Korang mesti pernah lalui yang mana korang nak cepat anta mesej, or buat2 terer send tanpa tengok nama yg hendak direply mesejnya, pastu salah anta. Aku dah banyak kali gak la berlaku. Nak2 bila aku dah mula cbuk bekerja. Nak cepat ajer. Menggigil tangan taip mesej sbb nak cepat. Ditambah ngan HP 'touchscreen'... Menyesal aku! Patut aku beli la blackberry ke, senang gak nak taip mesej. Takperla.. HP yang ada tu aku guna la walaupun aku tak bape suker sbb aku tak guna utk mesej...
Nak dijadikan citer, malam tadi anak buah kesayangan aku, si Harris duk tanya pasal keje skolah dia. Ibu negeri untuk negara2 di Asia Tenggara. Baik nyer cover. Malu sbb aku memang tak hafal (sadis kan?).. Demi anak sedara, aku selongkar sumer diari lama, cari nama2 negara Asia Tenggara dan ibu negeri skali. Taip mesej 120km/j.. Then dengan tidak selamatnya aku telah tersalah hantar...Ingatlah, biar lambat asal selamat...
Terkedu Malu! |
Tetiba jer dapat mesej "salah org daaa..." Malu giler! Kalo kawan2 takper gak. Nih aku terhantar kat sorang specialist....(special in the list..ngehehe). Blushing gak la muka aku sensorang kat bilik tido.. Hmmm..seb bek la dia tu kira sporting and baik ngan aku. Lagi worse kalo aku terhantar kat Dato',canner agaknya respon dia? Dah aku terpaksa taip mesej yg panjang tu skali lagi (sbb HP aku takde simpan sent item).. Demi anak sedaraku. Maaf, mak sue lupa dah ibu negeri untuk beberapa negara....
Tu kira agak kurang memalukan berbanding beberapa tahun dulu, aku hantar mesej cinta, siap ngan perkataan hikmat 'I love U' kat ayah aku sendiri. Malunyer!
Then ada gak terhantar mesej kutuk mak tiri aku, pastu send kat HP mak tiri aku gak. Huh! Memang clumsy aku neh...
Salah anta kat kawan lak tak yah cakapla,berbondong2. Seb bek cakap pasal keje.
So, aku amik langkah berjaga2 (macam2 langkah dah aku amik)..
- Contohnya, untuk special person, letak jer nama dia jauh dari nama family. Pastikan nama tak dekat2.. Kalo leh biar tekan huruf tu kuar nama dia jer...
- Jangan balas mesej ketika busy. Tarik nafas.. hembus..tarik nafas..hembus...
- Jangan mesej langsung. Call jer tros.
- Jangan ngumpat pasal org langsung
So hari ni keje aku, nak print peta and siap ngan ibu negeri. So bila anak sedara tanya lagi, aku leh jawab on the spot! Takmo mesej lagi dah (n_n)V
No comments:
Post a Comment