Monday, March 14, 2011

Dalam hati aku menangis



Macam2 masalah timbul bila dah abes study..patient yang dulunya on study medication dah tukar ke open label warfarin. Hmmm.. Bak kata boss aku, 'racun tikus'. Kalo ikutkan, aku patut gembira sbb jadual aku tak terikat macam dulu and tak perlu pening2 bila ada klinik. Tapi skarang ni bukan soal masa dan tenaga, tapi soal perikemanusiaan aku. Patient yang dulunya under study, amik ubat kajian ok jer. Sihat walafiat lah dikatakan.

Hari ni dapat call.. Patient datang dgn c/o rashes with itchiness and red spot (Bruising  la tu). Dah bese terjadi pada patient yang amik warfarin. Apa yang aku dapat buat. Aku suruhla gi ED hospital. Kalo kat UiTM, takkan dapat result INR dalam sehari. Mau 2 hari. Sia2 jer. Tapi patient insist nak jumpa aku gak. Aku dah kat ospital. Sila la gi ED wahai uncle. Nanti deorang adjust warfarin dosage tu. Maaf yer. Bukan tanak tolong tapi sbb tu ubat ospital. Aku takleh sesuka ati adjust. Kalu ubat stadi, aku leh jer bagitau bigboss. Dosage adjustment on the spot. INR aku ley wat sendiri.... Sayangnya research da abes. Kalo tak aku masih leh jaga uncle2 tu.

Minggu lepas sama gak. Patient with Hx of Gout and arthritis. Bengkak kaki dan locked jaw. Call aku. (Aku lagi...). Macam kena minor stroke lak. Aku suggest gi ED gak (sorry leen lot akak tolak patient ke ED sokmo..hehe). Dia call aku, suh discuss ngan MO tuh sbb tak puas hati MO tu tak assess dia btol2. Judgement MO tu dah betul, tapi masih nak ragui kehebatan deorang. Pliz la uncle. Deorang tau apa deorang buat. Memang deorang akan prescribe Tramadol and Colchicine. Uncle makan je la...

Dua hari pastu datang balik. Kaki bengkak da kurang. Tangan bengkak macam ada internal fracture. Takde simptom2 jangkitan. Pelik. dah amik tramadol and colchicine pon tak surut. Bigboss tengok, pegang dengan penuh lembut (kagumnya aku dgn sentuhan lembut dan kasih sayang beliau).. Tak panas. Refer ke Radiology Dept utk wat xray. Memang takde fracture pon. Pelik!

Macam2 berlaku kat patient bila study da abes. Cian plak. Agaknya kesan psikologi kot. Deorang da sedih bila datang terpaksa beratur and tunggu turn yg sangat lama. Pastu tak mesra lak tu. Aku pon cian. Sempat tegur dan tanya khabar je. Aku pon cbuk ngan stadi lain. Deorang hanya memandang dari jauh, redup dan kosong pandangan deorang bila aku kuar masuk bilik consultation 8. Dalam hati, aku menangis! I wish I could spend  more time with them.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment