Membe aku ni eksaited dapat tahu aku nak kawen. Aku plak, gembira la tengok kawan aku ni eksaited kan. Ye lah, dulu masa bercinta, putus cinta, dia la tempat mengadu kan.
So, dia pon cerita la pasal adik dia nak kawen dah. Pihak lelaki dah nak datang merisik. Hati seorang kakak kan, mestila nak yang terbaik untuk adik adik. Kalau tanya aku, memang aku totally disagree la kawen muda sangat. Bukan apa, nak cari lelaki yang berkualiti zaman sekarang sangatlah susah.
Nak cari isteri solehah pon susah zaman sekarang. Kahwin tu give and take. Kalau sebelah pihak jer yang cuba mantapkan diri, sebelah pihak lagi camne.
Semua tu memerlukan kematangan, kesabaran. Yang kita selalunya tak ada ciri2 tu ketika usia mentah. Tapi tak tau la kalau ada yang umur 17 tahun tapi matang cam umur 30 tahun.
Zaman sekarang, isteri kebanyakan kena support suami dengan bekerja. Bukan suami tak mampu, tapi untuk kehidupan yang lebih sejahtera. Takkan nanti bila ada anak, kita tgok je anak meleleh air liur, ngidam nak men iPad anak jiran. Kita plak, apatah lagi iPad, komputer meja pon tak mampu. Sedih wei tengok anak kita camtu. Ada benda yang kita boleh bersederhana, tapi tak mungkin kita mampu tengok anak teringinkan sesuatu dan kita tak mampu bagi.
So, zaman sekarang tak ada istilah, husband saya boleh tanggung saya. Semua tu agak karut melainkan husband korang seorang engineer gaji puluh2 ribu. Tu pon tengok juga aset dia, kalau umah harga million, keta harga setengah juta, mungkin duit dia habis untuk bayar hutang jer.
Sebagai wanita yang berpendidikan, kenapa tak cuba majukan diri, ada kareer sendiri supaya nanti hidup lebih terjamin. Anak anak terbela. Mana tahu, suami kaya digoda orang, akhirnya kita juga yang ditinggalkan bergelandangan. Cukuplah apa yang aku alami masa kecik2 dulu. Sekurang-kurangnya kita ada kareer sendiri, tapak sendiri untuk masa depan. Bukan tak percaya pada suami sendiri, tapi berjaga2. Kalau rumah tangga yang dibina 15 tahun boleh roboh sekelip mata, inikan pula yang setahun jagung.
Kes perceraian sekarang mencatat nilai yang hampir mengejutkan. Betapa murahnya nila sebuah perkahwinan. Kahwin umpama bercinta. Masa suka, kita kawen, bila tak serasi kita cerai. Tak ingat dah, benda halal yang Allah paling tak suka, bercerai. bergegar arasy kan. tapi kita sewenang2nya buat jugak. Sebab halal. And kadang2 sebab ikut nafsu, emosi.
Banyak kes kes perceraian berlaku sekarang ni. Meh cek statistik tengok! (Setiap 15 minit, ada 1 pasangan yang bercerai)
Jumlah perceraian meningkat dari tahun ke tahun. Bukan sikit tu. Penyebab, rasanya korang leh agak kan.
1. Kecenderungan dan niat
untuk berkahwin tidak tepat. Ramai pasangan yang cenderung untuk berkahwin
kerana cinta dan seks semata-mata. Betul, keperluan seksual adalah antara dalam
hikmah sebuah perkahwinan tetapi seks bukan perkara utama.
* Ramai yg silap kahwin sebab cinta. muda kan, mana nak tahu beza cinta dan rasa tanggungjawab. Bila dah kahwin tetiba rasa cam salah pilih plak.
2. Kesilapan dalam memahami maksud status seorang suami dan seorang isteri. Perkahwinan bukan menjadikan suami seorang raja dan bukan juga menjadikan isteri seorang hamba.
2. Kesilapan dalam memahami maksud status seorang suami dan seorang isteri. Perkahwinan bukan menjadikan suami seorang raja dan bukan juga menjadikan isteri seorang hamba.
* Lelaki nak dilayan bagai raja, yang pompuan plak rasa diperhamba. Kat sini memang ilmi agama tu penting, untuk clarify apa tanggungjawab suami dan apa tanggungjawab isteri. penyelesaiannya, ilmu agama.
3. Kegagalan menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam perkahwinan. Kedua-dua suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri dan tanggungjawab isteri menjadi hak suami.
4. Kurang ilmu rumah tangga dan perkahwinan. Hampir 75 peratus pasangan yang bercerai dikenal pasti sebagai individu yang kurang ilmu berkaitan perkahwinan dan rumah tangga. Hampir 20 peratus lagi adalah individu yang tahu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diketahui, sementara bakinya adalah individu yang hanya memikirkan perkahwinan adalah layanan seks semata-mata.

*Berbalik pada isu, ilmu.
5. Kurang atau hampir tiada iman. Rata-rata kes yang berlaku di Malaysia ini, punca utama runtuhnya sesebuah perkahwinan adalah kerana kurang atau hampir tiada langsung ilmu dan iman.
5. Kurang atau hampir tiada iman. Rata-rata kes yang berlaku di Malaysia ini, punca utama runtuhnya sesebuah perkahwinan adalah kerana kurang atau hampir tiada langsung ilmu dan iman.
Agak agak dalam umur muda tu, dapat ke kita menimba ilmu penuh di dada? Maka, muhasabah diri, mantapkan iman, mantapkan kewangan.
Sama sama kita bina keluarga bahagia.
No comments:
Post a Comment