Monday, August 12, 2013

Majlis Resepsi Pihak Pengantin Perempuan

Takmo banyak citer pasal resepsi ni. Cuma beberapa perkara la. First, jurumekap aku cukur kening (banyak sangat!). Aku ingat dia nak rapikan aje, rupanya hampir separuh gak la dicukurnya.

Then, main rembat je pengapit iaitu adik ak. thihihi..merah and kuning. Meriah wedding aku. Cekidaut!
Seb bek ada sedara dia yang keje kat istana budaya kan..cantik la jugak sampin tu.

Alhamdulillah.. Masa makan beradap, pak long dah ready nak baca doa. Panjang doanya sampai berpeluh2 suami aku. Thanks jugak kat sepupu aku (paling rapat la ni) tolong buatkan pulut kuning yang cantik tu. And yang menolong di sebalik tabir, abg zie pak su, cik su... Mekasih jugak kat mak long, sponsorkan umbut kelapa, siap upah orang tebang pokok lagi. Tercapai hajat dia nak sayur umbut kelapa tu.


Akhirnya, majlis berjalan dengan gilang gemilang. Jemputan tak ramai and alhamdulillah makanan cukup2, takde bazir2. Doorgift tinggal 6 je yang tak terbagi.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, August 11, 2013

Solemnization (And My Succesful DIY Project)

Akhirnya, berlangsung juga majlis yang dinanti2kan.. Mak andam aku tak datang make up. Memang nak kena betol. Aku relax jer sebab mak sedara aku ada and tau dia pandai make up, so aku pun tak risau sangat. Just sakit hati sebab dah masuk dalam bil. Majlis akad nikah lebih kurang pukul 2 petang, maka kul1230 dah kena start make up.

Tak yah aku nak citer panjang2, korang tengok aje ye..



Amacam? Ok tak make up makcik aku ni? Theehehe.
Projek DIY yang berjaya: Bunga Tangan dan Veil. Sila baca entri aku yang lepas HANDBOUQUET dan VEIL. Part veil tu paling puas hati sebab betol2 cantik bila duduk, tak terlalu labuh. Alhamdulillah. Hantaran pun buat sendiri aje. Aku suka yang simple2 so tu je mampu. Cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang. Hehe

Close up:




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, August 10, 2013

What A Wedding Without Family Drama

Berat sungguh dugaan nak kawen. Bukan dari segi kewangan, kesihatan, tapi family pulak. Kalau korang baca sajak untuk untuk bapak tiri. Bermula segala2nya bila dia buat pasal. And btw, lupa nak tunjuk kad kahwen deorang buat versi lain, bukan guna duit dia, duit MAK aku jugak!

Berapa sen tak tau la ni
And menggantikan kad kahwin aku yang mahal lagi cantik tuh!

Sedia untuk edaran


Nak amik feel Paris sangat...


Well, tak heranla bapak tiri aku ni tak puas hati kan.. Nampak grand sangat. Puiii!

So, malam berinai tu mak aku mengamuk macam kena rasuk coz aku tak nak maafkan bapak tiri aku. Sampai mak long and cik su merayu2 kat aku mintak selesaikan semua ni. Ok ok..as anak, aku jugak yang salah so aku pi la mintak maaf. No matter what it is, kita anak, so kita yang kena merendah diri minta maaf. Aku sayang mak aku.

Sedang berini..suka sangat!

My hubby pun kena inaikan jugak...
And, gambar ni nampak bahagia jer sebab lumstat drama lagi. After hubby blah je, mak aku dah start mengamuk depan2 tukang inai. Bukan senang nak rasa pengalaman pakai inai dan air mata berjurai2 macam kena kawen paksa. Sembab la mata aku sok!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, July 21, 2013

Sajak Khas Buat Ayah Tiri

Murahnya nilai perkahwinanmu
Hanya pada sekeping kad jemputan

Telah ku duga semua ini akan terjadi
lirikan matamu yang iri hati
melihat kami berjaya sendiri

Kau kata kau sayang kami seperti anak sendiri
Tapi rupanya kami memang anak tiri
Kau hanya mementingkan diri

Hilang semua rasa hormat aku
Melihat kebodohan kau aku terpaku
Dia akan tetap jadi ayahku
Wali pada pernikahanku

Busuknya hatimu mengharap aku membenci ayah sendiri
Yang dilantik menjadi wali
Jika bunga berbau wangi
Itu kau kata kau yang didik sejak azali
Jika bunga berbau seperti tahi
Itu kau kata ibu yang mendidik jadi begini

Sudahlah, kau ayah tiri
Menjadi duri di dalam daging keluarga kami
Menyalahguna kuasa mengugut kami
Mengharap kami sujud ke kaki

Syurgaku bukan di bawah kaki mu
Tapi di bawah kaki ibuku
Cukuplah selama ini aku bersabar denganmu
Tapi bukan lagi untuk kali ini...pergi mampuslah kamu!


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, July 8, 2013

Veil dan Manik DIY

Penat semalam sehari suntuk menjahit manik kat veil aku. Haish.. main hantam saje jahit bajet tangan kreatif sangat. Pastu mula la berangan kan. Lelama tengok naik juling mata aku ni.

Hasil tangan kaku aku.. #Veil
Maka tu la hasilnya. Manik tu pilihan en tunang (selain dari warna pearl). Memang boleh diharap jugak taste dia. Pandai. Sebab tu aku suka shopping ngan dia and tanya pendapat dia. Memang 50% tu dia yang bagi pendapat. Kadang2 boleh bawak gaduh jugak sebab dia cerewet.

Setel jahit tetiba aku rasa cam pelik plak kalu pakai inner warna biru yg aku beli dulu... Tapi aku memang rasa nak berbeza. Tak mo la asyik kaler putih je kan. So aku nak buktikan kt korang, pakai tudng kaler lain pun naik seri jugak. Ni aku cilok kt FB kawan2...

Simple tapi elegan. Suke!

Matching kaler yang rare tapi cun!
So, aku ni kategori cam deorang jugak, kalau boleh nak rare aje keje. Tapi takut jugak tak cantik. Aku harap nanti MUA aku leh la make up kasi cantek cam deorang.



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v