Wednesday, February 13, 2013

Makan Malam Bersama Future In Laws

Baru je balik dari makan malam bersama bakal mertua. Wah! Rasa cam best lak guna nama tu. Seronok sebab dapat jumpa, walau tak semua separuh pon ok.

Berdebar jugak bila jumpa future FIL ni sbb dia ckp abah garang. Tapi, dengan skill aku beramah mesra ngan patient selama ni rasanya ok la kot. Lagipun, selalunya aku pandai amik ati lelaki berbanding perempuan.

Tips: senyum..senyum.. Dan senyum...
Makan plak memang sopan. Jawab bila perlu je. So, aku tak byk ckp sgt la td. Just senyum je. Harap sejuk hati FIL aku. Pas makan, abg po (my future hb), gi byr mkn.. Tinggal la aku berdua ngan FIL. Cuak jugak. Aku diam je sbb tak tahu nak sembang apa. Takkan aku plak nak interbiu dia kan. Alahai. Dalam hati doa je.

Tiba2 FIL tanya.. "Da lama kenal dia?" aku seram la. Jawab jugak cam bese.
Then dia sambung: "Bila hidup bersama ni, kena banyak sabar.. Ye lah. Sedangkan lidah lagi tergigit kan.. Dia tak boleh dua dua panas, tahu je la kan."

Hint dah tu. Maknanya dah kompem jadi menantu la ni. hehe. Thanks abah.

Terharunya rasa bila FIL nasihat camtu. Ye la, orang lama. Banyak makan garam. Nasihat dan tunjuk ajar deorang la kita nak kena dengar. Tambah lagi kalau rumahtangga kekal sampai tua kan.

Future MIL plak masih di Penang. Last cakap dalam phone aje. Dengar suara yang lembut and happy tu buat aku rasa happy jugak. Seronok nak menerima menantu katanya. Thanks mak sebab besarkan dia jadi anak yang baik, and redha dia jadi hubby saya.

Alhamdulillah. Majlis makan malam berlalu ngan baik. Angah pon okay jer. Pas anta abah, dia ajak lepak lagi kat Oldtown. Tinggal adik beradik jer. Sesi ramah mesra la ni. Thanks angah sebab bagi penerangan panjang lebar.

Beitulah berakhirnya makan malam spesel, first time dalam hidup. Sebagai bakal menantu =)
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment