Saturday, August 17, 2013

Majlis Resepsi Sebelah Pengantin Lelaki

Seminggu lepas majlis kenduri sebelah aku, makanya hari ini adalah majlis resepsi sebelah lelaki. Ngantuknya sebab malam tadi berinai (aku inaikan sendiri) dengan hubby kul 2 pagi. Meniarap dan terlentang di atas katil tunggu inai kering. Aku siap majuk2 lagi sebab hubby cerewet sangat. Itu tak kena ini tak kena. Orang dah ngantuk tahap gaban dia sempat lagi nak komplen2.

Pukul 11 pagi dah pegi make up. Official Photographer (OP) siap ikut awal2 and kat butik tu ada la beberapa pengantin duk beratur nak tunggu make up. Aku ni kira yang ke3 kot. So, masa start make up sampai abes make up, flash sana sini rasa cam artis lak. Haha. Lepas make up posing2 lagi depan kamera sampai orang len pun nek menyampah kan (dalam hati mesti kata kitorang ni poyo kan bajet artis)..takpe2, aku bayar.

Dan sangat feymes coz hubby pakai uniform. Lain dari yang lain la.. Deorang duk tengok je. Bangga jugak la sebab hubby kita ensem. (jangan muntah ok). So, berjalan lah majlis tepat pukul 2 diiringi hujan renyai2 seperti majlis pernikahan kami hari tu. Hujan rahmat kata orang. Alhamdulillah.

Cekidaut!
Berbisik bisik atas pelamin...yang sebenornye cover malu..

Kawan2 yang datang dari jauh. TQ all!

Family yang kena paksa ngan photographer..sporting abes!
Alhamdulillah majlis sangat ok walaupun aku dah nangis and buat perangai cam budak kecik. Penat sangat2 rasa cam nak tido jer. Bulu mata tuhan jer tau betapa beratnye. Lepas sesi outdoor je terus anta baju dan balik tido. Yieehaaaa!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, August 12, 2013

Majlis Resepsi Pihak Pengantin Perempuan

Takmo banyak citer pasal resepsi ni. Cuma beberapa perkara la. First, jurumekap aku cukur kening (banyak sangat!). Aku ingat dia nak rapikan aje, rupanya hampir separuh gak la dicukurnya.

Then, main rembat je pengapit iaitu adik ak. thihihi..merah and kuning. Meriah wedding aku. Cekidaut!
Seb bek ada sedara dia yang keje kat istana budaya kan..cantik la jugak sampin tu.

Alhamdulillah.. Masa makan beradap, pak long dah ready nak baca doa. Panjang doanya sampai berpeluh2 suami aku. Thanks jugak kat sepupu aku (paling rapat la ni) tolong buatkan pulut kuning yang cantik tu. And yang menolong di sebalik tabir, abg zie pak su, cik su... Mekasih jugak kat mak long, sponsorkan umbut kelapa, siap upah orang tebang pokok lagi. Tercapai hajat dia nak sayur umbut kelapa tu.


Akhirnya, majlis berjalan dengan gilang gemilang. Jemputan tak ramai and alhamdulillah makanan cukup2, takde bazir2. Doorgift tinggal 6 je yang tak terbagi.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, August 11, 2013

Solemnization (And My Succesful DIY Project)

Akhirnya, berlangsung juga majlis yang dinanti2kan.. Mak andam aku tak datang make up. Memang nak kena betol. Aku relax jer sebab mak sedara aku ada and tau dia pandai make up, so aku pun tak risau sangat. Just sakit hati sebab dah masuk dalam bil. Majlis akad nikah lebih kurang pukul 2 petang, maka kul1230 dah kena start make up.

Tak yah aku nak citer panjang2, korang tengok aje ye..



Amacam? Ok tak make up makcik aku ni? Theehehe.
Projek DIY yang berjaya: Bunga Tangan dan Veil. Sila baca entri aku yang lepas HANDBOUQUET dan VEIL. Part veil tu paling puas hati sebab betol2 cantik bila duduk, tak terlalu labuh. Alhamdulillah. Hantaran pun buat sendiri aje. Aku suka yang simple2 so tu je mampu. Cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang. Hehe

Close up:




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, August 10, 2013

What A Wedding Without Family Drama

Berat sungguh dugaan nak kawen. Bukan dari segi kewangan, kesihatan, tapi family pulak. Kalau korang baca sajak untuk untuk bapak tiri. Bermula segala2nya bila dia buat pasal. And btw, lupa nak tunjuk kad kahwen deorang buat versi lain, bukan guna duit dia, duit MAK aku jugak!

Berapa sen tak tau la ni
And menggantikan kad kahwin aku yang mahal lagi cantik tuh!

Sedia untuk edaran


Nak amik feel Paris sangat...


Well, tak heranla bapak tiri aku ni tak puas hati kan.. Nampak grand sangat. Puiii!

So, malam berinai tu mak aku mengamuk macam kena rasuk coz aku tak nak maafkan bapak tiri aku. Sampai mak long and cik su merayu2 kat aku mintak selesaikan semua ni. Ok ok..as anak, aku jugak yang salah so aku pi la mintak maaf. No matter what it is, kita anak, so kita yang kena merendah diri minta maaf. Aku sayang mak aku.

Sedang berini..suka sangat!

My hubby pun kena inaikan jugak...
And, gambar ni nampak bahagia jer sebab lumstat drama lagi. After hubby blah je, mak aku dah start mengamuk depan2 tukang inai. Bukan senang nak rasa pengalaman pakai inai dan air mata berjurai2 macam kena kawen paksa. Sembab la mata aku sok!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v