Showing posts with label All Bout Me. Show all posts
Showing posts with label All Bout Me. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Feeling Blue Today

When U think that people (mostly siblings) are there to help.. True enough, some are really supportive but some are taking advantage. It is dissappointing thinking that the closest blood related person were taking us for granted. Some are helping wishing that we could then 'pay' them back. And some were there to just happily smirk when you are facing difficulties in managing the event. People, which sometimes you think that you shouldn't trust anyone except yourself.

As for today, the feeling did not grow fonder to the close family. I was rather crying thinking how people treat us like a bank. Spend as much of our money to accomodate themselves or feel like we could supply money whenever things needed. Truthfully, do you know how hard for us to earn the money? We seems happy and loaded, coz we didi not spend for something unnecessary. Did I buy any VW car which I can afford to buy now? I still driving my small Viva (malaysia car!). Did I spend my money buying those fancy handbag? Did I? Because to what I understand, those things faded quickly. The fame and famous means nothing. You drive fancy car, yet you don't have friends. You wear fancy handbag, and you can't treat your best friend. Because you are saving your money to buy another fancy handbag!

And, when I am loaded. They asked me to sponsor this and that. But when it came to my oown wedding, they shut their mouth and hide their hand. Stay as far as possibly so I could not come and begging for help. Well, thats how people are. But, god are always there. The helps come from other people who previously we ignore. And people that never begging for help. Alhamdulillah. Now, Allah has shown me the true color of some people. And for that, I will never trust people. I keep distance, and never let people to take me for granted anymore.

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, May 15, 2013

Persiapan Perkahwinan ~ Kasut

Kali ni kitorang decide untuk beli kasut. Yang pada mulanya dia tak mau kasut formal yang kaler hitam tu. Nak yang kasual. So, pening kepala duk pikir kasut macam mana. And dia sangat cerewet orangnya. Memang round seluruh shopping mall kat KL la jawabnya.

Then, teringat plak nanti sanding nak pakai kasut apa kan? Takkan kasut but polis dia tu. Haha. Dia pun setuju la nak aku belikan  kasut hitam tu. Yes!! (Dalam hati je..kang marah plak dia).

Dia pun kena beli untuk aku jugak. So, aku ni kan pantang ngan kasut2. Memang akan rambang mata la bila pilih. Tak yah suruh takpe, memang aku akan pilih jugak. Dia pun beli la kasut tu (aku dah usha dulu sebelum kitorang kuar nak beli). Tengok je tros berkenan. Harga belakang kira. Tapi kesian kat dia jugak sebab takut harga tu mahal. Seb bek dia pun suka. Sporting abes en.tunang!

Dah beli, bawak balik rumah. Dalam hati, betapa tak sabar nak pakai. Terfikir jugak, pakai ni dulu. Nanti beli lain la untuk hantaran. Sebab rasa memang tak sabar dah neh. Dah mimpi2 nak pakai kasut tu. Beberapa kali gak merayu kt en. tunang. Nak paka kasut tu. Tapi dia tak bagi. Sdih jugak.

Satu hari tu, tiba je en.tunang call and ajak kuar. Then dia kata nak belikan kasut tu. Bayangkan betapa hepinya aku! Seronok sangat. Sebab nak beli sendiri duit dah habes. Beli hantaran sekaligus kan memang la. Hehe. Sayang dia! Kitorang pun apa lagi. Terus ke SOGO dan beli kasut. Senyum sampai ke telinga lepas tu, and duit en.tunang melayang2 sebab harganya agak mahal la.. Cian dia. Takpe, nanti ayang ganti hadiah lain k. I owez luv u!

Dapat kasut brand sama and pattern sama. Just corak aje lain


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, April 27, 2013

Me and Him ~ Compatibility

Dah lama tak update blog. Busy -___-"
Busy dating jugakla. Maklumlah, bercinta sakan sebelum melangkah ke arah perkahwinan. Seriously, kena kenal pasangan betul2. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, supaya lepas kahwin nanti takdela krisis besar nak adapt dengan pasangan.

Dia kira untung sebab dapat berkahwin dengan cinta pertama dia (iaitu aku).. aku plak, bukan tak untung, cuma alangkah bagusnya kalau aku jumpa dia dulu lagi. Hilang segala pening, nak fikir mana nak cari lelaki yang leh blend in ngan adik beradik dan especially mak ayah aku. Ciri2 yang paling aku suka. Well, bukan nak puji dia sebab dia bakal jadi husband aku.

Cuma, first time jumpa, satu-satunya ciri yang aku rasa dia ada, cepat mesra. And aku takkan teragak2 nak bawa dia ke majlis or jumpa keluarga. And aku tak perlu risau kalau balik kampung, aku sibuk bergosip ngan sedara mara. He can handle himself and blend in. Thats the most important thing =)

Secondly, dia ni rajin jugak meneman aku shopping. Mula2 dulu aku test jugak tengok larat ke tak teman aku sehari suntuk round IKEA, Curve... Agak2 dia mengeluh tak. Tapi aku give up la, sebab rupanya dia lagi kuat shopping (window) berbanding aku. Tambahan plak aku ni ada sakit lutut. Kang mintak didukung plak kan. Tak leh buat kat Malaysia ni walaupun da kawen. mahu masuk TV3 nanti. Tak ke feymes aku kalah Lisa Surihani (yusry tak pernah dukung dia pon kan...)

Semua takhta yang dulunya untuk aku, habis dirampas oleh dia. Ramah aku, ramah lagi dia. Kuat shopping aku lagi kuat dia shopping. Kuat merajuk aku, dia lagi kuat merajuk... So, aku dah jadi naib johan dalam soal ni. Kecuali satu benda, memasak.

Alhamdulillah dia tak pandai masak. So, boleh la aku tunjuk skill yang tak seberapa ni. And rasa bangga sangat bila dia kagum ngan masakan aku. Padahal aku masuk rancangan Masterchef kompen tersingkir masa peringkat saringan lagi! -___-"

Well, at least ada la ciri2 memikat hati suamii kan. Paling dia suka..yang mostly aku masak sekali seminggu (kena pantau paras gula dia setiap bulan pasni)...


 
 
Bubur kacang makan dengan roti gardenia. Memang umphhh!
 
Alhamdulillah. Dia suka masakan aku (tak tau la kalau dia berlakon je kan..hehe).

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, February 13, 2013

Makan Malam Bersama Future In Laws

Baru je balik dari makan malam bersama bakal mertua. Wah! Rasa cam best lak guna nama tu. Seronok sebab dapat jumpa, walau tak semua separuh pon ok.

Berdebar jugak bila jumpa future FIL ni sbb dia ckp abah garang. Tapi, dengan skill aku beramah mesra ngan patient selama ni rasanya ok la kot. Lagipun, selalunya aku pandai amik ati lelaki berbanding perempuan.

Tips: senyum..senyum.. Dan senyum...
Makan plak memang sopan. Jawab bila perlu je. So, aku tak byk ckp sgt la td. Just senyum je. Harap sejuk hati FIL aku. Pas makan, abg po (my future hb), gi byr mkn.. Tinggal la aku berdua ngan FIL. Cuak jugak. Aku diam je sbb tak tahu nak sembang apa. Takkan aku plak nak interbiu dia kan. Alahai. Dalam hati doa je.

Tiba2 FIL tanya.. "Da lama kenal dia?" aku seram la. Jawab jugak cam bese.
Then dia sambung: "Bila hidup bersama ni, kena banyak sabar.. Ye lah. Sedangkan lidah lagi tergigit kan.. Dia tak boleh dua dua panas, tahu je la kan."

Hint dah tu. Maknanya dah kompem jadi menantu la ni. hehe. Thanks abah.

Terharunya rasa bila FIL nasihat camtu. Ye la, orang lama. Banyak makan garam. Nasihat dan tunjuk ajar deorang la kita nak kena dengar. Tambah lagi kalau rumahtangga kekal sampai tua kan.

Future MIL plak masih di Penang. Last cakap dalam phone aje. Dengar suara yang lembut and happy tu buat aku rasa happy jugak. Seronok nak menerima menantu katanya. Thanks mak sebab besarkan dia jadi anak yang baik, and redha dia jadi hubby saya.

Alhamdulillah. Majlis makan malam berlalu ngan baik. Angah pon okay jer. Pas anta abah, dia ajak lepak lagi kat Oldtown. Tinggal adik beradik jer. Sesi ramah mesra la ni. Thanks angah sebab bagi penerangan panjang lebar.

Beitulah berakhirnya makan malam spesel, first time dalam hidup. Sebagai bakal menantu =)
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, February 10, 2013

Februari Itu Indah

Bulan Febuari, boleh dikatakan bulan yang aku tak suka. Coz, pernah kena dump bulan ni dan kawan baik aku kawen bulan Febuari jugak. Bulan Februari jugak besday orang yang tak kesampaian untuk aku cintai. Pergh.. banyak tol kenangan pahit nye.

Tapi, kehadiran dia mengubah segalanya bagi bulan Februari. Tepat 10 Februari, 2013.. seriously aku takkan lupa kejadian malam tu.Rasa nervous yang aku tak rasa bila berada di pentas, yang aku tak rasa bila kena interbiu dengan CEO CRM. Dan rasa nervous tu melebihi segala nervous yang pernah wujud dalam hidup.

Bila dia stat bercerita ngan abah (tiri) aku, aku buat2 bizi potong keropok lekor. Terharu sebenarnya dalam hati, dengan keikhlasan dan kesungguhan dia. Dalam hati duk cakap, betul ke aku nak kawen ni? Cam tak caya je. Pastu dia duk cakap lagi, lagi dan lagi. Adik aku yang duk tolong kat dapur dah lari naik atas, dia plak malu ye?

Tetiba abah panggil, suruh duk skali. Aku jalan cam dah tak betul. Malu. Pastu duduk kat sebelah. Abah tanya: "Betul ke ni nak? Setuju?"
Tuhan jer tahu betapa aku malu sampai blushing pipi. Nak nangis dah rasa sebab terharu. Betul ke aku nak sehidup semati ngan dia ni. Aku pandang dia kat sebelah, (syahdunya tengok muka dia yg merah2 tu, tuhan jer tahu). Aku alih pandangan kat abah ngan mama. Bergenang air mata. Tak ada kata2 yang mampu aku ucapkan, melainkan sebuah anggukan kecil. Baru aku faham, kenapa zaman dulu2 kalau setuju, anak dara diam... aku mengerti sedalam2nya. Nak keluar suara takder!

Then, abah sambung lagi perbincangan. Aku bangun, buat2 bizi lagi. Nak lap jer air mata tapi kantoi lak nanti. Aku buat air, hidang kat deorang bertiga. Hurm..sebijik sebijik abah cakap. Lambat betol. Aku nak benda ni cepat berlalu, sebab kesian plak aku tengok dia dah tak keruan. Kesian dia, nervous la tu.

Abah panggil lagi suruh duduk. Aku akur. Abah tanya lagi. "Betul nak kawen dengan dia?" Hai abah, tanya lagi? Kalau tak betol takde la bawak dia balik. Pertanyaan tu sedikit sebanyak menggugat hati aku. Kali ni memang tak leh nak tahan air mata, aku ckp, "YA!" Pastu terus lari masuk bilik. Wah, cam drama dalam TV. Aku nangis lagi.Aku doa "Tuhan, bukakanlah hati aku untuk menyayangi dia, sebagai suamiku sehingga akhir hayatku. Jangan kau palingkan hatiku pada yang bukan hak. Berkatilah aku dan dia, permudahkan segalanya, dan jadikan aku hanya milik dia."

Serius, rasa cam citer industan. Poyo kan? Nanti korang kalo dipinang or dirisik, camtu la rasa lebih kurang. Hihi..

Dah setel, dia naik, aku buat muka biasa. Tuhan, aku sayang dia...
Akhirnya.. cincin disarung di jari manis, menandakan aku kini sudah dimiliki =)
Bab cincin ni pun ada ceriteranya.. Nanti ada masa aku cerita lagi oke.



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, January 16, 2013

Listen..Listen..Let Me Speak

Kecoh pasal Listen...Listen...Listen... ni. Aku pon naik rimas baca status kat FB. Listen Parody and macam macam lagi. Bukan sebab intipatinya (kecuali bagi ahli politik je kot). Mostly sebab speaker tu bagi contoh pasal haiwan2 yang bermasalah. Well, aku pon gelak jugak la bila dengar ulasan dia.

Cara dia tarik mikrofon kawan tu (Ms. Bawalni) memang agak kuang jaq la kan. Patutnya bagi orang tu habis cakap dulu. Bercakap pasal hormat, well..lumrah memang yang muda hormat yang tua. Didikan tu masa aku kecik2 lagi aku da blaja. Hormat pada guru. Hormat sesama insan. Hormat tu memang penting, betul jugak cakap dia.

Yang part tak bestnya, kenapa semua orang duk komplen pasal nak dapat pendidikan percuma. Sedangkan, ramai yang gi sekolah tak rela nak blaja. Ponteng. Kalau la pendidikan tu free, agak2 baper orang nak skor 4 flat? Brapa orang nak stadi sampai kul 6 pagi? Aku yang buat pinjaman PTPTN ni pon stadi lebih kurang. Mak aku orang susah tau.. Tapi nyesal gak la tak skor 4 flat. Kalo tak aku dah leh enjoy ngan duit lagi separuh nak bayar balik PTPTN. Tapi takper, sebab PTPTN la mak aku sanggup aku gi universiti (sbb mak takder duit nak sekolahkan anak lagi tinggi2).

Masa aku sekolah dulu, ada je tuisyen percuma, Al-Bukhary.. Tapi yang gi nyer berapa orang jer. Nak cakap pasal free education..

Benda free, selalunya kurang dihargai berbanding sesuatu yang diperolehi secara jerih perih. Contoh senang, ada awek tergedik2 datang kat korang.. korang terima ngan terbuka. Pas sebulan dua, korang start boring dah. Alah, petik jari, lagi seploh datang kan. Cuba korang minat sorang perempuan, yang bertudung litup, susah plak tu nak dekat.. usha nyer usha, dua tahun baru dapat. Punya susah kan, tapi yang tu la korang hargai sampai tua kerepot.

Contoh lain, orang bagi makan free, korang amik sampai melimpah pinggan. Tak takut pun kalau tak abes. Ala... tak abes buang jer dalam tong sampah kan?
Cuba kalau Tutti Frutti, setiap gram dikira. Semangkuk kecik dah RM30 (amik kau).. mau nyer korang pilih2, amik yang sedap ckit, berat kurang..then makan kompem licin.

Bagi aku, sistem PTPTN tu, yang skor ijazah pertama diberikan sebagai biasiswa. Tu dia, susah sangat ke nak free education? Blaja rajin2 la oi. Jangan pandai komplen ja. Nak masuk syurga pon, korang kena berbuat baik, cari saham di dunia.. Sama la konsepnya. Kenapa nak hidup bagai raja. Semua nak free. (Sorry, raja pon ada tanggungjawab..tak da hidup free pon).

Bukan nak cakap kan. Tapi yang komplen tu, kenapa tak keje rajin2 (gila2 rajin). Then cuba gi lawat negara luar tengok macam mana pembangunannya. Nak gi ospital pon, takder insurans, korang mati tepi jalan okay. Bukan aku nak menyebelahi kerajaan (aku bukan government servant pon)  tapi a part of it, ada benda yang kita patut bersyukur. Ada benda yang kita kena usaha sendiri.

Ko duk Amerika sana, tengok berapa banyak tax nak kena bayar. Letak tong sampah depan rumah, 1 kena bayar. Pastu letak lagi satu, kena bayar lagi. Semua benda ada tax. Government tax, service tax.. lagi tinggi kat sana (dah ada kat mesia dah ni).

So, sila lah melawat negara luar yer. Aku yang pi sekejap ni pon rasa nak balik mesia jer. Nak solat, masjid xda. Kiblat pon nak kena cari sendiri. Pastu bertudung pon orang duk pandang. Nak makan, tiap kedai ada arak. Nak beli roti pon hati2. Seksanya nak menjaga diri, jaga hati dan jaga yang halal.

Nak solat, masjid merata2 (tapi berapa ramai yang solat?). Yang berkobar2 bercakap mengenai kewujudan gereja/kuil... Masjid sendiri pon korang tak lawat. Kenapa nak pertikaikan kewujudan gereja?

Gi hospital kerajaan, bayar seringgit je sayang. Murah kan? Lama menunggu? Well, tak kronik sangat takperla tunggu. Korang duk lepak umah jiran habiskan masa duk sembang pasal isu semasa yang tak berfaedah tak plak bising. Pastu, komplen lagi... Pasal hospital kerajaan ni lembab.. Servis slow. Tak tau plak orang keje siang malam. Dokter tu dah oncall seminggu direct. Nurse tu duk tinggal anak kat umah. laki punya makan minum entah ke mana. Ada fikir?

Satu benda, yang aku rasa paling penting.. rasa betapa dunia ni hanya sementara. Bersyukur dan nikmati hidup. Jihad.. bermula sejak kita mula baligh. Mencari ilmu.. mengekang diri dari godaan, itu semua jihad. Kenapa nak bercakap pasal jihad (memperjuangkan agama - jika tidak menyokong kerajaan yang ingin memperjuangkan agama maka kufur la kamu). Pergh.. pedih aku dengar ayat tu.

Yang bercakap tu, semayang pon tak cukup 5 waktu. Hormat orang tua, 50% je kot. Jihad mencari keredhaan kedua ibu bapa, mungkin tidak. So, basically adakah dengan satu undian aku boleh masuk syurga? Nauzubillah.. Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar. Yang bekerja, adakah 100% kerja betol2? Anda pasti anda tak curi tulang? Bekerja setimpal dengan gaji? Ada tak chit chatting or facebooking masa kerja? Sejauh manakah halalnya rezeki yang kita perolehi. Maka, berjihadla kamu mencari rezeki yang halal.Peringatan buat diri aku jugak.

Bagi aku, yang rukun2 tu patut didahulukan. Rukun Islam dan Rukun Iman. Aku nak lengkapkan yang tu dulu. InsyaAllah, yang lain menyusul. Duniawi is duniawi. Selama mana pon nak menongkat langit kan. Kepada Allah s.w.t jua tempat kita kembali.

"Ya Allah, berkatilah apa yang aku lakukan. Andai tersilap fahamanku, maka berikanku hidayahMu. Janganla aku ternoda oleh sesuatu yang terpesong daripadaMu." ~ Amin
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, January 7, 2013

Bukan Kehendak Aku

Semenjak dua menjak ni nampak gayanya jadual harian aku sangat pack. Bukan sebab kerja la tapi sebab dalam proses mengenali hati budi seseorang. Nak bahagikan masa antara BFF (yang dah stat merajuk), housemates dan jugak seseorang. Rasa cam pengarah lak kan. (Mood poyo memang sentiasa ada.. maafla korang)

Alhamdulillah. (aku dah agak mesti ada sorang dua yang stat senyum dah baca statement nih)
Ya.. aku tahu dah lama sangat korang duk tunggu berakhirnya zaman bujang aku (bajet feymes kan). Ye ye.. aku terima ucapan tahniah korang ngan ungkapan "kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan".

Sekarang ni aku bukan nak citer pasal status aku, tu next time ok. Bila dah kompem nanti. So, kita stop kat cni dulu pasal tu.

Ni aku nak citer pasal mimpi.. yang dulunya aku rasa indah kalau aku mimpi. Tapi skarang tak lagi. Rasa cam terluka lak. Aku tak suka mimpi yang mengganggu perasaan aku. Kenapa benda tu kerap berlaku.

Yang aku tak mampu gapai, yang tak mampu aku miliki, simpan jer dalam perut bumi and jangan muncul langsung.

Cukuplah apa yang aku lalui, sebagai satu pengajaran buat aku bahwasanya, ada benda dalam dunia ni yang bukan untuk kita, tak kira betapa kita sangat menginginkannya dan kita hanyalah hambaNya yang hidup di bawah aturanNya.

