Saturday, December 15, 2012

Dua Hati Bersatu


To both of you...

"Ya Allah, kurniakanlah kedua2nya barakah dan lindungilah rumah tangga mereka, hari ini dan selamanya. Kuatkanlah iman keduanya, dan tambahkanlah sabar di hati mereka menempuh alam yang baru..."
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wedding Reception ~ A humble one

Selang seminggu majlis nikah di Melaka, sekarang giliran pihak kitorang plak untuk menyambut menantu. Macam bese, aku memang tak dapat cuti lama. Penat tuhan saja yang tahu. Baru drive ke Melaka minggu lepas, minggu ni drive balik Terengganu pulak.

Time time macam ni buat aku rasa nak kawen and ada husband so dia boleh tolong drive. Berangan je la kan. Kalau ada husband yang keje je 24 jam, tak guna jugak. Haisssh...

Apa apa pun, sesampai jer kampung tepat kul2 petang, tros basuh periuk belanga.. kuar shopping barang dapur.. Aktiviti memasak mula kul 2 petang sampai la ke keesokan harinya. Biasa la tu. Nasib baik dah pakai katering maka kerja masak memasak kurang sikit.

Kudin duk rajin kacau gulai kawah

Sambil masak sambil gosip

Otai kampung kami

Dapur yang dah tak macam dapur
Pada hari berlangsungnya majlis, aku yang paling sibuk (konon) menyetelkan kerja2 yang lain. Actually kak ipar and abang aku paling bizi. Aku keje gi kedai cari santan, beli itu ini.. kejar lori ais sebab nak beli ais. Sambut tetamu.


pengapit pengantin

doorgift
Kerja ni takde la penat sangat. yang paling memenatkan adalah menjawab pertanyaan makcik2 yang duk tanya majlis aku. kenapa single lagi. Kenapa adik kawen dulu? dah ada calon ke belum? Macam2 lagi pertanyaan seumpamanya.

Well.. Aku dah kalis dah maka leh jawab ngan senyuman and bergurau senda. Oi.. menantu takder orang interbiu pon. Ni deorang datang tengok menantu ke tengok aku ni. Haha.

khemah

khemah bagi tetamu perempuan

orang kuat baru nak jamu selera

kawan2 yang turut hadir
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar. Ada yang sempat dilayan dan ada yang termiss. Aku harap takder la yang pulang ngan tangan kosong and dengan hati yang lara.

Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kami sekeluarga..
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, December 8, 2012

Akad Nikah

Pada 11 Feb 2012, adik aku bertunang maka hari ini, 08 Dec 2012 dia telah selamat dinikahkan...dengan dua kali lafaz...

Sebelum akad

Hantaran


make up

Persalinan batik

Kasut

Bacaan taklik


Salam

Pakaikan gelang kawen

Amik masa ckit

lagi ckit

tak siap2 jugak
Selamat pengantin baru

Dari al-Hasan: Bahawasanya ‘Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Jusysyam. Kemudian datanglah para tamu.

Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (SEMOGA BAHAGIA DAN BANYAK ANAK).”

Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah SAW melarangnya.”

Mereka bertanya: ” Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid”

Dia menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, December 5, 2012

Clinical Research Malaysia


Mungkin ramai tak tahu kewujudan CRM ni.. Kecuali bagi pegawai perubatan yang biasa dengan penyelidikan klinikal. So, kepada yang tak berapa nak tahu tu, ni serba sedikit mengenai CRM 

Kenapa CRM?
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Clinical Research Malaysia (CRM) telah diberi mandat untuk menjayakan EPP. Yang mana, penyelidikan klinikal telah dipilih sebagai Entry Point Project 2 (EPP2) di bawah bidang Ekonomi Utama Negara atau National Key Economic Area (NKEA).


CRM adalah merupakan sebuah badan korporat yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan bercorak 'not for profit' telah diwujudkan pada 15 Jun 2012 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lebih lanjut mengenai CRM : http://www.crm.gov.my/about-crm/

Rajin rajin la meneliti link ni jika berminat dengan Penyelidikan Klinikal.



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, December 4, 2012

My New Life - It change but not much

My Old Office

My Notice Board
My big room.. Thank u boss for d best room eva!

File for review.. Am da boss 

My New Office


I Pad - ing in da office

Take 5 again and again

Reviewing files - my infinity job
So, basically, not much change.It's just a jump form one place to another place. both are in the same building (Selayang Hospital).. But my ex-boss provides me the best place. Never been better (n_n)v

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v