Thursday, June 21, 2012

Bicara Hati Mengenai Jodoh


Terkejut hari ni bila dapat panggilan dari adik (angkat). Jemputan ke majlis pertunangannya. Rasanya baru beberapa bulan lepas pertunangan dibatalkan.

Aku terkejut kerana calon tunangnya bukan orang yang sama. Mungkinkah ini yang kita namakan jodoh? Aku berharap sangat kali ini, dan selamanya dia akan bahagia. Dan berkata: "Akak, saya tidak menyesal mengenalinya selepas berkahwin. Cinta kami lebih utuh. Sesungguhnya, setiap yang terjadi ada hikmahnya..."

Amin...

Beberapa panduan tentang jodoh yang aku fahami, sama ada membaca atau peringatan orang2 tua...

1: Kalau dah jodoh, sejauh mana pun kita... sekejap mana pun berjumpa, jika ditakdirkan itu jodoh kita maka berkahwinlah kita dengan pasangan. Kalau bukan jodoh kita, selama mana pun bercinta tak juga ke jinjang pelamin. Bak kata Dr. Tuah, makanan yang hampir disuap pun boleh jatuh dari tangan jika bukan rezeki kita.

2: Jodoh sampai lambat kerana Allah meminta kita bersabar. Biar lambat berkahwin, asalkan tidak salah memilih. Buat apa berkahwin jika tak sampai sebulan dah bercerai?

3: Jodoh kita telah ditentukan semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.. Jodoh setiap orang telah tertulis di Lauh Mahfuz.

Ya Allah. Besarnya kurnia dan rahmatMu hingga tak terduga akanku percaturan hidup.Kata kata yang sering didengar sejak akhir2 ni. Maklumlah, usia sudah menginjak 27 tahun. Calonnya masih belum ada.

Mungkin jika aku menerima lamaran seorang teman 4 tahun dulu, aku takkan terluka sampai hari ini. Mungkin anak dah menginjak 3 orang.

Mungkinkah aku akan bahagia kerana dia juga pernah bertakhta di hati dan antara insan yang terlalu mengambil berat pada aku.. Seseorang yang aku kenal hati budinya.. Keluarganya.. dan sejarahnya..

Astaghfirullah.. Hingga ke situ aku berfikir kan? Bukan senang menjadi perempuan.. Kahwin lambat pun susah, kahwin awal pun susah.

Tak aku nafikan, melihat pasangan bercinta dan memeterai hubungan, sedikit sebanyak mengingatkan
aku akan hubungan itu. Mengapa? Mengapa dia bukan untukku? Atau mengapa aku bukan untuk dia?

Perasaan yang sama mungkin korang juga rasai, ketika dan saat ini.. atau mungkin telah bertemu jodoh masing2 setelah jatuh tersungkur.
Beruntungnya pada sesiapa yang bercinta dan berkahwin. Kerana akhirnya dapat memeterai hubungan yang bertahun dijaga, dengan penuh jerih dan perih, bergaduh dan bergembira. Dan akhirnya membina keluarga bahagia.

Atau yang bercinta selepas kahwin?
Tak perlu bersusah payah bercinta, merajuk.. Tetapi semuanya dikecapi setelah berkahwin. Mungkinkah lebih indah?

Aku tak ingin memilih pasangan secara semberono. Atau seperti membeli pakaian. Cuba dulu baru beli. Atau seperti memilih lelaki di pasaraya. Ambil mana yang murah dan available.
Sekurang2nya biarlah senang hati bila bersamanya.Bila sakit ada yang menjaga. Bila lalai ada yang mengingatkan.Paling penting, sayangkan keluarga aku.

Kalau hensem, berduit, berpendidikan tinggi tapi ego.. apalah gunanya dalam rumah tangga. Kemewahan, mungkin.. Tetapi cinta dan pengorbanan mungkin tak wujud.

Sekurang2nya ada itu. Maka, mungkinkah aku akan cuba option ke dua. Bercinta selepas berkahwin?

Mungkin terjadi.. Hehe...
Berangan nak jadi isteri CEO


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment