Tuesday, July 2, 2013

Bunga Tangan Nikah DIY

Sekali lagi aku habiskan masa, meng'google' bunga tangan kat internet. Maklumla, maklumat di hujung jari. Memula idea aku adalah nak bunga tuli. Sebab aku suka bunga ni. Tapi sebab wedding aku bukan grand2 sangat buat kat hotel kan. Maka terpaksa buat exception untuk bunga tulip. Lagipun nak match ngan baju cam susah. So, setelah aku google2, maka jumpa la beberapa yang berkenan....

Aku ni minat sangat ngan tema2 western ni. Kalau boleh nak buat wedding pun tepi  laut kan. Ada bridesmaid ramai2 tapi malangnya memang takleh buat la. Aku teringin nak tema ala2 garden jugak, kawen tepi hutan masa musim luruh. Memang best la tapi tu sumer angan2. So, back to realiti. Aku usha2 bunga kat Romantika, Selayang Mall. Maka jumpa la bunga ni and aku decide, Ok lah..bolehla ni buat bunga tangan. Tak la suram.

Lepas godek2, aku pon dapat buat satu bunga tangan...

Perasan tak, kain yang balut tu sebenarnya renda baju nikah and veil. So dah satu set aku nyer bunga tangan.

Esoknya, eksaited aku tunjuk kat en tunang. Pastu apa, dia kutuk la. Cakap: "Ada ke orang pakai bunga tangan camtu? Apsal batang dia panjang sangat? Bukan pendek je ke? Tak klaka ke nanti bila pegang.."

Sedih aku dengar. Hurm..nak wat canne. Dia kan lelaki. Mana penah google bunga tangan kan. So aku google and tunjuk kat dia.

Seb bek aku tak meroyan mintak bunga teratai buat bunga tangan. Baru tau..

Apa pun, thanks kat dia sebab berterus terang walaupun menyakitkan hati jugak. Pfffttt..



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment