Tuesday, January 3, 2012

Permulaan 2012 Pengakhiran 2011

Alhamdulillah.. Telah lulus GCP pada tahun 2010
Tak banyak yang nak diperkatakan mengenai azam aku tahun ni.. Alhamdulillah, azam2 aku yang tahun lepas dah tercapai semuanya. Bersyukur sangat dengan sokongan mama dan adik2, akhirnya aku berjaya melangkah ke depan.. Walaupun setapak demi setapak...

Champions know there are no shortcuts to the top.They climb the mountain one step at a time. They have no use for helicopters!”~Judi Adler quotes

Berkisar tahun 2011, aku maju setapak dengan memulakan study APOLLO dan EXAMINE. Aku telah menjalani latihan di Hamilton, Canada. Dan juga sebenarnya tengok2 tempat tu untuk bekerja di sana pada masa hadapan. Atas sebab2 tertentu, aku membatalkan hasrat dan membina cita2 baru berpaksikan motto baru iaitu:

" Tempat tidak menentukan kejayaan seseorang, tetapi 'attitude'. Walau di mana pun kita, jika berusaha pasti berjaya." ~ My Mum quotes

Sebab aku dah merantau ke beberapa negara orang, dan bandingkan dengan Malaysia.. Malaysia is far much better for improvement and victory-inducer!

Benda ni mama sebenarnya dah lama ajar. Aku masih ingat dulu.... *imbas kembali*

Gembira tak terkata dapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Masa tu dah berangan-angan nak masuk MRSM. Sebab MRSM tempat budak pandai blaja. Tapi mama kata mama takda duit. Nak tak nak, kena blaja kat sekolah harian juga. Kecewa betul masa tu. Rasa macam life is not fair! Kenapa aku kena sacrifice pelajaran aku. Kenapa di saat aku nak menjejak kaki selangkah lebih jauh, tuhan duga aku dengan perceraian mama and abah sampaikan menjejaskan kehidupan dan masa depan aku?

Mama kata: "tak kira di mana pon, kalau nak berjaya..kalau keinginan tu kuat..pasti berjaya..."
Aku kata: " Mana boleh...masalahnya sekolah harian tak sebagus MRSM.."
Mama kata: " Orang yang belajar dengan penuh kesungguhan, pada masa yang sama sabar dan tabah menghadapi dugaan, ganjaran Allah itu lebih besar..InsyaAllah, kejayaan pasti lebih bermakna."

Aku masih tak puas hati... Tapi nak buat macam mana. Ayah meninggalkan kami. Duit takde. Malang nasib kami? Budak lagi masa tu... Tak reti bersyukur. (Nauzubillah)

Dalam masa 5 tahun, sedar tak sedar... kami 7 beradik dah adapt dengan kekurangan tu. Pakai seadanya.. Makan seadanya. Yang pasti, mama idola aku. Sedih tengok mama kerja. Dugaan kat keluarga tak payah nak cerita la. Dengan takde ayah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maha hebat.. Tapi aku rasa ada lagi yang lebih malang kot. Suka duka kami, bersama mama... Sekurang-kurangnya kami ada mama. (Percayalah..sesukar mana pun hidup tu, selagi adanya ibu kita akan tetap rasa selamat dan bahagia. Duit dan emas berlian pon takkan dapat menggantikan kasih sayang ibu.) 

U will know this when you only have money, big house, big car, cool dad but not mother.

Kebahagiaan yang paling besar dalam hidup, bila dapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi.. Betapa bahagianya mama masa tu. Sampai menangis! Dats so true.. Apa yang mama katakan... Kebahagiaan itu datang pada kita tak terduga. Sedangkan sahabat aku yang blaja kat MRSM, menerima dengan tabah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma. Dan, rakan2 yang kukenali di Matrikulasi, pelajar MRSM, gagal di tengah jalan. Alhamdulillah. Allah kuatkan semangatku menempuhnya. 

*habis kisah imbas kembali*

Azam nombor satu yang masih lagi terawang2... Sambung MSc dan PHd. InsyaAllah, yang itu akan tetap dalam senarai. Tak kira cepat atau lambat. Tengah kumpul duit nak setelkan semua ni. At least kewangan tak jadi masalah kelak. Takkan lari gunung dikejar kan? Sampai tua berjanggut pon aku akan tetap blaja jika ada peluang.

Azam nombor dua.. supaya dapat jodoh and kahwin. Yang nih masih di awan biru kot. Berdoa dan bertawakal je lah. Nak usaha pon tak mampu. Semuanya ditentukan Allah s.w.t. Ada sesetengah benda kita boleh aturkan, dan ada sesetengah benda biar Dia sahaja yang mengaturkan. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Syukurlah. Semuanya selamat...  All is Well.









Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment