita nak jadi perwira. Katanya, nak bunuh orang jahat. Nak pertahankan keluarga. Cepat je masa berlalu. Dia pun dah besar. Ada seorang adik lelaki. Tapi sayangnye, dia mula sakit sakit.

Tak lagi aktif macam dulu. Cita cita nak jadi pembela negara seolah terkubur di situ. Dia seolah mengerti, dia tak mungkin hidup lama. Tapi dia tetap kuat, menerima  tusukan jarum yang menyakitkan. Adiknya dia hanya memandang dari jauh. Dalam hati dia kecewa kenapa abang sakit. Tak sempat untuk bermain polis dan pencuri.

Dia selalu terbayang, abang yang sentiasa menjerit, mengatakan cita cita membela keluarga. Satu hari, mak long datang. Dia di dalam bilik air. Bukan mandi sebenarnya, tapi hanya menangis hampa di dalam bilik air. Dia terdengar perbualan ibu bersama makciknya. Abangnya da tenat, dah tak lama. Sedih sekali hati adik. Hampa kerana dia tak sekuat abang untuk menjadi seorang pejuang.

Dia memanjat siling, dengan harapan untuk keluar dari rumah. Nak daftar sebagai askar. Tanpa mengira usianya ketika itu hanya 8 tahun. Kerana ingin menyambung cita2 abang.

“ Abang, jangan mati. Tunggu adik. Adik boleh jadi askar untuk abang. Adik pegang senapang untuk abang. Tapi abang jangan mati. Adik tak ingin hidup berseorangan. Tolong jangan mati abang.”

Mama dapat tahu adik hilang, mama jerit panggil nama adik. Adik merangkak lagi. Entah ke mana adik menuju. Tiba2 siling runtuh, adik jatuh. Betul2 depan mama dan makcik. Mama peluk adik dan nangis. Mama Tanya kenapa adik panjat siling. Adik cakap, adik nak jadi askar, untuk abang…. Mama peluk adik dan nangis.

***

Kami bergegas ke Hospital Sg. Buloh. Aku hanya masuk, melihat nama di dashboard yang ditulis jururawat. Kerana itu lebih cepat dari bertanya di kaunter. Lagipun aku sudah biasa dengan hospital ni. Beberapa jururawat UiTM ada di situ. Pelajar2 bidang kejururawatan juga.

“Ketepi semua! Aku ingin cepat. Melihat orang yang aku sayang. ICU katil 21.”

 Aku sedih. Rindu betul pada abang. Hanya aku seorang yang memanggilnya adik. Kerana terlalu sayangkannya. Perlahan2 aku mencari katil.

Melihat sekujur tubuh yang lesu di katil, hati aku terguris. Banyak betul kesan di dada. Bekas CPR mungkin. Lebam di disitu. Wayar berselirat. Kesian abang. Tapi dia senyum memandang aku. Sejuk hati tengok abang macam tu. Terbayang ketika dia masih sihat, setiap hari menjerit mengatakan keinginan untuk jadi askar. Kini, dia terbaring lesu. Aku senyum pandang abang. Aku usap kepalanya yang dicukur nipis. Aku tak bersuara. Dia juga. Tak putus senyuman di bibirnya.

Mamanya mencium pipi yang cengkung. Aku hanya berdiri memerhati. Lega dapat melihatnya. Aku perhatikan monitor, tekanan darahnya sedikit rendah tapi stabil. Jantng berdenyut agak lemah.

“Sabar ye adik.”

Mak long mengambil alih. Ingin mengelap badan abang katanya. Mak long mengelap badan,abang menahan sakit. Aku kasihan melihat abang menahan kesakitan. Aku lupakan hormat dan adat. Aku tegur mak long. “Jangan lap terlalu kasar mak long. Abang sakit. Jangan lap. Jangan.”

Mak long berhenti. Abang senyum semula. Berterima kasih pada aku barangkali. Makin jelas kesan prosedur di dadanya.

” Adik, maafkan doctor dan jururawat. Mereka cuba rawat adik. Maafkan mereka. Bukan sengaja mencederakan abang. Maafkan cik su sayang.”

Aku berlutut dan memeluk tubuh kecil itu. Rindu akan kenakalanmu abang. Rindu sangat. Cepat sembuh ya. Cik Su rindu. Wajahnya begitu mulus, senyumnya tak putus. Rindukah pada Cik Su? Aku pejam mata. Merasa hangatnya badan abang.

Tiba2, di satu sudut, abang memakai baju hijau. “Abang sejuk”. Katanya. “Nak mama”. Aku datang dan memeluk tubuhnya. “Mama ke toilet sayang. Cik Su peluk okay. Cik su peluk. Bagi abang panas sikit”. Abang senyum. Abang peluk erat.” Adik, Cik Su sayang adik. Nanti adik da sihat, kita pergi kem askar ok.. Cik Su bawak jumpa abang askar kat sana”. Adik peluk makin erat.

Adik cakap adik sejuk. Adik batuk batuk. Sampai adik jadi serak. Aku dapat rasa degupan jantung abang makin perlahan. Aku tahu dia akan pergi, buat selamanya. Aku peluk makin erat. Jantungnya makin perlahan dan berhenti. Aku tergamam. “Adik, jangan pergi dik. Jangan. Cik Su belum sempat bawa adik jalan2. Jangan!”

Aku pandang jasad abang atas katil. Aku pandang monitor yang bergerak. Tak siapa perasan jantung abang makin perlahan. BP makin drop. Aku peluk abang. Itu roh abang. “Adik!” Monitor berbunyi. Tanda asystole. Tiada lagi degupan jantung adik. Aku jerit, tolongla sesiapa panggil nurse sekarang. Tapi, abang dah sedia nak pergi. Aku isytiharkan DNR. Jangan seksa abang lagi. Aku menangis di penjuru katil.

“Adik… Cik Su sayang adik. Kenapa semua ni berlaku kat adik. Cik Su tak suka.”

Semua yang datang menangis. Ah!Pedulikan mata yang memandang. Bukan kepalang sakitnya hati kehilangan orang yang tersayang. I just wanna cry my heart out! Aku menangis tersadai di tepi katil. Menangis kerana abang memilih aku sebagai orang terakhir, untuk melihatnya dalam bentuk roh. Memilih aku menjadi orang terakhir untuk memeluknya. “Terima kasih adik. Cik Su sayang adik sampai bila2. Cik Su takkan lupakan adik…”

***

Aku terjaga dari tidur. Mimpi rupanya. Tapi aku menagis. Terasa hati kosong. Sunyi. Kehilangan. Siapalah ‘adik’.  Aku tak nak kehilangannya di alam nyata. Nauzubillah…

“Ya Allah, Kau lindungilah orang orang yang aku sayangi.”

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment