Saturday, April 27, 2013

Me and Him ~ Compatibility

Dah lama tak update blog. Busy -___-"
Busy dating jugakla. Maklumlah, bercinta sakan sebelum melangkah ke arah perkahwinan. Seriously, kena kenal pasangan betul2. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, supaya lepas kahwin nanti takdela krisis besar nak adapt dengan pasangan.

Dia kira untung sebab dapat berkahwin dengan cinta pertama dia (iaitu aku).. aku plak, bukan tak untung, cuma alangkah bagusnya kalau aku jumpa dia dulu lagi. Hilang segala pening, nak fikir mana nak cari lelaki yang leh blend in ngan adik beradik dan especially mak ayah aku. Ciri2 yang paling aku suka. Well, bukan nak puji dia sebab dia bakal jadi husband aku.

Cuma, first time jumpa, satu-satunya ciri yang aku rasa dia ada, cepat mesra. And aku takkan teragak2 nak bawa dia ke majlis or jumpa keluarga. And aku tak perlu risau kalau balik kampung, aku sibuk bergosip ngan sedara mara. He can handle himself and blend in. Thats the most important thing =)

Secondly, dia ni rajin jugak meneman aku shopping. Mula2 dulu aku test jugak tengok larat ke tak teman aku sehari suntuk round IKEA, Curve... Agak2 dia mengeluh tak. Tapi aku give up la, sebab rupanya dia lagi kuat shopping (window) berbanding aku. Tambahan plak aku ni ada sakit lutut. Kang mintak didukung plak kan. Tak leh buat kat Malaysia ni walaupun da kawen. mahu masuk TV3 nanti. Tak ke feymes aku kalah Lisa Surihani (yusry tak pernah dukung dia pon kan...)

Semua takhta yang dulunya untuk aku, habis dirampas oleh dia. Ramah aku, ramah lagi dia. Kuat shopping aku lagi kuat dia shopping. Kuat merajuk aku, dia lagi kuat merajuk... So, aku dah jadi naib johan dalam soal ni. Kecuali satu benda, memasak.

Alhamdulillah dia tak pandai masak. So, boleh la aku tunjuk skill yang tak seberapa ni. And rasa bangga sangat bila dia kagum ngan masakan aku. Padahal aku masuk rancangan Masterchef kompen tersingkir masa peringkat saringan lagi! -___-"

Well, at least ada la ciri2 memikat hati suamii kan. Paling dia suka..yang mostly aku masak sekali seminggu (kena pantau paras gula dia setiap bulan pasni)...


 
 
Bubur kacang makan dengan roti gardenia. Memang umphhh!
 
Alhamdulillah. Dia suka masakan aku (tak tau la kalau dia berlakon je kan..hehe).

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, March 30, 2013

Adik, jangan pergi..


 
Dia bercita nak jadi perwira. Katanya, nak bunuh orang jahat. Nak pertahankan keluarga. Cepat je masa berlalu. Dia pun dah besar. Ada seorang adik lelaki. Tapi sayangnye, dia mula sakit sakit.

Tak lagi aktif macam dulu. Cita cita nak jadi pembela negara seolah terkubur di situ. Dia seolah mengerti, dia tak mungkin hidup lama. Tapi dia tetap kuat, menerima  tusukan jarum yang menyakitkan. Adiknya dia hanya memandang dari jauh. Dalam hati dia kecewa kenapa abang sakit. Tak sempat untuk bermain polis dan pencuri.

Dia selalu terbayang, abang yang sentiasa menjerit, mengatakan cita cita membela keluarga. Satu hari, mak long datang. Dia di dalam bilik air. Bukan mandi sebenarnya, tapi hanya menangis hampa di dalam bilik air. Dia terdengar perbualan ibu bersama makciknya. Abangnya da tenat, dah tak lama. Sedih sekali hati adik. Hampa kerana dia tak sekuat abang untuk menjadi seorang pejuang.

Dia memanjat siling, dengan harapan untuk keluar dari rumah. Nak daftar sebagai askar. Tanpa mengira usianya ketika itu hanya 8 tahun. Kerana ingin menyambung cita2 abang.

“ Abang, jangan mati. Tunggu adik. Adik boleh jadi askar untuk abang. Adik pegang senapang untuk abang. Tapi abang jangan mati. Adik tak ingin hidup berseorangan. Tolong jangan mati abang.”

Mama dapat tahu adik hilang, mama jerit panggil nama adik. Adik merangkak lagi. Entah ke mana adik menuju. Tiba2 siling runtuh, adik jatuh. Betul2 depan mama dan makcik. Mama peluk adik dan nangis. Mama Tanya kenapa adik panjat siling. Adik cakap, adik nak jadi askar, untuk abang…. Mama peluk adik dan nangis.

***

Kami bergegas ke Hospital Sg. Buloh. Aku hanya masuk, melihat nama di dashboard yang ditulis jururawat. Kerana itu lebih cepat dari bertanya di kaunter. Lagipun aku sudah biasa dengan hospital ni. Beberapa jururawat UiTM ada di situ. Pelajar2 bidang kejururawatan juga.

“Ketepi semua! Aku ingin cepat. Melihat orang yang aku sayang. ICU katil 21.”

 Aku sedih. Rindu betul pada abang. Hanya aku seorang yang memanggilnya adik. Kerana terlalu sayangkannya. Perlahan2 aku mencari katil.

Melihat sekujur tubuh yang lesu di katil, hati aku terguris. Banyak betul kesan di dada. Bekas CPR mungkin. Lebam di disitu. Wayar berselirat. Kesian abang. Tapi dia senyum memandang aku. Sejuk hati tengok abang macam tu. Terbayang ketika dia masih sihat, setiap hari menjerit mengatakan keinginan untuk jadi askar. Kini, dia terbaring lesu. Aku senyum pandang abang. Aku usap kepalanya yang dicukur nipis. Aku tak bersuara. Dia juga. Tak putus senyuman di bibirnya.

Mamanya mencium pipi yang cengkung. Aku hanya berdiri memerhati. Lega dapat melihatnya. Aku perhatikan monitor, tekanan darahnya sedikit rendah tapi stabil. Jantng berdenyut agak lemah.

“Sabar ye adik.”

Mak long mengambil alih. Ingin mengelap badan abang katanya. Mak long mengelap badan,abang menahan sakit. Aku kasihan melihat abang menahan kesakitan. Aku lupakan hormat dan adat. Aku tegur mak long. “Jangan lap terlalu kasar mak long. Abang sakit. Jangan lap. Jangan.”

Mak long berhenti. Abang senyum semula. Berterima kasih pada aku barangkali. Makin jelas kesan prosedur di dadanya.

” Adik, maafkan doctor dan jururawat. Mereka cuba rawat adik. Maafkan mereka. Bukan sengaja mencederakan abang. Maafkan cik su sayang.”

Aku berlutut dan memeluk tubuh kecil itu. Rindu akan kenakalanmu abang. Rindu sangat. Cepat sembuh ya. Cik Su rindu. Wajahnya begitu mulus, senyumnya tak putus. Rindukah pada Cik Su? Aku pejam mata. Merasa hangatnya badan abang.

Tiba2, di satu sudut, abang memakai baju hijau. “Abang sejuk”. Katanya. “Nak mama”. Aku datang dan memeluk tubuhnya. “Mama ke toilet sayang. Cik Su peluk okay. Cik su peluk. Bagi abang panas sikit”. Abang senyum. Abang peluk erat.” Adik, Cik Su sayang adik. Nanti adik da sihat, kita pergi kem askar ok.. Cik Su bawak jumpa abang askar kat sana”. Adik peluk makin erat.

Adik cakap adik sejuk. Adik batuk batuk. Sampai adik jadi serak. Aku dapat rasa degupan jantung abang makin perlahan. Aku tahu dia akan pergi, buat selamanya. Aku peluk makin erat. Jantungnya makin perlahan dan berhenti. Aku tergamam. “Adik, jangan pergi dik. Jangan. Cik Su belum sempat bawa adik jalan2. Jangan!”

Aku pandang jasad abang atas katil. Aku pandang monitor yang bergerak. Tak siapa perasan jantung abang makin perlahan. BP makin drop. Aku peluk abang. Itu roh abang. “Adik!” Monitor berbunyi. Tanda asystole. Tiada lagi degupan jantung adik. Aku jerit, tolongla sesiapa panggil nurse sekarang. Tapi, abang dah sedia nak pergi. Aku isytiharkan DNR. Jangan seksa abang lagi. Aku menangis di penjuru katil.

“Adik… Cik Su sayang adik. Kenapa semua ni berlaku kat adik. Cik Su tak suka.”

Semua yang datang menangis. Ah!Pedulikan mata yang memandang. Bukan kepalang sakitnya hati kehilangan orang yang tersayang. I just wanna cry my heart out! Aku menangis tersadai di tepi katil. Menangis kerana abang memilih aku sebagai orang terakhir, untuk melihatnya dalam bentuk roh. Memilih aku menjadi orang terakhir untuk memeluknya. “Terima kasih adik. Cik Su sayang adik sampai bila2. Cik Su takkan lupakan adik…”

***

Aku terjaga dari tidur. Mimpi rupanya. Tapi aku menagis. Terasa hati kosong. Sunyi. Kehilangan. Siapalah ‘adik’.  Aku tak nak kehilangannya di alam nyata. Nauzubillah…

“Ya Allah, Kau lindungilah orang orang yang aku sayangi.”

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, March 9, 2013

Kentang Sardin Bujang



Bahan- Bahan
Sardin (1 tin bersaiz kecil)
Bawang besar (1 biji - dipotong)
Bawang putih (1 ulas - diketuk)
Cili besar (dipotong)
Kentang (2 biji - direbus dan dipotong dadu)
Lada giling
Gula melaka
Garam (MSG tidak digalakkan atas faktor penjagaan kesihatan)

Cara-cara
1.Panaskan minyak 5 sudu. Masukkan 2 sudu besar lada giling.
2. Masukkan sedikit gula melaka. Kacau hingga lada giling separuh masak.
(Jangan sampai hangit, pahit pulak nanti)
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng seketika.
4. Masukkan sedikit air.
5. Masukkan sardin. Goreng sehingga pecah minyak.
6. Masukkan garam. Kemudian masukkan kentang.
7. Goreng sehingga pekat.
8. Sedia dihidangkan.

Boleh dimakan bersama keropok keping. Kentang sebagai pengganti nasi (memandangkan karbohidrat yang tinggi).
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, March 1, 2013

Labu Pemanis Senyum



Resepi ni aku ejas sikit dari bubur labu atau pengat labu. Sebab aku jenis tak suka makan kuah sangat. So, try and error.

Bahan- Bahan:
Sebiji labu sederhana besar
Gula melaka 3 keping
Gula kasar 2 sudu (secukup rasa)
Santan kotak (1 kotak) atau santan serbuk (2 paket)
Daun pandan
Garam (separuh sudu kecil)

Cara-cara:
Basuh labu, gosokkan dengan span basuh pinggan (yang kasar)
Bilas hingga bersih
Potong mengikut garis biji labu menjadi juringan/potongan bulan sabit
Susunkan dalam periuk (sederhana besar)
Masukkan santan kemudian hiriskan gula melaka dna tabur atas labu tadi
Taburkan sedikit garam
Simpulkan daun pandan dan campak dalam periuk
*ps: campak means korang leh letak je mana2 korang suka dalam periuk tu.

Masakkan atas api kecil. Biarkan menggelegak dan hampir kering.
Setelah masak, angkat dan hidangkan. bergantung pada kreativiti masing2.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, February 19, 2013

Wedding Checklist Part 1

Tetiba mood nak mengupdate blog datang.. Actually, nak luah perasaan la. Maklumla, nak luah kat kawan, kawan da jauh. Nak luah kat mak, mak kang tak paham plak.. So, luah kt blog jer mampu.

Sebenarnya pening kepala memikirkan urusan nikah kahwin. Pengalaman baru. Sangat baru, mengujakan tapi memeningkan. ingatkan kahwin tu senang. Senang kot bagi yang mak ayah banyak duit. Aku ni satu sen pon family tak bagi kan. Maka semuanya aku bayar sendiri la. Sedih gak tapi bersyukur je la, Allah bagi kerja best sikit, gaji pon tak banyak mana tapi bolehla jimat2 beli barang kahwin.

Hari ni, booking pelamin ngan Drs Anggun Butik Pengantin. Takda masa nak survey sebab jauh di Ganu. Aku plak kat Selangor. Memang takda maknanya aku nak bazirkan RM200 (kos pengangkutan keta+tol) semata2 nak tempah pelamin.

Dah berkenan ngan pelamin dan bajunya skali. So booking jer la. Pelamin jer dah RM1,800, baju pengantin dah RM800. Lagi RM500 untuk meja makan beradap. Agak mahal la tapi aku rasa leh tampung lagi kos tu. Tambah make up lagi RM 500. Tak tahu la mahal ke tak memandangkan aku takde pengalaman booking baju pengantin ni. So kalau korang ada yang nak suggest, aku sgt mengalu2kan.

Duit aku ribu riban dah abes kat situ. Hai, pucat jugak la nanti nak sign cek (tu kalo ada buku cek la kan).

Pastu nak setelkan borang kahwin. Haha. Memandangkan bakal suami aku ni spesel sikit maka borang pon spesel la. Sumer IC adik beradik pon nak. Seb bek takde adik2 yang duk kat Africa ke, India ke. Kalo tak naya aku nak jejak deorang mintak IC. Aku harap cepatla adik2 yang aku sayangi bagi salinan IC. Kalau wali ngan saksi tu sah2 la kena bagi kan.

Katering aku tak tempah lagi. Nak try petang ni tengok camne. Harap janganla mahal sangat. Mampoi aku nak bayar. Kira swap aje la mampu. Pas kahwin nanti cian hubby kena bagi duit belanja. Sorry sayang. Cuba jimat sedaya upaya ni.

So, untuk majlis ni kira pelamin dan baju pengantin dah setel. Alhamdulillah.... Pasni apa pulak??
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v