Sunday, July 21, 2013

Sajak Khas Buat Ayah Tiri

Murahnya nilai perkahwinanmu
Hanya pada sekeping kad jemputan

Telah ku duga semua ini akan terjadi
lirikan matamu yang iri hati
melihat kami berjaya sendiri

Kau kata kau sayang kami seperti anak sendiri
Tapi rupanya kami memang anak tiri
Kau hanya mementingkan diri

Hilang semua rasa hormat aku
Melihat kebodohan kau aku terpaku
Dia akan tetap jadi ayahku
Wali pada pernikahanku

Busuknya hatimu mengharap aku membenci ayah sendiri
Yang dilantik menjadi wali
Jika bunga berbau wangi
Itu kau kata kau yang didik sejak azali
Jika bunga berbau seperti tahi
Itu kau kata ibu yang mendidik jadi begini

Sudahlah, kau ayah tiri
Menjadi duri di dalam daging keluarga kami
Menyalahguna kuasa mengugut kami
Mengharap kami sujud ke kaki

Syurgaku bukan di bawah kaki mu
Tapi di bawah kaki ibuku
Cukuplah selama ini aku bersabar denganmu
Tapi bukan lagi untuk kali ini...pergi mampuslah kamu!


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, July 8, 2013

Veil dan Manik DIY

Penat semalam sehari suntuk menjahit manik kat veil aku. Haish.. main hantam saje jahit bajet tangan kreatif sangat. Pastu mula la berangan kan. Lelama tengok naik juling mata aku ni.

Hasil tangan kaku aku.. #Veil
Maka tu la hasilnya. Manik tu pilihan en tunang (selain dari warna pearl). Memang boleh diharap jugak taste dia. Pandai. Sebab tu aku suka shopping ngan dia and tanya pendapat dia. Memang 50% tu dia yang bagi pendapat. Kadang2 boleh bawak gaduh jugak sebab dia cerewet.

Setel jahit tetiba aku rasa cam pelik plak kalu pakai inner warna biru yg aku beli dulu... Tapi aku memang rasa nak berbeza. Tak mo la asyik kaler putih je kan. So aku nak buktikan kt korang, pakai tudng kaler lain pun naik seri jugak. Ni aku cilok kt FB kawan2...

Simple tapi elegan. Suke!

Matching kaler yang rare tapi cun!
So, aku ni kategori cam deorang jugak, kalau boleh nak rare aje keje. Tapi takut jugak tak cantik. Aku harap nanti MUA aku leh la make up kasi cantek cam deorang.



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, July 6, 2013

Tempahan Kad Kahwin

Stress aku dua tiga hari ni pasal memikirkan kad kawen tak siap2. Seriously, ni antara sebabnya aku taknak buat benda last minit. Memang susah sbb benda yang sangat detail. Bagi aku sangat penting untuk dapatkan kad kawen ni. First skali, nama keluarga. Walaupun benda tu nampak simple, sesetengah orang sangat kecik ati bila nama dia takde kat kad tu. Adik beradik kan, bukan selalu leh letak nama kat kad. So, aku dengan gigih cuba mengumpul nama tu sebaik mungkin. Then baru la tempah.

Dah tempah, kompem ada benda nak betulkan. Time tu la nak tambah itu ini. Aku dah tempah hujung bulan 5, bayangkan julai pon masih tak siap2 jugak. Dah naik hangin aku. Dah la family duk push je. Lagi stress dibuatnya. Aku email jer direct kat bos dia, rupanya agen dia nih tak bagi salinan resit pembayaran. Aku dah bayar sebelum draf siap lagi, bleh dia buat lemau camtu? Aku doakan nanti dia nak kawen, ada benda camtu jadi kat dia. Biar tuhan balas. Ni soal kawen bukan buat kad bisness leh tunggu sebulan.

Dah la nak reply punya lambat.. Tak efisien langsung. Kat testimonial pelanggan sumer letak respon yg elok2 jer. Knape tak letak respon pelanggan yang tak puas hati ni? Tu la adat orang meniaga kan. MELAYU! Memang banyak janji MELAYU!

Aku baru je ingat nak booking utk adik aku ke or sedara mara lain yang nak kawen, Tapi nampak gayanya, aku takkan suggest dah. Sorry to say, ur service is fucking horrible!

Nak tau kat ne aku tempah kad tu? Ti aku letak link dia. Tunggu kad aku siap kang aku letak siap ngan gamba skali. Haissssh..hangin2. Memang benda camni berlaku, kalo tak tempahan baju kawen, kad, kalo tak pun jurumekap. Macam2 yang akan berlaku bila sesuatu yang penting dalam hidup nak berlangsung. Sebab tu aku tak suka last menet planning. Sebab error macam ni akan berlaku and things are not gonna be PERFECT again. Isu2 macam ni boleh sebabkan kita bergaduh ngan pasangan.

Sabar, sabar dan sabar. Tak tahu sampai tahap mana kesabaran tu. Tapi aku masih sabar lagi.... Kalau nak selamat, aku suggest pasangan jangan buat kad utk dua2 belah pihak. Buat sendiri punya aje. Sometimes orang tak leh terima cara kita bekerja and tak ingin nak paham. Learn from my mistake. U do what u want to do for yourself. Dun do for others dat sometime u think u will make their life easier, but it will end up they blame u for the error/mistake. And make u feeling worse, not to comfort coz people tend to find something or someone to blame when it comes to problem.

From this case, I have learn a lot. No last minute planning and do not trust anyone. Do whats only benefit u. Care less about other people.

Adios ~Jiwa kacau~
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, July 2, 2013

Bunga Tangan Nikah DIY

Sekali lagi aku habiskan masa, meng'google' bunga tangan kat internet. Maklumla, maklumat di hujung jari. Memula idea aku adalah nak bunga tuli. Sebab aku suka bunga ni. Tapi sebab wedding aku bukan grand2 sangat buat kat hotel kan. Maka terpaksa buat exception untuk bunga tulip. Lagipun nak match ngan baju cam susah. So, setelah aku google2, maka jumpa la beberapa yang berkenan....

Aku ni minat sangat ngan tema2 western ni. Kalau boleh nak buat wedding pun tepi  laut kan. Ada bridesmaid ramai2 tapi malangnya memang takleh buat la. Aku teringin nak tema ala2 garden jugak, kawen tepi hutan masa musim luruh. Memang best la tapi tu sumer angan2. So, back to realiti. Aku usha2 bunga kat Romantika, Selayang Mall. Maka jumpa la bunga ni and aku decide, Ok lah..bolehla ni buat bunga tangan. Tak la suram.

Lepas godek2, aku pon dapat buat satu bunga tangan...

Perasan tak, kain yang balut tu sebenarnya renda baju nikah and veil. So dah satu set aku nyer bunga tangan.

Esoknya, eksaited aku tunjuk kat en tunang. Pastu apa, dia kutuk la. Cakap: "Ada ke orang pakai bunga tangan camtu? Apsal batang dia panjang sangat? Bukan pendek je ke? Tak klaka ke nanti bila pegang.."

Sedih aku dengar. Hurm..nak wat canne. Dia kan lelaki. Mana penah google bunga tangan kan. So aku google and tunjuk kat dia.

Seb bek aku tak meroyan mintak bunga teratai buat bunga tangan. Baru tau..

Apa pun, thanks kat dia sebab berterus terang walaupun menyakitkan hati jugak. Pfffttt..



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v