Showing posts with label Bunga tangan. Show all posts
Showing posts with label Bunga tangan. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Solemnization (And My Succesful DIY Project)

Akhirnya, berlangsung juga majlis yang dinanti2kan.. Mak andam aku tak datang make up. Memang nak kena betol. Aku relax jer sebab mak sedara aku ada and tau dia pandai make up, so aku pun tak risau sangat. Just sakit hati sebab dah masuk dalam bil. Majlis akad nikah lebih kurang pukul 2 petang, maka kul1230 dah kena start make up.

Tak yah aku nak citer panjang2, korang tengok aje ye..



Amacam? Ok tak make up makcik aku ni? Theehehe.
Projek DIY yang berjaya: Bunga Tangan dan Veil. Sila baca entri aku yang lepas HANDBOUQUET dan VEIL. Part veil tu paling puas hati sebab betol2 cantik bila duduk, tak terlalu labuh. Alhamdulillah. Hantaran pun buat sendiri aje. Aku suka yang simple2 so tu je mampu. Cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang. Hehe

Close up:




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, July 2, 2013

Bunga Tangan Nikah DIY

Sekali lagi aku habiskan masa, meng'google' bunga tangan kat internet. Maklumla, maklumat di hujung jari. Memula idea aku adalah nak bunga tuli. Sebab aku suka bunga ni. Tapi sebab wedding aku bukan grand2 sangat buat kat hotel kan. Maka terpaksa buat exception untuk bunga tulip. Lagipun nak match ngan baju cam susah. So, setelah aku google2, maka jumpa la beberapa yang berkenan....

Aku ni minat sangat ngan tema2 western ni. Kalau boleh nak buat wedding pun tepi  laut kan. Ada bridesmaid ramai2 tapi malangnya memang takleh buat la. Aku teringin nak tema ala2 garden jugak, kawen tepi hutan masa musim luruh. Memang best la tapi tu sumer angan2. So, back to realiti. Aku usha2 bunga kat Romantika, Selayang Mall. Maka jumpa la bunga ni and aku decide, Ok lah..bolehla ni buat bunga tangan. Tak la suram.

Lepas godek2, aku pon dapat buat satu bunga tangan...

Perasan tak, kain yang balut tu sebenarnya renda baju nikah and veil. So dah satu set aku nyer bunga tangan.

Esoknya, eksaited aku tunjuk kat en tunang. Pastu apa, dia kutuk la. Cakap: "Ada ke orang pakai bunga tangan camtu? Apsal batang dia panjang sangat? Bukan pendek je ke? Tak klaka ke nanti bila pegang.."

Sedih aku dengar. Hurm..nak wat canne. Dia kan lelaki. Mana penah google bunga tangan kan. So aku google and tunjuk kat dia.

Seb bek aku tak meroyan mintak bunga teratai buat bunga tangan. Baru tau..

Apa pun, thanks kat dia sebab berterus terang walaupun menyakitkan hati jugak. Pfffttt..



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v