Mood bosan di klinik.. Aku schedule patient untuk datang kul0930 pagi. Alhamdulillah.. Aman ckit hidup. Sempat la aku brekfes, then bukak email dulu. Kalau tak, dulu2 masa projek ARISTOTLE masih run in, memang aku akan datang keje kul0730 pagi..Sebab patient aku akan tetap datang awal walaupun aku schedule deorang datang kul 9 pagi. Hai... Nak wat canner.
Aku kesian gak kat deorang tunggu lama2, so datang keje je deorang tros sapa aku ngan muka penuh ceria dan gembira. Sape tak lembut hati kalau pepagi dah senyum and gembira jumpa kita. Aku pon takkan sentuh makanan pagi tu. Tros wat INR utk deorang. Kalau 5 org pt, aku leh lagi bertenang,kalu lebih, memang aku akan jadi macam orang giler. Busy! Nak wat INR lagi, nak INR confirmation..Then nak dispense ubat lagi. Sumer aku kena wat. Memang penat. Deorang seolah2 memahami. Dan kadang2 tak memahami sbb deorang datang nak sembang lelama and ngadu macam2. Bila ngan Dato' tak lak cakap lebih2..
Penyayang kan aku? Muahaha |
Ikhlas aku katakan, aku gembira bila deorang selesa ngan aku. Aku harap senyuman aku dapat melegakan sedikit kesakitan dan kemurungan deorang...sebab aku rasa,bila aku sakit pon, aku perlukan orang untuk melayan dengan baik dan concern...apatah lagi patient yang sakit jantung. Deorang memang dirundung kemurungan. Sedikit, aku cuba membantu..walaupun tak banyak. tu adalah salah satu cita2 aku, untuk membahagiakan orang lain... Terima kasih mama,kerana mendidik jiwa penyayang dalam diriku.
BAru jap tadi, terserempak ngan patient aku. Macam bese, auntie yang tak pernah lupa bawa buah tangan untuk aku. Setiap kali datang. Tak pernah miss! Hari ni dia dah di follow up sebagai patient under Cardiology Clinic. So aku tak attend la. Maaf ye auntie....
No comments:
Post a Comment