Friday, January 6, 2012

Syukur Atas RezekiMu Ya Allah

Alhamdulillah...


Rezeki Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lama aku bekerja di sini, dengan bermacam2 dugaan. Mencecah 3 tahun.


Selepas perjumpaan semalam, hati aku berbunga riang. Melebihi rasa bahagia jatuh cinta. Yang ini lebih berbunga dari itu. Yang mampu membuat aku mengukir senyum sampai ke alam mimpi. Senyum menampakkan barisan gigi dan pipi yang tembam. Senyum umpama orang angau bercinta. 




Pertama kali bercakap dengan senang hati, hati ke hati.. Melihat mata yang memandang aku dengan satu keyakinan. Seolah2 mata berkata: " Don't worry. I got your back!"



Yang membuatkan aku bahagia bukanlah cinta. Tetapi kerana azam ku, cita2ku mendapat sokongan dan insyaAllah, bakal dilaksanakan. Ianya melebihi apa yang aku pohon selama ini. Syukur ya Allah..



Selama ini hari-hari ku dimulakan dengan ayat seribu dinar. Tak kira apa sahaja yang aku inginkan dalam hidup, aku meminta padaNya. Mungkinkah kerana itu, dipermudahkan jalan hidupku. Berkat doa mama juga yang sentiasa mendoakan yang terbaik untukku.


Alhamdulillah... Juz a reminder for all...Wang ringgit bukanlah segalanya. Doa ibu lebih berharga dari itu... Mintalah ibu berdoa untuk kita... Dan kita sendiri juga perlu berdoa... Dia Maha Mendengar.




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment