Busy dating jugakla. Maklumlah, bercinta sakan sebelum melangkah ke arah perkahwinan. Seriously, kena kenal pasangan betul2. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, supaya lepas kahwin nanti takdela krisis besar nak adapt dengan pasangan.
Dia kira untung sebab dapat berkahwin dengan cinta pertama dia (iaitu aku).. aku plak, bukan tak untung, cuma alangkah bagusnya kalau aku jumpa dia dulu lagi. Hilang segala pening, nak fikir mana nak cari lelaki yang leh blend in ngan adik beradik dan especially mak ayah aku. Ciri2 yang paling aku suka. Well, bukan nak puji dia sebab dia bakal jadi husband aku.
Cuma, first time jumpa, satu-satunya ciri yang aku rasa dia ada, cepat mesra. And aku takkan teragak2 nak bawa dia ke majlis or jumpa keluarga. And aku tak perlu risau kalau balik kampung, aku sibuk bergosip ngan sedara mara. He can handle himself and blend in. Thats the most important thing =)
Secondly, dia ni rajin jugak meneman aku shopping. Mula2 dulu aku test jugak tengok larat ke tak teman aku sehari suntuk round IKEA, Curve... Agak2 dia mengeluh tak. Tapi aku give up la, sebab rupanya dia lagi kuat shopping (window) berbanding aku. Tambahan plak aku ni ada sakit lutut. Kang mintak didukung plak kan. Tak leh buat kat Malaysia ni walaupun da kawen. mahu masuk TV3 nanti. Tak ke feymes aku kalah Lisa Surihani (yusry tak pernah dukung dia pon kan...)
Semua takhta yang dulunya untuk aku, habis dirampas oleh dia. Ramah aku, ramah lagi dia. Kuat shopping aku lagi kuat dia shopping. Kuat merajuk aku, dia lagi kuat merajuk... So, aku dah jadi naib johan dalam soal ni. Kecuali satu benda, memasak.
Alhamdulillah dia tak pandai masak. So, boleh la aku tunjuk skill yang tak seberapa ni. And rasa bangga sangat bila dia kagum ngan masakan aku. Padahal aku masuk rancangan Masterchef kompen tersingkir masa peringkat saringan lagi! -___-"
Well, at least ada la ciri2 memikat hati suamii kan. Paling dia suka..yang mostly aku masak sekali seminggu (kena pantau paras gula dia setiap bulan pasni)...
Bubur kacang makan dengan roti gardenia. Memang umphhh!
Alhamdulillah. Dia suka masakan aku (tak tau la kalau dia berlakon je kan..hehe).