Dan, hati aku yakin Allah memberi aku yang terbaik. Apa yang aku lalui kini, beberapa bulan yang lalu cukup membahagiakan dan insyaallah, aku harap aku lebih bahagia.

#hanya mampu berdoa
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, December 28, 2012

How We Met_Perempuan Kaya No. 12

Watching us enjoying our life happily together, most of people I met questioned me, how we met and getting so close to each other.
Behind this happy life, we have gone through a hardship where betrayal and back stabbing DO happen. Life has it own challenge and the way we live, endure it make who we are.
I met Leen Lot Esposito in 2009 as a housemate. She is outspoken, free minded and love to write. She has achieved her dream to be a writer. Now, working for Women's Weekly Malaysia, as a part-timer. i love the way she express her feelings freely and pick the right word to express it. Well, she is a writer by the way!
In 2010, we moved to another big house (thats where we decide to call us- Perempuan Kaya No. 12)

This is where the mess happened. I am not to tell the story again. My own best friend being so selfish,did not stand for me but she, has stand and give her hand to walk and get through things together.

We live in the big house, only two of us. Happily ever after.

After a year, we approve someone to came in. (Under my suggestion). Thinking that 'that' girl is nice, we accept her in our life. As the time passed by, she showed her true color. My god! We just can't live with a low-class show off person like her. Condemn other people, yet she did not excel in anything. Can you imagine that?

We end up, living only both of us in the house. Hoping that god will help us, living happily ever after.




After a year, there is  a girl who get promoted and transfered to KL. This is where we start to know Mariani. She is soft and feminine.

Independant and strong willed. Currently she is a student (part time).

And, tell you what...
Living with educated and well manner person is a heaven. Both of them, has thier own opinion about life, have vision and open minded.

We grow old together.. We shared happiness together.
Praise to Allah.. that He has met me with these girls.




In December, Wilbur join us! He is 3 months old at that time. He is cute and hyperactive. Obsessed with human hand and feet.

Clever little fella!


We occasionally going for a holiday together (whenever we have time).


We are three musketeers.


We are trying to life happily together.
InsyaAllah, till Jannah.

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, December 4, 2012

My New Life - It change but not much

My Old Office

My Notice Board
My big room.. Thank u boss for d best room eva!

File for review.. Am da boss 

My New Office


I Pad - ing in da office

Take 5 again and again

Reviewing files - my infinity job
So, basically, not much change.It's just a jump form one place to another place. both are in the same building (Selayang Hospital).. But my ex-boss provides me the best place. Never been better (n_n)v

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, November 18, 2012

27 Years Old.. Alone Again Naturally


Halooo all.. sorry lama dah tak update blog (ayat same je kan?)... Hurm..banyak yang berlaku dalam 2-3 bulan ni sampai takde masa nak menulis. So, kesinambungan dari post yang terdahulu, maka akhirnya aku telah berjaya tukar tempat kerja. Alhamdulillah...

Walaupun payah untuk meninggalkan bos kesayangan aku tu, aku gagahkan jua demi masa depan aku jugak. Rindu tu ada la jugak. kadang2.. Bukan rindu as bf ke ape, rindu sbgi seorang anak jer.

Kat tempat keje baru ni leh la dikatakan aku macam makan gaji buta la. Mengadap PC jer, email sana, email sini. Klinik tak start lagi so memang boring la. Seb baik ada meeting dan kursus, so sempat la aku stadi dulu sebelum stat klinik. Kalau dulu klinik kardio (jantung), sekarang klinik endokrin (diabetes) dan hepatology (hati).. Banyak nak kena blaja.

Alhamdulillah jugak rezeki murah, dapatla bantu sedara dan sponsor wedding adik kan. Walaupun tak banyak, tapi itu niat aku bila ada duit. And, umrah..masih dalam proses. Da setel semua aku leh la kumpul duit plak untuk jejak rumah Allah. (wish me luck!)

Keinginan untuk tukar kete membuak2.. tapi aku sayang kat serratia aku tu.. yang banyak berjasa dah hampir 3 tahun. Jimat lak tu. So, aku pendamkan ajer. Mungkin belum rezeki aku nak pakai kete idaman aku tu. So, basically,aku cuba manage duit betol2 untuk family dan masa depan. Wedding? Hurmm..dah adik naik pelamin, maka aku pun kena stat sedia dah. Jangkit nanti...

Sebenarnya aku da lupa cara nak bercinta.. Rasa cinta tu pon macam dah konpius dah. Sebab dah lama sangat. Nak merajuk, betul ke pada orang yang kita sayang? Dan betul ke orang tu sayang kita? Aku jadi berhati2 sangat.. Kadang2 terfikir, takut untuk sayang orang sebab takut akan kehilangan dia. Yang tu leh dikatakan UNBEARABLE... and aku tak mahu rasa tu lagi. Seriously, it's hurt!

So, genap umur 27 tahun, aku masih sendiri. never been this long. Alone again naturally. For many years, where my heart has been so hard and cold..

Happy birthday Suez!



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, March 27, 2012

Adakalanya Aku Alpa

Start semalam, badan dah mula meragam.. Ingatkan selsema tu akan berkurangan bila sarapan dan bekerja... Rupanya makin teruk. Tak tahan maka aku pun amik keputusan balik rumah dan makan beberapa biji ubat (yang dipreskripsikan oleh doktor bertauliah). kemudian tidur macam kena sedatif.

Rindu pada meja kerja memberi kekuatan untuk aku bangun dan bekerja hari tu. Alhamdulillah. Kesakitan yang dialami tidaklah seteruk mana jika dibandingkan pesakit2 yang membanjiri klinik pakar kami. Kesakitan macam ni kan penghapus dosa dosa kecil...


Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka, bersyukurlah aku diberikan sedikit daripada kesakitan ini untuk menggugurkan dosa kecil ku. Kadang2 terfikir betapa banyaknya dosa tanpa sedar dan sedar yang aku buat. Berharap sangat aku dapat menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.. InsyaAllah. Kemudian menjadi isteri yang berbakti pada suaminya dan menjadi ibu kepada anak2 yang terdidik. Jauh plak aku berangan.. Tapi, itu la impian aku di masa akan datang.
Rindu plak kenangan menghadiri kelas agama setiap malam selasa masa kat Taman Gembira, Johor Bahru. Kalaulah kat sini ada teman seperjuangan macam sepupuku, mesti hati lebih kuat. Maka, Allah mengurniakan sedikit kesakitan supaya aku mengingatiNya. Mungkinkah ada saatnya aku alpa. Mungkin ada saatnya aku terleka maka rakan yang memimpin itu perlu.
Footnote: Doa ketika sakit:


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأَ


Dari Abu Darda' RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini." Riwayat Abu Daud dari kitab Sunan Abu Daud m/s 397 jilid 10.


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, March 23, 2012

Cucu Pertama Mama



Ni adalah cucu pertama mama... and cucu ke enam papa.
Nothing much to say but, I do love this cute boy. Hope in future, we will reunite as a family.
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, March 13, 2012

Be Like The Coffee Bean

It is not an extraordinary thing to hear people praising him. My leader. He deserve that. during my intern year (working actually) with him, to work directly with him is CHALLENGING. To know him better and to fulfill his expectation is TOUGH.

I heard everything around me, talking about him, more of demotivated than good things about him. I don't want to judge a book by its cover.. no, not by cover (coz he is physically good and charming) but by rumors. Judge people on my own, working with him, talk to him and never speculate. They said: " I don't think you will last long with him.. I gave you 1 year." And they are TOTALLY WRONG!

Funny isn't it? My impression at that time, was, he is strict, too firm and you can't negotiate things with him. It takes me a year to get to know him, what his expectations and so on. Sometimes, I am that scarecrow standing behind the wall waiting for him to come down. Sometimes I am the maid, making coffee for him and his friends. but, I enjoy that. And the worse, sometimes I am that cry baby who run to her father when people abuse me. And, he is 'that' father.

I see him as a father, who listened and suggest. But not directly. I learned how to think and fulfill my own need, my own expectations. What I want in my career, what do I need to learn. I am grateful that he never shout at me, or throw the files in front of me no matter how much I've pissed him off. He convinced me that I can suggest, I can explore and learn things. Like I am a kid. The joy of working with him for years.
Source: Facebook



We moved to another building, which is HUGE! I can't imagine how he managed to get all that. How he think of it. It is amazing! And, I do watch the way he manage because on that one day, I'm sitting in front of him, he made a quick call, suggesting and decide things, precisely. Then he said: "u see.. I solve things in 5 minutes. can u do that?". And I am stumbled! Second thing I've learned, do make decision that last longer and undeniable. And then when I've done something wrong with my weary eyes and feeling guilty.. he said:"do things perfectly even for the first step, so then u didn't need to correct the mistakes. it wastes your time.."  I know it is impossible, but I keep trying to be perfectionist and it became my EXPECTATIONS every time.

Tell you what... Do you find a dean who actually dedicate his time most in the clinic, seeing patients and at the same time teaching? Have you seen a professor who sees patient without discriminate them? Never chose to see ONLY VIPs? Have you seen a consultant who listened carefully to his patient even they speak rubbish? And never complained but listened and advised. I've NEVER seen him, talk to patient and let them go without touching them. And every time he touch patient, he washes his hand. Never missed! We do learn about hygiene, but how many of us do practice it?

He loves story telling. My leg cramped standing (I don't like sitting coz it hurt my back), being a good listener together with his patient and students. I can just run away, or wandering or facebooking during the consultation but I choose to stay because I know, I'll learn something for each of the session, even with patient or student. And I love the way he try to get people understand things clearly. By joking and 'investigator-initiated idiom.'

I remember the first time I made a report (which I can describe as totally rubbish), send it to him and he accept that. And after a few months later, I get the same report from a company (which I can describe that as awesome and neat and tidy) and I realized how stupid I am and how he putting so much patience with that rubbish sent by me few months ago and yet NEVER complained!

Dear readers, I choose to stay, for the sake of excitement that I've learn for all these years. And I know I love my job so much.. The best thing, I learned how to reach my own expectations and grow and never worried to fulfill superiors expectations. Be myself and always be the coffee bean. Boil the coffee bean and see how it goes.. It never harden or softer, but it changes the water and give it a good lingering smells...The hotter the water the better.

(n_n)v
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, February 28, 2012

Perubahan Penampilan Lagi


Sangat sedih kerana terpaksa tukar style lagi.. Hanya kerana ingin mendapatkan kesihatan yang lebih baik setelah mengalami sakit2 lutut..didiagnosiskan sebagai early PFJ Osteoarthritis..Maklumat lanjut sila baca Rheumatology Journal .. So, kena la berjaga2 walaupun baru suspected...

Daripada ini:
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
\/
Formal shoes

Casual


Occasion heels
Tukar kepada ini
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
\/

Unavoidable style
Harap kaki aku akan cepat baik and tak payah buat MRI tu.. takut!!!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, February 19, 2012

Pregnancy Test (Ujian Kehamilan)


Memandangkan ramai dah staff sekitar aku yang pregnant, maka terbuka la pintu hati nak buat pregnancy test ni. So, basically, aku bukan ambil tahu sangat tentang pregnancy kit ni. Dah lama tinggalkan maklumat tentang hormon2 dan tindakbalas sejak masuk bidang research, kardio plak tu.

Aku test sebab masa tu, kawan aku ni test tak jadik pape (sebelum ni test positif). Even line control pon tak kuar. So aku dengan rasa berdebar (cewah!) pi buat ujian ni.

Ramai gak yang bertanya bilakah waktu paling tepat untuk buat ujian ni?

Jawapan: Sekurang2nya selepas seminggu lewat period (haid).. Kalau setakat 2 – 3 hari delay tu tak payah la… Kenapa? Sebab hormone hcG (hormone chorionic gonadotropin) hanya didapati dalam lebih kurang 7 hari selepas conception. Hormon ni akan meningkat setiap hari dan cecah nilai tertinggi pada minggu ke 10. So, jangan bazir duit dan tenaga untuk buat test  ni setiap hari…


Macam mana nak buat test ni?
Senang jer.. Yang kita perlukan hanyalah urin (air kencing). Kalau yang jenis strip, celup aje dalam urin, kalau yang macam kat bawah ni, kena titis. Paling penting, baca arahan yer.. Jangan main buat je…


Boleh caya ke pregnancy kit ni?
Boleh.. 95-99% tepat jika dibuat selepas 7 hari lewat period. Kalau awal sangat, den tak janji…

Cara2 nak baca result.. Sila rujuk gambar di bawah…
Negatif

Positif 



Mula2 buat negative.. pastu bila check semula positif pulak. Apa kes?
Tu false negative namanya… Antara sebab berlakunya false negative ni :
  •   Air kencing cair (diluted). Sebaik2nya test air kencing pertama pada waktu pagi (pas bangun tido) sebab masa tu urin paling pekat.
  •  Salah ‘timing’.. Setiap kit ambil masa yang berbeza untuk tunjukkan result. So, baca dulu arahan baru buat..
  • Buat test terlalu awal.. Macam yang den cakap tadi, sehari lewat period dah test, memang tak positif la.. Buat test sekurang2nya 7 hari lewat period okeh.


Kadang2 ada gak false positif.. Macam mana plak?

Kes ni boleh berlaku (tapi sangat JARANG) sekiranya:
·         Ada ambil ubat yang mengandungi hcG macam as Pregnyl, A.P.L., Profasi, Chorex, Novarel, atau Ovidrel atau promethazine (yang digunakan sebagai antihistamine untuk merawat simptom2 alergik dan muntah2.)
·         Kehadiran darah atau protein dalam urin
·         Ambil diuretics 
·         Guna Pregnancy Kit yang DAH EXPIRED.

So, pada yang result POSITIF, TAHNIAH!! – Jangan lupa jumpa doctor untuk pengesahan dan ujian selanjutnya. Selamat menjadi ibu dan ayah. Anda selangkah ke hadapan.
Dan pada yang result NEGATIF, CUBA LAGI YA!! – Jangan putus asa. Usaha tangga kejayaan

(n_n)v


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, February 12, 2012

Saturday, October 1, 2011

Police Report


For the first time..my 'serratia' gets kissed by the big scary lorry..its scania!! I'm bloody sure that my serratia was so shock and hurts... Sorry sweetheart coz I didn't get the chance to protect u...

I'll better take care of you next time..She will be admitted to the ward during my visits in Canada.. so I could possibly left her there for a week...

Sorry my dear car serratia...

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, September 21, 2011

Zizan oh Zizan

Gambar Zizan aku cilok kat Google. Jangan  harap Zizan nak posing utk aku kan..hehe


Sumer orang mesti kenal ngan zizan kan... Mustahil la tak kenal. Laen la aku cakap Prof. Dr. Salim Yusuf, mesti ada yang tak kenal.. Hehe. Zizal ni asalnya orang ganu and jadi glamer sebab raja lawak la.. Aku pon sama. Oleh kerana aku ni bukanlah orang yang minat politik and takde masa nak amik tahu hal2 semasa maka aku jarang sangat kenal artis tanahair, apatah lagi luar negara. Sape je yang aku kenal pon, Gerard Butler, Jennifer Aniston, Angie, Oprah, and pelakon2 ER and Grey's Anatomy.

So, ceritanya bermula...


Adapun pada ketika itu...


Beta dan sahabat2 beta melepak (dengan niat yang pelbagai iaitu mengusha sorang mamat yg kawan aku crush giler nih)... kat Curve..ala, tempat area KL yang memang feymes tempat artis2 slalu lepak. Tapi tak bermakna kitorang ni artis sebab lepak kat situ kan.. And aku lepak Curve untuk gi kat Borders jer.. bukan The Library ok! Hehehe..... 

So, order makanan untuk berbuka (dah berbuka kat surau masa Maghrib tadi)..

Makan2 sambil mata melilau (almaklumlah..tengah usha orang kan..).. Keje ni jarang sangat aku buat coz aku tak suka usha orang lain selain Mr. Mumbling aku yang comey tu jer... Orang lain tak secute dia tau! (korang jangan lak usha Mr. Mumbling aku tu!

Tetiba, kawan aku yang lelaki ni tereksaited and cakap: "eh..zizan tu!"
Aku yang berbaju pink: Senyum manja la sbb Zizan pandang aku kan.. Alamak.. Comel plak dia nih (tapi tak setanding Mr. Mumbling aku).. Ala2 macam kawan lama, aku pon senyum dan senyum je la..
Zizan lak: datang dan sorong salam kat kawan lelaki aku.. 

Mak aih..glamer lak kawan aku nih.. Dengan ucapan selamat hari raya, berbunga2 hati kitorang! Sah, dia memang tak sombong and cool jek!

Then dia pon makan gak kat restoran sama ngan kitorang....


Ah!! Tersasar! Kitorang nak usha mamat nih tapi tak muncul2.. takde rezeki la... Dah tu, tak reti2 nak balik?

So, terpaksa chow dulu dari Curve and usha BMW kat tengah jalan... Giler meleleh air liur. Bila aku nak jadik kaya nih???

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, September 18, 2011

Suez's Openhouse 2011

Tahun ni..alhamdulillah.. ada rezeki lebih, so bulehla wat openhouse untuk sahabat2. tak semua la kan...

Date: 18 Sep 2011
Time: 0200p.m - 0900 p.m
Venue: Umah Sewaku Syurgaku Taman Bidara

Menu:
Air tangan bujangku - Nasi Minyak (resepi mama)
                                 Gulai Nasi Minyak Ayam
                                 Roti Jala (stat menjala kul 0630 am)
                                 Kari Daging
                                 
Air tangan housemateku yang bujang - Bihun Tomyam
                                                           Mee Goreng
Dessert - Agar2 Selasih Bandung
Air Minuman - Oren (Cold) and Tea (Panas)


Tray yang baru dibeli oleh FBI semata2 untuk openhouse rumah kami

Minuman dan menu nasi minyak section







Sesi bergambar last menet

Alang2 sambut besday BF housemateku

FBI dan GF (housemateku)

Staff ED yang baru balik dari bertugas

Thanks to tetamu yang memenuhi undangan kami.. seronok rasanya sbb kali pertama berjaya masak nasi minyak! Harap tahun depan leh buat lebih baik (n_n)v

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, August 1, 2011

Pengkhianatan ~ Port Dickson

Entri yang lepas...memang aku sengsara la kan terpaksa tangguh untuk balik kampung jumpa mak aku... Sedih gak la... Selama 2 jam dalam bas yang besar and baper kerat orang jer ada, aku amik port yang agak ke belakang, baca buku " How To Get Research Publish In Journal".. Sambil layan perasaan yang remuk redam...

Sesampai di sana, aku gembira.. Ya.. Buah hati aku dah nampak dah.. Yang kiut dan comel tuh.. Doa2 moga dia pon masuk group biru cam aku...

Petang tuh ada Telematch.. Antara gambo2 yang seswai buat tatapan...


Tengah semangat nak main

I'm a disco dancer..kihkih

Lets see how the primary care doctor do this...

Team work...

Our mummy

Blue team!

Didn't know that I'm talented in this 

This is wat we call Chillax!

Pas abih telematch, sambung balik conferens... And as expected, boss panggil meeting.. Sampai kul11 la duk tunggu dia...

Esoknya aktiviti haram kitorang....

Berenang tanpa gogle memang naya...

ala2 ikan duyung gitu...

Petang tu ada Free and Easy session yang mana kitorang bebas wat apa jer... Aku mula la....


Banana Boat Rider

Jalan2...


Aku la tu...

Maka malam tuh, aku makan banyak sangat kat BBQ Dinner.. Ingatkan kesayangan dah balik, rupanya dia join la jugak kan.. Walaupun berlainan meja, aku tetap menikmati dinner tu dengan menatap dia depan aku...

Kenyangla kot (n_n)v


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v