Tuesday, March 29, 2011

Nak Cepat Punya Pasal...

Korang mesti pernah lalui yang mana korang nak cepat anta mesej, or buat2 terer send tanpa tengok nama yg hendak direply mesejnya, pastu salah anta. Aku dah banyak kali gak la berlaku. Nak2 bila aku dah mula cbuk bekerja. Nak cepat ajer. Menggigil tangan taip mesej sbb nak cepat. Ditambah ngan HP 'touchscreen'... Menyesal aku! Patut aku beli la blackberry ke, senang gak nak taip mesej. Takperla.. HP yang ada tu aku guna la walaupun aku tak bape suker sbb aku tak guna utk mesej...

Nak dijadikan citer, malam tadi anak buah kesayangan aku, si Harris duk tanya pasal keje skolah dia. Ibu negeri untuk negara2 di Asia Tenggara. Baik nyer cover. Malu sbb aku memang tak hafal (sadis kan?).. Demi anak sedara, aku selongkar sumer diari lama, cari nama2 negara Asia Tenggara dan ibu negeri skali. Taip mesej 120km/j.. Then dengan tidak selamatnya aku telah tersalah hantar...Ingatlah, biar lambat asal selamat...
Terkedu Malu!

Tetiba jer dapat mesej "salah org daaa..." Malu giler! Kalo kawan2 takper gak. Nih aku terhantar kat sorang specialist....(special in the list..ngehehe). Blushing gak la muka aku sensorang kat bilik tido.. Hmmm..seb bek la dia tu kira sporting and baik ngan aku. Lagi worse kalo aku terhantar kat Dato',canner agaknya respon dia? Dah aku terpaksa taip mesej yg panjang tu skali lagi (sbb HP aku takde simpan sent item).. Demi anak sedaraku. Maaf, mak sue lupa dah ibu negeri untuk beberapa negara....

Tu kira agak kurang memalukan berbanding beberapa tahun dulu, aku hantar mesej cinta, siap ngan perkataan hikmat 'I love U' kat ayah aku sendiri. Malunyer!

Then ada gak terhantar mesej kutuk mak tiri aku, pastu send kat HP mak tiri aku gak. Huh! Memang clumsy aku neh...

Salah anta kat kawan lak tak yah cakapla,berbondong2. Seb bek cakap pasal keje.

So, aku amik langkah berjaga2 (macam2 langkah dah aku amik)..
  • Contohnya, untuk special person, letak jer nama dia jauh dari nama family. Pastikan nama tak dekat2.. Kalo leh biar tekan huruf tu kuar nama dia jer...
  • Jangan balas mesej ketika busy. Tarik nafas.. hembus..tarik nafas..hembus...
  • Jangan mesej langsung. Call jer tros.
  • Jangan ngumpat pasal org langsung
So hari ni keje aku, nak print peta and siap ngan ibu negeri. So bila anak sedara tanya lagi, aku leh jawab on the spot! Takmo mesej lagi dah (n_n)V

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, March 28, 2011

Sesungguhnya Segala Ciptaan Allah Itu Adalah INDAH





Masjid Wilayah. Time Capture: 07:40pm


Time Captured: After Maghrib


From above, winter all over the world..

Masjid Terapung, Kuala Terengganu..Hijau...
 
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Prior to APOLLO Sites Start Up @ HUKM


Makmal Pemeriksaan..anyway,makmal ni takder kaitan ngan study APOLLO

 
Dua orang Bodyguard yang sudi menemani. TQ korang!


HUKM's Signage..


Ada model kat Taman Tasik Permaisuri


Aku dengan imej suci menghadap HUKM reps...huhu
Dengan harapan bahawa projek ni akan berjalan lancar di HUKM. Masih dalam proses dapatkan kelulusan Ethics Committee. So, sekarang aku masih fokus pada CTIL Application. Cepatla setel. We are ready to start!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Semangat yang hilang...

Beberapa hari kebelakangan ni aku rasa aku menjadi seorang yg pendiam. Ntahla..aku rasa aman dan tenang hanya berdiam diri... Aku terasa kosongnya dunia. Kosongnya hari2 yang aku lalui sedang jasad sahaj yang berdiri dan berjalan. Nyawa dan semangatku terbang ke rumah. Sedih hati aku memikirkan mama. Tiba2 aku rasa ingin berhenti keje dan menemani mama. Membuatnya ceria dengan telatah keanak2an ku. Membuatnya tersenyum dan gembira... Aku sendiri terasa sepi... Apatah lagi dunia mama yang tiba2 gelap gelita. Ma, sabar ye. Anak2 mama sayangkan ma.. Ma mesti kuat. Ma mesti tabah..
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, March 26, 2011

Aku bukan artis...

Hmm.. hari ni tetiba jer mood untuk menulis datang..Mau tak nyer.. Rasa tubuhku yang penat, tapi tak dapat nak rehat, otak yg berserabut tapi tak tau cara menghilangkannya. So, selalunya bila time2 canni, apa yang aku nak adalah "bersendirian". Sebab kalo tak, aku akan "temper" tak tentu pasal.. then mungkina da orang yang akan kena "misil" dari aku. Terasa hati lak kan?? Sebab dalam dunia ni tak ramai yang memahami perangai kita...and janga cuba pon sebab aku nih memang susah untuk difahami...

Bercakap pasal artis ni, ada satu benda la aku tabik spring kat deorang.. hebat gak deorang yer bersabar ngan gosip2 liar.. Ngan mata2 memandang bila diorang kuar.. Urgh! Langsung takde privasi! Aku rimas btol kalo aku nak bergerak tak bebas, ada mata memandang dan duk tanya nak gi mana.. Bosan! Sebab aku nih dah dewasa, dah besar.. Aku tahu la apa aku buat. Apa lagi yang aku buat kalo bukan wat keje hakiki aku. Konpemla aku kuar sbb aku ada keje. Seb bek la bos aku nih pon jenis yang bukan mengongkong. Sebab pernah dalam satu hari, asyik terjumpa. Pagi jumpa kat Lobi Bersalin ospital. Kang tengahari, jumpa kat Klinik Pakar UiTM lak.. Petang tetiba jumpa kat ospital plak. Memang keje aku nih move around jer. So, boss aku mmg memahami. Lagipun keje aku memang tak tetap. Jap nak kena gi ward. Jap nak kena turun klinik, jap nak kena gi kat pentadbiran (bilik dekan jer).. Jap kena gi shah alam. Kang jap nak ke IJN, nak ke HUKM. Pasni banyak tempat lagi aku kena jejak..dari Timur ke Selatan, Utara pon...So, agak2 aku ada masa ker nak ponteng keje? Masa untuk aku kerja pon macam tak cukup. 24 jam tu ckit sangat..

Tahukah korang?? Tak bek makan gaji bute.. Kalo korang nak pertikaikan keje orang len, cuba korang muhasabah diri korang dulu, ada korang tolong bila orang len sibuk dan ada korang jalankan kerja korang, (sila baca fail meja korang).. And nak korang perhatikan, ada tak deskripsi tugas korang yang bertulis: "gosip", "jalan2 cari bala", "jalan2 cari makan"..ada ker??


Tu satu hal.. satu lagi, aku nih agak tak suka di"tagging". Aduh! naik penat aku kalo orang datang tak tentu masa. Menyemak depan mata. Tolongla.. Give me some space. Aku nih ada gak masanya aku tensen. Nak lepas kang, kecik ati lak. Dah nampak muka aku macam nak makan orang tuh, sila blah. Jangan nak mengeluh, wat muka, ngan harapan aku akan bercakap atau concern. Maaf. Aku nih memang selfish. Memang aku tak sempat nak pikir pasal masalah korang yang kecik tuh. Masalah aku lagi besar. Serabut kepala otak aku. Pi la carik orang len untuk mendengar keluhan korang ataupun untuk menghilangkan kebosanan korang sbb aku mmg tak suka ngan ayat "bosan"."boring","takde keje".. sebab aku tak cukup masa untuk bosan, boring dan seangkatan dengannya. Banyak giler benda aku nak kena pikir. Please la.. Grown up!Setakat nak bincang benda remeh tu, carilah orang yang takde keje wei... Tapi terima kasih kat kawan aku yg datang tepat pada masanya, buat aku senyum bila aku penat and stress. Bukan sumer orang camtu, tapi maaflah. Aku memang pantang ckit kalo orang duk bising2 bila aku duk kalut wat keje. Tolong faham ckit. Aku penat sangat!SANGAT PENAT!

Aku bukan artis..tapi hari2 dapat pujian.. (bangga la plak).. Yang ni aku nak berterima kasih sebab menceriakan hariku dengan pujian korang. Tapi puji tu agak2 la yer. Sesungguhnya, pujian itu bisa melalaikan. Sikit2 cukuplah. Tak perlu la nak amik ati. Korang puji pon bukan dapat nek gaji. (Pujian tak ikhlas dari sesetengah manusia). Pada yang ikhlas, terima kasih. Tapi jangan puji lagi bagus sbb aku keliru sama ada korang puji ke ampu.. Aku bukan boss and bukan orang yg akan isi SKT korang.
Susah kalo jadi artis...


Yang memuji dah cakap. Ni bab yang kondem orang lak nih. Senang citer, kalo ko yang takder konfiden dalam diri, tak yah la nak kondem2 orang. Dah sah memang aku lebih baik dari ko. Kalo tak puas hati gak, ce cari idea yang bernas ckit kalo nak kondem. Kang bila aku kondem ko guna apa yg ko kondem aku, ko gak terasa kan. Pastu cakap aku berlagak. Well! Pandai2 bezakan antara "berlagak" ngan "konfiden" pada diri sendiri. Apa yang aku cakap tuh, apa yg ada pada diri aku. Takkan nak reka citer kot (sbb  kalo reka tak jadi,ko pon kenal aku kan..). Kalo apa yang ko kondem tu betol, takpe. Aku terima. Tapi cara ko kondem tu macam nak cover kelemahan diri sendiri. Please lah... Cari benda yg ko betul2 lebih dari aku baru kondem. Kalo tak ko yang makan hati bila aku tunjuk lagak "tak bertempat" aku. aku nih memang camtu, kalo org berkira, aku berkira..kalo org jenis kondem, aku kondem gak la...Makan hati berulam jantung nanti... Sebab aku mmg senang nak "get rid" annoying bugs yang membingitkan telinga neh...Pada yang rasa tercabar dengan diri ini, ingat, "I'm not trying to dance better than you..I'm just trying to dance better than me..."
Saling menunding jari..bagus!


Aku rasa kalo aku nih artis, muka aku nih akan slalu kuar Melodi and Galaksi. Banyak gosip liar dan cerita buruk jer kot. Muahaha.. Sebab aku nih mmg jenis cepat sangat marah dan kadang2 memang aku sound tempek jer kat orang. Sebab dulu, aku memang budak baik. Dengar jer. Terima je apa org nak kata. Bila dah asyik aku jer kena, bosan gak. So, aku transform jadi lebih jahat. Apa korang rasa bila korang lak kena sound and hina? Best kan? Camtu la aku rasa bila korang wat kat aku. Ingat apa? AKu tunggul takde hati dan perasaan? Nak mengata orang, cermin dulu diri tu... Ingatkan tuhan.. Apa yang korang dapat ngan merendah2kan orang.. ada orang respek? Takder pon. Kalo korang nak rendahkan orang, korang memang bagus, takdela orang nak mengata. Jangan lebih sudu dari kuah. Mak aku slalu cakap, antara 3 jenis manusia nih, pilihla nak jadi yang mana:

Jenis A: Seorang yang memang tahu, and dia suka bagitahu...
Jenis B: Seorang yang tahu tapi dia buat tak tahu...
Jenis C: Seorang yang tak tahu, tapi buat2 tahu...

Aku cakap kat mak, aku pilih B. Terkejut mak aku sbb naper aku pilih B tak pilih A? Aku jawab, kadang2 bila kita tahu, kita diam jer. Nanti orang bagitahu, mungkin sama dengan apa yg kita tahu tapi kalau yang dia bagitahu tu lebih dari yang kita tahu, maka bertambahla ilmu...Mak aku diam..and senyum. Pandai anak mama. Tak sangka...hehe.Thanks mum! Prinsip "Tunggu dan Lihat" memang patut digunakan sampai bebila.. Jangan cepat buat conclusion atas apa yang kita nampak. Boss aku lak suka nasihat: "Make it right at the first step".. Susah btol nak ikut nasihat dia sbb aku neh suka wat "try and error". Sebab "troubleshoot" penting untuk tambah ilmu. Mana tau tetiba masalah tu muncul di kemudian hari,. kita da tau canne nak setelkan. Takper boss, saya cuba la buat benda btol2...
No problem..is a problem...


Dahla.penat gak aku nak menaip nih..ilang dah rasa serabut kepala. Ada masalh yang tak brapa nak setel. Tapi aku simpan jer. Bincang dengan orang yg sepatutnya. Kata orang, jangan perbesarkan perkara yang kecil. Mula2 orang layan lagi, lelama orang nek muak gak. So, be independant and survive! LIfe is a journey.. Make it exciting!
Be inquisitive

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Thursday, March 24, 2011

Kenapa aku sayang mama...

Kesedihan yang baru mengambil tapak di hati,membekas umpama daging dicarik kerambit. Tergurisnya hati mama seperti juga menggurisnya luka di hati aku. Aku sedih, mengapa anak mama, yang mama tatang bagai minyak yang penuh, mengguris luka di hatimu mama...

Adakah dia lupa, ketika keluarga kita bergolak.. Mama keseorangan ditinggalkan bersama anak2 yang masih kecil. Mama, ketika itu Sue berumur 12 tahun ma. Anak mama yang masih kecil.. 9 tahun, 7 tahun..6 tahun..2 tahun dan setahun lebih. Kami masih belum mengerti kesakitan dikhianati dan dicurangi. Sumpah ma, Sue tak pernah merasa derita mama. Maafkan sue. Mama jaga kami, mama bela kami.. Dengan tulang empat kerat mama. Mama bekerja keras di kilang dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Mama sambung bekerja lagi, demi menyara anak mama. Mama balik ke rumah lewat malam, ketika itu kami sudah enak diulit mimpi. Mama mandi, dinginnya air paip mama tak hiraukan.. Mama penat. tapi hati mama senyum melihat anak mama sihat. Mama melabuhkan kelopak mata mama, bersedia untuk tidur, ketika itu hati mama menjadi sayu, memikirkan nasib mama, anak2 mama. Mama sedih mengapa mama dikhianati setelah berbelas tahun mama melayari bahtera bersama papa. Mama menangis di tengah dinginnya malam. Hati mama beku dan kebas kerana terlalu sakit. Sehingga mama tertido. Sue terjaga di tengah malam, kerana mendengar esakan tangis mama dalam mimpi mama, mama mengigau ma...Mama terbawa2 ke dalam mimpi. Sedih kan ma. Ya Allah..berilah mama kebahagiaan sekalipun ia hanyalah dalam mimpi. Berilah mama ketenangan. Tolong Ya Allah...

Pukul 4 pagi, mama terjaga. Mama basuh muka mama, memandang sekilas pada anak2 mama yang masih dibuai mimpi.. Mama ambil kain batik di atas rak besi, mama melangkah dalam gelapnya malam, sejuknya angin menerpa menyucuk ke tulang sum2 mama. Mama terpaksa bekerja lagi. Memasak untuk kantin sekolah. Menambah pendapatan mama untuk 7 orang anak mama. Ma..sungguh tabah mama ketika itu, sehingga kini... Pukul 6:30 pagi, mama pulang ke rumah, mengejutkan kami 5 beradik untuk bersiap ke sekolah. Mama dukung si kecil bongsu, mama susukan dia. Ma, maaf kerana Sue bangun lambat dan malas ke bilik air. Maaf sebab  tak bantu mama siapkan adik2. Ma, sue mintak maaf sebab tidak memahami kesusahan mama.. Sue ke sekolah seperti biasa ma. Sue betul2 blaja, sbb Sue minat sangat blaja. Sue suka sekolah baru Sue. Ramai kawan. Sue jadi pelajar cemerlang untuk buat mama bangga. Sue berjaya dapatkan keputusan paling cemerlang, untuk mama. Mama dijemput datang ke sekolah, hari penghargaan kepada anak2 yang cemerlang. Sue harapkan mama hadir, melihat kejayaan Sue. Tapi mama tak hadir, mama cakap mama sibuk bekerja. Sue terasa tak dihargai. Terasa seperti usaha Sue sia2. Mama tak bangga pon... Maafkan Sue ma.. Sue silap. Sue merajuk ngan mama. Sebab mama tak datang. Sue silap. Sue ingat mama tak datang kerana pentingkan kerja dari anak2 mama. Sue SILAP. Mama bekerja kerana mama sayangkan anak2 mama. Sue tak mengerti. Jahilnya anak mama yang diberi pendidikan ini. Mama, Sue mintak maaf menuduh mama dan dengan teganya Sue ucapkan pada hari itu.."Buat apa dapat straight A's pon. Bukannya dapat ke sekolah asrama penuh. Ma pun bukannya datang tengok..."

Mesti pedih dan pilu hati mama ketika Sue ucapkan kata2 tu kan? Sue mintak maaf ma. Ampunkan Sue.

Suatu hari, mama dan anak2 duduk di meja makan. Meja kayu dan kerusi yang sudak kopak. Kita susah ma. Nak beli meja makan baru pon tak mampu kan? Tapi kami bahagia mama ada bersama. Kami gembira masih berpeluang makan bersama. Kami bahagia kita masih mengekalkn adat makan bersama. Itulah didikan mama sejak dulu kan. Tak ada kurangnya didikan mama terhadap kami dan tiada kurangnya budi mama pada papa, tapi mengapa teganya papa meninggalkan mama? Kami tak mampu bertanya, takut hati mama terluka... Mama tiba2 bersuara: "anak2..mama mintak maaf kerana hanya ini yang mama mampu bagi makan. Mama minta maaf kerana hidup kita susah. Mama mintak maaf kerana kalian tak dapat makan sedap2. Ada udang, ketam, ayam..Hanya lauk kampung yang mama mampu bagi..."

Ya Allah. bagai halilintar membelah jantung Sua ma. Kenapa mama tiba2 berkata begitu. Adakah pernah kami merungut tentang makanan yang mama bagi? Adakah pernah kami mengadu tentang makan minum kami? Tidak ma... Lauk pauk yang mama bagi, adalah hasil titik peluh mama. Hasil kerja keras mama. Hasil mama bekerja dari mata yang cantik jernih menjadi merah dan redup...kerana mama penat. Sangat penat kan ma? Kami cukup bersyukur dengan apa yang kami ada ma. Kami cukup makan, cukup pakai, itu sudah memadai ma. Kami bukan anak manja yang senang2 didodoikan dengan kemewahan seperti dulu. Kami anak mama yang tabah, seperti mama. Kami kan anak mama. Kami pasti kami tabah. Ketika kami meluahkan kasih sayang kami, yang tidak terbanding kasih sayang lain yg wujud di dunia, mama tersenyum. bahagia kan kita ma? Semua sebab mama yang terlalu tabah menjaga kami. Terima kasih ma...
Atas segala jasamu.

Ma, maafkan anakmu ma. Maafkan kerana Sue tidak menjadi seorang kakak yang baik dalam menjaga adik2. Menjaga adik2 supaya tidak pernah melukai hatimu. Maaf ma.. Sue gagal. Adik Sue telah melukai hati mama, yang akan berparut. Ma, parut di hati mama terlalu banyak. Maafkan Sue. Sue tak mampu menjaga adik2 dengan baik. Sue tak sekuat mama. Andai dapat Sue gantikan tangisan mama, akan Sue ganti dengan apa sahaja asalkan mama tidak menangis. Asalkan mama tidak gusar. Sue sedih ma. Sedih mengapa teganya anak mama membuang mama ke tepi hanya kerana cinta seorang lelaki. Cinta gila! Sumpah ma. Su tak pernah mengajar adik2 untuk berbuat begitu. Sue nak adik2 berjaya macam Sue. Sue nak adik2 jaga hati mama sepenuhnya. Sue tak nak adik2 Sue jadi anak derhaka. Sue jaga ma.. Tapi Sue gagal.. Maafkan Sue. Sue tak mampu mencegahnya..

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tiada yang lain,kebahagiaanmu keutamaan ku...

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang umpama membelah langit.. Kebas rasanya hati aku. Kelu tak terkata..
Maaf kerana post ni tiada kaitan dengan kerja..cuma aku sebagai hambaNya...Aku terlalu sedih........


Ya Allah... Aku tahu Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.. Begitu juga diri ini dan juga keluarga. Ya Allah, tidak ku minta dariMu melainkan apa2 yang membahagiakan ibuku. Dialah permata hati dan kasih sayangku bersandar padanya.

Ya Allah, makbulkanlah apa yang dihajati mama, apa yang membuatnya senang... Apa sahaja yang dihajatinya.

Ya Allah, andai sesuatu kesenangan itu atas kesedihan dan kesusahan diriku, aku terima Ya Allah, asalkan dia gembira dan bahagia. Ya Allah, senangkanlah hatinya...

Ya Allah, biarlah air mata jatuh kerana takut padaMu, janganlah kerana kami Ya Allah.. Perelokkanlah akhlak kami sebagaimana Kamu memperelokkan wajah kami Ya Allah. Agar mama bisa merasa bahagia dan tanggungjawabnya berbalas...

Ya Allah, besarnya dugaan Mu.. Ku mohon kekuatan dariMu untukku hadapi dengan tabah. Lindungilah adik2ku dan ibuku....

Ya Allah, sesungguhnya terlalu rapuh hati ini, dan terlalu mudah hatiku hancur. Ya Allah, kuatkan hatiku.. Teguhkan imanku. Ya Allah.. Ku mohon pertolongan dariMu untuk kuhadapi dugaan ini... Ku mohon Ya Allah...


” اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبخل، وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال”
“Ya Allah, aku berlindungan kepadaMu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung kepadaMu dari dilingkupi utang dan dominasi manusia.”


Ma,
Su sayang ma lebih dari segalanya..........
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, March 21, 2011

Syok BerGumbira~ Peluang yang aku tak dapat 3 bulan lalu *tipu*


Apa kaitannya aktiviti aku nih ngan
keje?? Memang ada kaitan... Aku keje sampai takder masa nak manjakan diri aku neh.. So weekend yang indah ni aku dapat nikmatinya dengan tenang....



Jumaat lepas, hari terakhir bekerja, tanpa ada rasa sebal dan serabut kepala memikirkan kerja.. Mostly settle la. So, dengan senang hati aku bercuti (dan bawak beberapa bijik fail dalam kete,kot2 tetiba nak wat keje)... Aku mengharungi siang dan malam yang tenang setenang air laut. Sampai kul1030..mata aku dah berat. Sebab aku penat basuh bilik air dan basuh baju.. Kerana aku ada MOTIF di sebaliknya. Ngehehehe~~

Sedang aku terbaring, nah ko! HP aku berdering ngan ringtone yang aku tak suker.. Suara ngantuk aku terdengar. Ye la. Jawab tepon ngah mamai2.. Hmmm.. Dato' call. Suh aku join teleconference. Apa kehenya...Malas aku nak gi ospital memalam semata2 utk teleconference. So aku wat bodoh jer. Konon2 aku tak di notify oleh sesapa. (memang pon...). Then datang panggilan dari Canada untuk aku. Huh! Aku terpaksa jawab. Ngantuk giler mendengar meeting. Seb bek ada yg tak dapat join, so dipendekkan meeting malam tuh! Lega! Aku siap dapat susun duit syiling dalam bilik aku yang berkotak2 (kecik jer) tu jadik bangunan KL Tower (Bangga!). Then aku tak tido.. Tak jadi lak. Aku wat SUDOKU! Oh my darling SUDOKU! U r d best!







Sabtu.. Aku kuar. Jadual aku hari ni adalah rahsia =D












Ahad, aku dah plan dalam kepala sejak Jumaat lepas! Aku nak pi wat manicure. Bukan nak kaler kuku, tak bek dowh..Dosa tu! Pergh! Dah lama aku tak manjakan jari jemariku. Dulu takleh wat sebab setiap Jumaat kena pakai glove untuk wat INR patient. Skarang dah tak pakai. So, ada can la untuk aku manjakan diri. Harap tangan aku cantik dan bertambah lembut =). Aku ajak housemate kesayangan, Leen Hot untuk join aktiviti menggedikkan diri. Seb bek dia ok. Si Narota Ajimaro lak pi gunting rambut (imej baru bro!).Berkilat sungguh kuku tanganku.. Pasni memang aku akan bercuti selama 1 bulan dari basuh baju dan pinggan mangkuk. Kaya la Pakcik Dobi kat depan ospital selayang tu!



Sebelum wat rawatan...
 




Tertido lak semasa manicure tuh...



Selepas rawatann.Sooo Shining!
 





















Lepas wat menicure (dengan kuku yang bersinar2), kami bergerak ke Dataran Merdeka.. Macam tak bese lak kat KL nih.. Huhu.. Bergambar ajer kejenyer.. Ti la beta upload gambo tu yek. Masih lum ada dalam simpanan.... Guna Kamera orang len.. Pasal kamera aku orang pinjam....

Kepoyoan yang terserlah nyata nih..



Macam amik gambar dalam cermin jew...




Model of d year...
 


Loving kapel nih...muahaha


Ni model ngan jurugambar..muahaha


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, March 18, 2011

Hari ini....

Mood bosan di klinik.. Aku schedule patient untuk datang kul0930 pagi. Alhamdulillah.. Aman ckit hidup. Sempat la aku brekfes, then bukak email dulu. Kalau tak, dulu2 masa projek ARISTOTLE masih run in, memang aku akan datang keje kul0730 pagi..Sebab patient aku akan tetap datang awal walaupun aku schedule deorang datang kul 9 pagi. Hai... Nak wat canner.

Aku kesian gak kat deorang tunggu lama2, so datang keje je deorang tros sapa aku ngan muka penuh ceria dan gembira. Sape tak lembut hati kalau pepagi dah senyum and gembira jumpa kita. Aku pon takkan sentuh makanan pagi tu. Tros wat INR utk deorang. Kalau 5 org pt, aku leh lagi bertenang,kalu lebih, memang aku akan jadi macam orang giler. Busy! Nak wat INR lagi, nak INR confirmation..Then nak dispense ubat lagi. Sumer aku kena wat. Memang penat. Deorang seolah2 memahami. Dan kadang2 tak memahami sbb deorang datang nak sembang lelama and ngadu macam2. Bila ngan Dato' tak lak cakap lebih2..
Penyayang kan aku? Muahaha
Ikhlas aku katakan, aku gembira bila deorang selesa ngan aku. Aku harap senyuman aku dapat melegakan sedikit kesakitan dan kemurungan deorang...sebab aku rasa,bila aku sakit pon, aku perlukan orang untuk melayan dengan baik dan concern...apatah lagi patient yang sakit jantung. Deorang memang dirundung kemurungan. Sedikit, aku cuba membantu..walaupun tak banyak. tu adalah salah satu cita2 aku, untuk membahagiakan orang lain... Terima kasih mama,kerana mendidik jiwa penyayang dalam diriku.

BAru jap tadi, terserempak ngan patient aku. Macam bese, auntie yang tak pernah lupa bawa buah tangan untuk aku. Setiap kali datang. Tak pernah miss! Hari ni dia dah di follow up sebagai patient under Cardiology Clinic. So aku tak attend la. Maaf ye auntie....

Merempit dengan laju giler!!
Ops!Dato' dah datang.. Chow!!!

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, March 16, 2011

APOLLO (Bukan biskut ataupun Roket)

Aku yang terberangan...
Malam tadi, aku telah menghabiskan masa di rumah keduaku, Hospital Selayang.. Bukan suka2 jer aku duk sana.. Nak kena attend teleconference. Hallamak! Memang busy la aku nih kan? Aku dah lewat dekat 10 minit. Pasal ape? Pasal aku gi makan Tosey Sardin kat Fadhlina Maju, restoran mamak kat depan kampus. Sorry to say dat memang aku tak minat ngan masakan mamak. Tapi tosey dia agak sedap la ditambah ngan perasa (gelak ketawa) kawan baik aku kat Kampus Selayang. Pergh!Menjilat sudu la. tu blom masuk bab imaginasi kitorg lagi. Ops! Melalut lak. Bab imaginasi sila rujuk Blog Mari Merapik yer.. Balik ke citer pasal teleconference aku.. Dahla lambat, respon aku kat soalan deorang pon lambat gak r. Ternganga jer. Sampai Dato' terpaksa panggil nama aku beberapa kali untuk aku respon. (sorry..berangan tadi...).

Sebenarnya aku duk risau pasal site2 lain yang aku lum 'follow up'. Malas tul la deorang ni. Bukan nak respon sangat kalau aku yang kontek. Cuba Dato' call, mau menggigil deorang teros bagi 'feedback'. Ish! Seb bek la penyelidik dari IJN tu 'humble' dan merendah dirinya (walaupun beliau ada title Datuk) sanggup jumpa aku beberapa kali dan completekan beberapa 'form' yang patut. UKMMC pon dah reply. Jumpa gak orang yang sangat minat research macam aku. Eksaited jer dia melayan segala kerenah aku. So far, dua site dah move ke depan. Tunggu Ethics Committee deorang luluskan jer. 

Takut bila boss mengamuk....
But the main problem skarang ialah nak dapatkan CTIL. Punyalah susah. Aku kena bebel ngan Dato' pon sebab CTIL la. Penat tau! Yang uruskan CTIL plak dah letak jawatan. Tak tahan melayan kerenah Dato' kot. Aku pon tak tau knape, tapi dia memang leh wat orang nekad untuk lari. Aku jer la yang masih bertahan. Rasa seronok keje ngan dia. Kebaikan dia mmg ada and dia marah aku pon mesti ada sebab. And, aku kena paham la perangai dia. Dah 2 tahun aku keje ngan dia and dah masak sangat dah tentang apa yang buat dia 'pissed off'.. dan dah baper ramai yang dia wat orang nangis...aku jer yang gi nangis kat dia. Hampir nangis gak gara2 CTIL hari tuh.. Muka dah merah padam.. Seb bek aku ni membawa bukti yang nyata lagi kukuh, maka selamat la. (dalam hati aku ngajuk ngan dia..tros takder mood nak keje...) Tapi jap jela, bila dia cakap elok2, aku pon ok la. Dia boss, memangla dia kena marah kan? Aku ni saper je....

So, tinggal lagi 3 hospital yang lambat dan maha slow bagi feedback, iaitu: 
  • HUSM
  • Hospital Tengku Ampuan Afzan
  • Hospital Raja Perempuan Zainab II
Dato' pon da faham sangat perangai deorang. Aku lak, slalu la email deorang and cuba sedaya upaya untuk dapatkan dokumen. Bukan senang nak anta application kat NMRR. Banyak lagi stage nak kena lalu. Hallamak! Buat kecoh hidupku ajer..Makin hari aku makin stress dan makin hari makin banyak aku blaja. Terima kasih. Kerana APOLLO. pangkat da naek ckit.. Harap aku akan lebih maju dan berjaya. Terima kasih atas sokongan semua. I love u all...


Mum, adik2 beta Eyka, Wiena, Ikhwan and Nadia...




















Kakak beta, Kak Nor

Aik...apsal baby lak kuar? Takper..Qa'id perawat hati yang sress!





















Saudara mara beta, Abg Mirul and Adik Ain, Cik Sue dan Ayah Sue
Kawan2 seperjuangan beta, Kak Fiza, Ayu and Sa'idah
Kawan2 yang membantu beta, Jamil, Shuhada, Kak As,Kak Mimi, Kak Saz and Kak Irda
Dan mana2 staff UiTM yang membantu secara rela dan tak rela...Jasamu tetap dikenang.

Staff CenTRE



















Dear god, plis help me to do this better and things moving ((") ("))
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, March 15, 2011

Naughty~Us

video

Accidently :recording of our pose (^__^)V

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Apple of My Eye

video
Spending time with my sister's family is a great and wise decision to cope from stress... These days work does stress me out and I haven't enjoy my day. Thanks to Allah to give me such beautiful family. I did feel honour to treat them as they requested, KFC at Restoran Jejantas Sungai Buloh. A bit upset to not be able to spend some penny to bring them to Al-Rawsha. Maybe next time (^__^)

Harris :"Mak Sue, terima kasih tau.....
Me     : "apa dia?"
Harris : "Terima kasih sebab blanja kite.."

I'm moved! Didn't expect for him to be such thankful to me...
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Bengang lak rasanya bila tak dapat upload gambo anak sedara kesayanganku..hukhuk..so,aku telah mengupload di laman blog kerja..sorry ya!


Translated:
A bit disappointed with internet connection today.. The images of my cute nieces unable to be uploaded to My Facebook therefore I've put these cute and stunning action in my Blog (supposed to be for job diary only).. Sorry Ya!

Something has juz captured his attention!

My Niece ~ Sleep soundly
Ops!He's awake!
Look at my beatiful eyes!
Let me!Let me kiss u!

Qa'id try to hypnotize uz!
Qa'Id says: "Yucks! I don't like Rusk Biscuit!Mak Sue,i want KFC!"
Qa'Id says: "Abang, u r stealing d spotlight!"

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, March 14, 2011

Dalam hati aku menangis



Macam2 masalah timbul bila dah abes study..patient yang dulunya on study medication dah tukar ke open label warfarin. Hmmm.. Bak kata boss aku, 'racun tikus'. Kalo ikutkan, aku patut gembira sbb jadual aku tak terikat macam dulu and tak perlu pening2 bila ada klinik. Tapi skarang ni bukan soal masa dan tenaga, tapi soal perikemanusiaan aku. Patient yang dulunya under study, amik ubat kajian ok jer. Sihat walafiat lah dikatakan.

Hari ni dapat call.. Patient datang dgn c/o rashes with itchiness and red spot (Bruising  la tu). Dah bese terjadi pada patient yang amik warfarin. Apa yang aku dapat buat. Aku suruhla gi ED hospital. Kalo kat UiTM, takkan dapat result INR dalam sehari. Mau 2 hari. Sia2 jer. Tapi patient insist nak jumpa aku gak. Aku dah kat ospital. Sila la gi ED wahai uncle. Nanti deorang adjust warfarin dosage tu. Maaf yer. Bukan tanak tolong tapi sbb tu ubat ospital. Aku takleh sesuka ati adjust. Kalu ubat stadi, aku leh jer bagitau bigboss. Dosage adjustment on the spot. INR aku ley wat sendiri.... Sayangnya research da abes. Kalo tak aku masih leh jaga uncle2 tu.

Minggu lepas sama gak. Patient with Hx of Gout and arthritis. Bengkak kaki dan locked jaw. Call aku. (Aku lagi...). Macam kena minor stroke lak. Aku suggest gi ED gak (sorry leen lot akak tolak patient ke ED sokmo..hehe). Dia call aku, suh discuss ngan MO tuh sbb tak puas hati MO tu tak assess dia btol2. Judgement MO tu dah betul, tapi masih nak ragui kehebatan deorang. Pliz la uncle. Deorang tau apa deorang buat. Memang deorang akan prescribe Tramadol and Colchicine. Uncle makan je la...

Dua hari pastu datang balik. Kaki bengkak da kurang. Tangan bengkak macam ada internal fracture. Takde simptom2 jangkitan. Pelik. dah amik tramadol and colchicine pon tak surut. Bigboss tengok, pegang dengan penuh lembut (kagumnya aku dgn sentuhan lembut dan kasih sayang beliau).. Tak panas. Refer ke Radiology Dept utk wat xray. Memang takde fracture pon. Pelik!

Macam2 berlaku kat patient bila study da abes. Cian plak. Agaknya kesan psikologi kot. Deorang da sedih bila datang terpaksa beratur and tunggu turn yg sangat lama. Pastu tak mesra lak tu. Aku pon cian. Sempat tegur dan tanya khabar je. Aku pon cbuk ngan stadi lain. Deorang hanya memandang dari jauh, redup dan kosong pandangan deorang bila aku kuar masuk bilik consultation 8. Dalam hati, aku menangis! I wish I could spend  more time with them.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Thursday, March 10, 2011

Clinical Research.. Killing or Cure?

Sebagai seseorang yang bergiat dalam bidang kajian, sememangnya banyak yang positif berbanding negatif. Dari perspektif aku la kan... Tapi bila aku berdiskusi tentang kajian klinikal, ada gak yang cakap kajian ni kejam sebab menggunakan manusia sebagai 'tikus putih'. How shud I say bout this? Hmmm.... Sebenarnya setiap ubat yang currently kat pasaran, semuanya mesti melalui satu proses yang dinamakan Kajian Klinikal. Siapa di sebalik tabir? Meh aku explain...Pasni korang decide la sama ada kami ni btol2 membunuh pesakit atau cuba menyelamatkan mereka!

Sebelum ubat nih dihasilkan, mesti melalui makmal... Yang terlibat adalah ahli2 pharmakologi. Ni sumer mesti melalui kajian2 kat makmal.. Kena tau sebatian atau bahan aktif yang digunakan. Uji kat tikus dulu, embrio ker.. Bukan senang!Bila terbukti mendapat keputusan yang positif, then kajian makmal akan dibawa ke Fasa Kajian Klinikal. Tu pon kalau FDA (Food and Drug Administration) luluskan.

Fasa Pertama (Ujian Keselamatan) - Bila dah terbukti memberikan kesan positif kat makmal, maka kajian diteruskan terhadap manusia. Subjek lebih kurang dalam 20 - 30 orang. Kebiasaan Fasa 1 nih melibatkan prosedur pengambilan sampel yang banyak dan pemeriksaan fizikal yang kerap. Fasa yang sangat kurang dilakukan di Malaysia. And aku sendiri tak pernah wat kajian Fasa Pertama ni. Kesian kat patient!

Fasa Kedua (Ujian Keefisienan) - Bila objektif Fasa Pertama dah tercapai, maka kajian klinikal akan memasuki Fasa Kedua Kajian Klinikal. Kajian ni dilakukan pada pesakit untuk melihat adakah ubat yang dihasilkan dapat memberi manfaat pada pesakit atau takde pape efek. So prosedur pengambilan sampel dan pemeriksaan fizikal masih dilakukan. Subjek terlibat adalah 100 atau lebih. (Lebih ramai dari Fasa Pertama).

Fasa Ketiga (Ujian Pengesahan/Exploratory) -  Kajian Fasa Ketiga ni biasanya lebih selamat berbanding kedua2 fasa yang dibincangkan tadi. Subjek yang terlibat lak lebih ramai dan dilakukan secara rawak. Ada kajian yang dilakukan secara Multicenter. Saiz sampel memainkan peranan penting. Kadang2 sampai 20,000 subjek pon ada. Untuk saiz sampel ideal, sila rujuk Biostatistician anda! Fasa ketiga merupakan kajian klinikal paling menarik. Makin bertambah kerja2 mengkaji. Maklumlah, nak uji sama ada ada efek2 lain ubat, dan selalunya kajian akan membandingkan keefisienan ubat kajian dengan rawatan standard. Bukan senang nak buktikan kan? Kajian kadang2 memakan masa hampir 5 tahun. Huh! Berpeluh *phew*

Perkataan yang sinonim dengan Kajian Klinikal Fasa Ketiga dan maknanya:

Randomized - Bermaksud rawak. Sekiranya anda terlibat dengan Randomized Trial, doktor/penyelidik TAK AKAN TAHU subjek akan tergolong dalam kumpulan mana. Lebih kurang macam baling duit syiling. 50 - 50. Keadaan ini dinamakan 'Blinded Study' :

  • 'single-blind study', pesakit/subjek tidak tahu berada dalam kumpulan yang mendapat rawatan standard ataupun kumpulan yang mendapat rawatan ubat kajian.
  • 'double-blind study', kedua 2 pihak (pesakit dan penyelidik) tidak tahu berada dalam kumpulan yang mendapat rawatan standard ataupun kumpulan yang mendapat rawatan ubat kajian.
Amat penting untuk 'masking' bagi penyelidik sebab kalau tau rawatan yang diterima pesakit, doktor mungkin akan memberikan rawatan secara 'Bias' atau berat sebelah. Kita hanya manusia biasa... Mungkin akan melakukan kesilapan.

Untuk mengelakkan HAK-HAK dan KESELAMATAN subjek/pesakit terjamin, undang2 yang dapat melindungi hak2 dan keselamatan subjek digubal dan Badan2 Etika Kemanusiaan ditubuhkan untuk memantau dan melakukan saringan ke atas kajian2 yang akan dilakukan. Kat Malaysia, kita ada MREC (Medical Research Ethics Committee). Sebelum kajian klinikal dijalankan di Malaysia, hantar permohonan ke NMRR dan dapatkan kelulusan dari Badan Etika ye! Bagi universiti dan Hospital yang bukan kerajaan, Badan Etika diwujudkan oleh pihak universiti. Kalau hospital kerajaan plak, memang kena melalui MREC dan CRC (Clinical Research Centre). Bukan senang2 jer gunakan pesakit!

Penyelidik dan kakitangan yang terlibat dalam Kajian Klinikal mestilah mempunyai kepakaran dalam bidang masing2 dan wajib ada Sijil GCP (Good Clinical Practice) dan Medical Licence. Jangan ada sijil jer tapi tak praktikkan. Staff yang cukup, fasiliti yang lengkap. Nanti kena audit oleh FDA, naya jer.

Hmm... Bila dah dapat kelulusan, baru la dapat buat penyelidikan!

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, March 9, 2011

The Neutral Day

I'm happy to wake up early in the morning after watching Hindi Muvies last nite. My abdominal muscle streched to its limitations, from the top of the pelvic bone area until the lower ribs. . Discomfort. Mildly. Laughing to the funny thing presented in the muvies. It did run very well.

As I've planned to start clinic at 0930am, having my breakfast with Nasi Lemak (so typical) and my fevorite Nescafe. Made my day! The clinic run smoothly with couples staff to work it out. (Thanks to my colleagues). Finishing the preparation for the day, I'm texting my bigboss to come over. He couldn'nt make it as he had some other plan at some other place. Urgh! I shud have text him a day before or maybe last nite. I've to agree dat dats my mistakes (T_T)

So far, I've to put trouble on my great cardiologist, Dr. Effarezan to help me out. She seems quite tense. Maybe with the long Q of patients waiting to be consulted. And yet, I'm adding some 'extra job' for the day. Am sorry for dat. Then, the time passed by and its our turn. Yeay! She did great job. Consulting patients and manage to get them everything they need. I love the smile on her face, I love her accent and love how she do thing hierarchyly...

To be cont'

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, March 8, 2011

Cardiologist a.k.a 'The Chesty Specialist'

Impression/Conclusion of most people to my specialist group. It seems reliable, at the first glance before I know them more. For me, they have a reason to be that way. I'm happy that some people have some attitude for their characters. This attitude does not stop me from doing my job. As I know about them, they are the most enjoyable person I ever know despite of their 'fully occupied' schedule. They know how to enjoy their life very well.

The Chesty Specialist are:

  • Confident. No such things they call (maybe, we r not sure, i think...) It is all 'certainly'.
  • Good analyzer as good as they analyzing heart disease.
  • Determined. Undeniable decision.
  • Inquisitive. What u do is not wat u get.
  • Know how to get rid of 'certain' people. Dun juz accepting all people to join in. It is good to have a 'safe' circle around you.

No matter how bad people talk about The Chesty Specialist, for me they deserved to treat as specialist/Consultant. And they do inspire me to be better (^__^)

I see the love and care behind the Red Eyed Monster. He might be strict and irritating, but comparing to others, he is the most responsible and dependable person. I'm grateful him for that attitude, I be able to do my job better and people do respect him. And to his Co-Investigators, Dr. MK and Dr. EAR its good that you learn how to get strict at people. Being too nice most of the time might interrupting few things in life (^__^)



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, March 6, 2011

My Mind Relaxation Strategies

Maintain my automobile. This one might not seem like fun to some people, but for me it is enjoyable! Not any car washer can clean and maintain my automobile as I do.

Explore my own town. I'll spend a day to explore my own place, whether it's a park or historical site.

Explore the great outdoors. Find a nearby wilderness preserve or park, and hike or bike it.

Get in touch. Visit, write or call a loved one that I've been meaning to touch base with more often.Mum, siblings and close friends.

Clean my house. Okay, this really may not sound like much fun, but crank up some favorite tunes and spend an afternoon seriously cleaning my home until it sparkles. As un-fun as cleaning might be, the result is very satisfying.

Spend time making a wish list. One of the best things that I can do to have fun with myself is to daydream. The best part about that is that it doesn’t ever cost me anything at all. I've make a list of goals – places to travel someday, achievements I’d like to make, things I want to change about yourself. This inspires me to do more with your life. I find it fun to daydream for awhile all by myself.

Make up stories. It is fun to stretch my imaginations by creating stories in my minds. Telling my own stories or work on stories together in blog. Please refer: http://marimerapik.blogspot.com/.

Resume an old sport or hobby that I gave up.Left the Rollerblade games few years ago. Starting that game back inspired me.

Have long, relaxed conversations. I do take the time to really engage in long conversations about relaxed topics with the people that I enjoy speaking with. Getting together for a cup of coffee in my living room/secret recipe/warong and talk about our favorite memories, our biggest dreams, oursilliest stories.


Read something that interests me. SUDOKU. I dun read much books but the SUDOKU really did make me enjoy the day.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, March 5, 2011

An ounce of prevention is worth a pound of cure

"I'm almost falling sick juz before the day of screening a few patients for EXAMINE and ADVANCE ON... Oh God! I knew I've overworked my body for this few months. Please give me juz a day to complete my task."

Jump in Clinical Trial teach me how to manage myself and do not fall sick. I rarely get enuf rest. But I'm feeling great whenever I've accomplish my job for the day, successfully.



Whenever I feel I'm gonna fall sick, I do take some prevention such as:

          • Physically Active - Research shows that physical activity can help prevent at least six diseases: heart disease, high blood pressure, obesity (excess weight), diabetes, osteoporosis, and mental disorders, such as depression.  I shud keep this in mind.
  • Enuf Rest - Sleep

  • Getting Medicines - Keep basic medicines at home whenever i need it (Paracetamol, Cough Syrup, Aspirin, Piriton, Salbutamol, Mucosolvan)


  • Overcoming Depression - The earlier I get treatment for depression, the sooner I will begin to feel better. (The longer you wait, the harder depression is to treat.)





  • Happening Hangout - Get my friends together enjoying the day. Laugh as nothing will trouble myself. Be Happy!




That day, we've successfully recruit 4 subjects for ADVANCE ON and 1 subject for EXAMINE. The others were successfully follow up. Thanks to Allah to keep me healthy..

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v