Tuesday, January 31, 2012

Hari Bengang Sedunia


Aku tak tahu kenapa. Aku paling tak suka rasa dikongkong, diperhatikan atau disalah anggap. Sangat tak suka. Kehidupan peribadi diganggu. FB, tempat untuk aku berbicara tentang apa saja (kecuali tentang kehidupan rahsia aku). Pasal kerja, maybe.. Tapi ada limitnya. Not to be serious. Kalau nak serious, baik aku cakap face to face ngan orang tu kan?

Kadang2 ada yang tak faham kegunaan FB. Nk eratkan silaturrahim, atau nak stalk orang. Pilih mana satu. Bagi aku, ada FB, untuk bagi family aku up-to-date.. And kawan2 yg dah lama tak jumpa. Tapi bukan nak tunjukkan keburukan orang, atau nak kondem orang. Me on FB isn't me in reality. Some I might share, some I didn't...


I don't know what their FB for... Stalking people? Or checking out each others GF/BF..



Judge me on FB, but u'll never know me in life... If anything make me feel irritate, (coz I'm sensitive!), face the consequences. I'll let people in, but I'll let people go or maybe forced them to go. I hate being controlled coz my parents didn't teach me that way. My parents believe in me, trust in me and let me explore the world.. And I'm never break that promise.. Thats why I'm being who I am now. Love my parents to the top.


Some secrets, I let people know (so it never be a secret)... But some has broke that trust.. And even worse, turn it to chaos. I felt regretted, till today to be so nice, to be so innocent. I thought being nice is good. But some has crossed that border, and I felt, I would never trust anyone from now on! 



We hope that people could guide us to a better life, but it is wrong.. Only family who really understand who we are.. Other than that, people are misleading. They all human btw..

Rasa terjun dari bangunan pon tak dapat hilangkan rasa sebal dalam hati ni...  I've trusted a wrong person!




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, January 29, 2012

Kucing Ku

Seyes tengok TV

Felt something...

Aha! U stalker!

Hug me...

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Seni Mempertahankan DIri itu Perlu


Gangster yang tak berapa nak gangster..

Tetiba rindu plak nak bersilat bila tengok kembali CD masa USM dulu...


video




Alkisahnya..mengapa aku suka sangat dengan ilmu persilatan ni yer...

Sebab abang aku nih suka sangat buli aku. MAsa umur 5 tahun (kot), abang aku tumbuk kat hidung sampai berdarah sebab berebut tilam baru papa baru beli.. Masa tingkatan empat plak, sampai lebam bahu disepaknya.. Besa la.. Adik beradik bergaduh kan...
So, aku dengan niat nak blaja silat demi mempertahankan diri.. Pas belajar silat tu, aku belasah abang aku. Pastu sampai la ni dia tak berani dah nak gaduh ngan aku. Misi Berjaya! 

Hihi. Sebenarnya, dah cucu pendekar kan.. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

Atuk aku merupakan seorang guru silat gayung, walaubagaimanapun, aku tak tahu kenapa minat aku lebih cenderung ke arah silat yang berbeza.

MAsa darjah enam, atuk mula mengajar buah silat gayung. Aku hanya ingat cara menangkis penumbuk jer. Pastu malas nak blaja.
Banyak sangat bunganya...

Then sepupuku yang juga mahir dalam ilmu persilatan. Tak sampai 2 bulan belajar aku berhenti.
Sebab sepupuku tinggal di Johor.


Meningkat usia 16 tahun, aku diperkenalkan dengan seni silat gerak. Buahnya tangkas dan cepat. Tapi memerlukan banyak tenaga. Aku tak tahu mengapa, walaupun dilantik sebagai pengerusi, aku masih terasa seperti sesuatu yang tak kena. Aku tak berminat dan rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada jiwa.

Setelah belajar hampir dua tahun, aku berhenti, kononya ingin menumpukan perhatian pada pelajaran, padahal aku bosan.

Setelah peperiksaan SPM, aku tinggal di Johor bersama sepupuku. Pada masa tu minat aku pada ilmu persilatan masih menebal. Sepupuku membawa aku ke gelanggang. Hurmm. Susah untuk aku katakan, persilatan yang melibatkan ilmu kebatinan bukanlah pilihanku. Aku give up.

Sesampainya aku di USM, aku tertarik dengan Demo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Buahnya tangkas, cekap dan tidak memerlukan banyak tenaga.. Dan aku pasti aku tidak akan berubah menjadi seorang yang kasar.


Terbukti inilah yang aku cari selama ini. Persilatan yang berlandaskan keagamaan. Maksud aku, basic agama. Paling penting. Menekankan keutamaan bersolat. Kemudian tiada jampi serapah yang kena baca. Kan seram kalau main mantera2 ni...

Kawan2 pun baik2 semua. Bersilat mengajar aku bersabar. Aku ni memang cepat marah. Tapi tak tahu la kenapa sejak join, aku jadi sabar ckit. Jurulatih selalu menekankan, mempelajari ilmu persilatan bukanlah untuk bergaduh.. Tetapi mempertahankan diri. Jangan lawan kecuali disentuh. Selagi penumbuk tidak sampai ke badan, kita diam. Aku suka prinsip tuh.
Semenjak aku belajar silat ni, takde sorang pon kena belasah ngan aku. Alhamdulillah...

(Teringat plak aku tampar sorang budak dulu gara2 sikap kurang ajar dia.. rasa bersalah sampai sekarang...masa tu masih kurang ilmu katakan...)

Asas buah yang menggunakan kaedah ABCD. Ringkas dan cekap.
Rakan di gelanggang setiap semester, Afini Puzi. Banyak yang kami lalui bersama. Susah senang di gelanggang dan di luar gelanggang. Nilaiu persahabatan yang tak dijual di mana2.

Ketika rakan2 lain seronok tido atau lepak kat bilik, kami menghabiskan masa di padang berlatih dari 830 hingga 1200 malam.Setiap minggu. Kalau tak berbekalkan semangat nan jitu, memang takkan habis blaja la.Ramai yang berhenti separuh jalan je...

Buah paling aku suka mestilah Buah Pertama. Sangat mudah dan praktikal. (Semua buah sebenarnya praktikal..cuma reflex lambat nak buat yang lain).
Seragam yang selesa dan warna yang menarik.Yang pasti, pergerakan yang mudah (selalu praktik).

Kenangan yang tak dapat dilupakan ialah masa tahap senjata.Sepatutnya aku hadir masa sesi latihan pisau tu, tapi aku tak tahu kenapa aku miss latihan tu (lupa dah). So, orang lain semua dah dilatih. Tinggal la aku sorang terkontang kanting. Blur gak la kenapa dipanggil ke depan oleh jurulatih perempuan. Aku pon bangun dan berdiri macam biasa. Tetiba jurulatih keluarkan pisau yang masih bersarung. Aku terdiam. Masih blur. Then beliau hunuskan pisau ke dada aku (bersarung).

Mak ko terkejut!

Nasib baik dalam sarung. Aku steady lagi.

Cukup tiga kali, beliau benti. Lega aku. Kira lepas ar ni kan.
Tetiba dia buka sarung pisau (menyinar tajam pisau tu).. Silau mata aku.. Seram plak. Yang kawan2 duk pandang and senyum jer. Aku pandang Fini, Fini senyum. Aku senyum cuak. Okeh. Steady.. Steady.

Jurulatih cakap:"okeh..saya tikam, awak tepis. Guna kaedah A."
Aku angguk..berdebar.. FIrst time orang nak tikam aku ni...
Rasa cam laju jer pisau tu.. hampir kena dada aku, so aku gagahkan tangan aku yang separa menggigil untuk tepis. Yes! Berjaya. Kawan2 tepuk tangan.
Kali kedua jurulatih kata lagi:" Kali ni tepis guna kaedah B."
Aku angguk... Walaweh.. Rasanya 4 kali kot kena ni..
Cara tikaman berbeza, alhamdulillah.. dengan yakin aku boleh!
Lepas jer sesi tuh, aku lega. Huh! Agak2 kalau musuh datang sempat ke aku tepis ni?

*****
Kenangan ke 2...
Sesi latihan sepakan Flying Kick..
Wah.. Bunyi cam hebat, tapi cekak takde main flying kick. Ni sesi untuk tangkis serangan sepakan flying kick.
Cam  bese, aku suruh Fini buat dulu, aku cuba sambut... Readyy....
Fini terbang.. tetiba aku cam takut plak. Bukan kata nak sambut.. aku mengelak ada la.. Apa lagi.. Dia mendarat atas kaki aku..
Terkehel jari kelingking mak.. Sakit jugak.. Tapi kebas. Pastu lama2 dapatla tangkis. Sepakan sisi, sepakan muay thai.. macam2 sepakan la..
Jari yang terkehel tu mula bengkak. Selipar pon aku takleh pakai dah. Urut sendiri konon baik la (konon ada skill mengurut cam arwah nenek).. Skali bengkak cam hape dah.
Oleh kerana semangat jitu nak bersilat, aku turun padang gak. Fini takut2 nak berlatih sbb takut kena kaki.
Aku suruh jugak dia berlatih. Dengan tak disangka2, masa buat buah ke 6 (Kalau tak silap aku ar..), Fini terpijak kaki aku.
Tap!
Bunyi sendi jari kaki masuk. Sedapppp...
Pastu tak semena2 air mata mengalir.. Sakit tahap maksima... Serta merta kaki aku dah OK!
Fini dah cuak.. Pastu aku berterima kasih kat dia sbb masukkan sendi kaki aku semula...
Memang seronok sangat belajar silat nih.. Sampai sekarang aku masih praktikkan kaedah.. Buah aje tak coz takder partner. Sapa yang aku nak belasah?



Ni lah Fini.. Teman seperjuangan persilatan...


Hope ilmu aku tak sampai sini jer... Nak belajar lagi... InsyaAllah, anak2 aku pon nanti kena ajar...
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, January 27, 2012

Kelakar Di Hari Jumaat

Semalam


Selepas balik dari bercuti (yang dipendekkan), aku dengan hati gembira balik ke kampus.. Sebab hadiah tahun baru baru jer sampai.. Gembira hati tak terkata. Oleh kerana kepenatan drive selama 5 jam dari Terengganu ke KL tak hilang lagi, maka aku balik menuju ke rumah dan berehat. Sambil2 fikir tentang klinik esok.


Hari Ni


Paginya.. aku pon bangun awal dan solat subuh sambil berdoa agar kerja hari ni lancar jer... Kemudian menyarungkan sepasang kurung merah hati. Lalu menuju ke kampus bersama sebungkus nasi lemak. Sambil online FB (untuk upload gambar kahwin Saidah), aku usha2 kot2 pesakit dah sampai. Wah.. Bahagia kan?


Then satu demi satu pesakit sampai, aku pon hibernate notebook tu then buat keje. Dengan penuh konfiden. Dengan adanya bantuan Kak As, kerja jadi lebih mudah. Amin...


Boss masuk klinik dalam kul10, siap call. Padahal aku kat bilik depan jer. Sambil angkat phone sambil jengah bilik dia. Hish... Bazir kredit dia jer...


Then, as usual present dulu jap. Memang blur la jawabnya sebab rasanya jadual aku bulan ni aku tak hafal lagi. Dia dah tanya macam2. Takpe, nasib baik dia paham. Mood baik punyer! Alhamdulillah.


Sampai satu part tu, aku nak tergelak dengan komen dia dan aku hanya menjawab dengan perkataan "Oh.."


Salah ke aku sebut nama dia...Obvious sangat ke? Subordinate dia jugak. Baik jer. Aish.. Sian mamat tu..Susah kalu sama gender nih. Takde tarikan. Walaupun apa pun berlaku aku back up subordinate dia jugak. Sory boss..Boss kan dah ramai back up kan... Kihkih....


Moral of the story: Jangan ngengada nak sebut nama orang lain...


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, January 23, 2012

Wedding of 2012 January ~ Saidah


Sesampainya di Majlis tepat kul 300 petang..


Merasmikan pelamin... Kami yang single mingle..

Terima kasih pada pengantin yang sudi keluar menjemput kami.. Terasa special...

Kedua dua mempelai sedang dilayan dayang2..haha

Seronok pulak duk bawah juraian bunga bunga ni...

Tetamu undangan termuda dari pihak UiTM

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, January 18, 2012

Ke Obersea Lagi - Madrid

Hurmm...nak kata hepi dapat invitation, happy la jugak. Tapi sebenarnya aku agak penat. Sebab tak suka nak uruskan visa.. walaupun segala2nya telah diuruskan - tempat tinggal, flight ticket.. Tapi aku tetap rasa malas sebab tak suka nak present bila sampai sana. Canner lah aku nak buat MSc ngan McMaster kalo gini? 


Boss aku awal2 dah eksaited nak ke Madrid, aku lak ingat nak passover kat orang lain tapi tak dapat plak. Boss nak aku jugak yang present. So aku ikut jer... 


Madrid macam best..err.. memang best kot! Aku baru jer nak kumpul duit pi Langkawi (yes! nak pi langkawi pun kumpul duit tau!) Malu nak ngaku yang aku tak pernah gi Langkawi.. 


Maklumlah..duit kan penting. Nak simpan duit untuk sambung stadi lagi. Ish! Entah bila aku nak bebas kewangan ni? 


Solution: Kena kawen ngan Billionaire kot...


So, aku tengah pening ngan visa. Perlu ke buat visa kalau nak ke Spain? Dr. tengku cakap tak payah.. Aku pon confuse? Betol ke?? Kalau betol, aku dengan senang hati la nak pi. Sekarang nak kena buat surat pada Canselor sahaja. Isi borang then boss sign. 


Solution: Tanya imigresen kot?


Aku doa-doa boss hantar delegates lagi sorang untuk aku. Kan best? Hehehehe.
Ni rasa nak pujuk boss nih! Pleaaaaasseeeeeee.................I'm lonely sorang2 kat sana tau!


Solution: Gi jumpa dia sekarang dan discuss!
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Wedding ~ Again

Wedding of the month, perkahwinan Dr.bakhtiar dan pasangannya Dr.Nad. Seawal 10 pagi kitorang gerak ke rumah pengantin dengan jangkaan sesat di Shah Alam lebih 2 jam. Tapi malangnya hari tu kitorang tak sesat so sampai dalam kul1130 (setelah drive macam siput dan berkaraoke dalam kete).


Sesampainya kami ke destinasi, kami adalaha tetamu pertama (kot)... Wah! Jangan pelik kalau camera asyik ikut kitorang sebab dah takder subjek lain yang datang. Terlalu awal kitorang ni...


Sambil makan2 kitorang bergambar dulu...
Betul2 ikut tema ni...

Bolehla..so-so...



Masih bekerja walaupun tgh attend wedding ni..kihkih
Lepas tuh kami dijemput menunggu pengantin dalam rumah..laju la kitorang masuk dalam rumah...zassss!
peace yaw!

Pelamin simple tapi menarik!

aisyah bersama anak =P

amik berkat kot ni...

Puas dah bergambar ngan pelamin, now kitorang tunggu pengantin sampai..lama btol lepak umah pengantin..dari pagi sampai kul230 kot..barulah pengantin sampai....


Raja sehari dah masuk

Merapat sembah ni..bersemayam di atas takhta

Nice pose

Pas je tengok pengantin..kitorang berangkat pulang dengan senyuman dan 'doorgift' yang best!

Tahniah buat pasangan pengantin..Wish u all da best!

(n_n)v




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Saturday, January 7, 2012

Life As We Know It

Watching this movie is killing me from inside. For a few scene, my cheek wet. It is painful to have lost a great friend. And it is even painful when they have left their kid. Orphaned! 

To be frank, raising a kid and have a husband is soothing. I do, feel warm inside and then whispered to myself: "Suez, you are dreaming dear..."

I doubted..if I ever will have a family of my own. Because I fall for someone who don't love me back. Frustrated... yet I still have to move on and live a life with the pain. And it is hard to allow people into my life, because that space in my heart is fully occupied with someone else. That happened to be very similar with Holly ans Dr.Nelson. Holly fall for Eric, and Eric left her behind with the kid. And Dr.Nelson has come into Holly's life but never able to replace Eric's. They broke up.

I think it would be easier if we can tell our heart whose to fall to but in reality, we can't. The scene at Atlanta Airport bring back the memories. Which I've been there last year. I realized, wherever I am.. Atlanta..Florida... he is all over. I wished, he could stand next to me traveling together. I wished.. All the time. But the seat next to me is vacant.. And there is nothing I can do to make it occupied....

Holly run to the airport to get Eric back and confessed. But, it is too late.. She missed him. Holly didn't cry. She think they never meant to be together. And when she get home, Eric was there waiting for her...

That happy ending, will never happen in reality.. Not in my life.. That is the different between movie and reality...



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Friday, January 6, 2012

Syukur Atas RezekiMu Ya Allah

Alhamdulillah...


Rezeki Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lama aku bekerja di sini, dengan bermacam2 dugaan. Mencecah 3 tahun.


Selepas perjumpaan semalam, hati aku berbunga riang. Melebihi rasa bahagia jatuh cinta. Yang ini lebih berbunga dari itu. Yang mampu membuat aku mengukir senyum sampai ke alam mimpi. Senyum menampakkan barisan gigi dan pipi yang tembam. Senyum umpama orang angau bercinta. 




Pertama kali bercakap dengan senang hati, hati ke hati.. Melihat mata yang memandang aku dengan satu keyakinan. Seolah2 mata berkata: " Don't worry. I got your back!"



Yang membuatkan aku bahagia bukanlah cinta. Tetapi kerana azam ku, cita2ku mendapat sokongan dan insyaAllah, bakal dilaksanakan. Ianya melebihi apa yang aku pohon selama ini. Syukur ya Allah..



Selama ini hari-hari ku dimulakan dengan ayat seribu dinar. Tak kira apa sahaja yang aku inginkan dalam hidup, aku meminta padaNya. Mungkinkah kerana itu, dipermudahkan jalan hidupku. Berkat doa mama juga yang sentiasa mendoakan yang terbaik untukku.


Alhamdulillah... Juz a reminder for all...Wang ringgit bukanlah segalanya. Doa ibu lebih berharga dari itu... Mintalah ibu berdoa untuk kita... Dan kita sendiri juga perlu berdoa... Dia Maha Mendengar.




Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Wednesday, January 4, 2012

Unrequited Love



Baru je tahu pasal Wordless WednesdayWordless Wednesday ni setelah terbaca blog mashikadapunyacherita.blogspot.com ... So, aku pon menyokong jugak dengan meletakkan gambar nih.. Pandai la korang agak apa emosi aku hari ni...
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Tuesday, January 3, 2012

Permulaan 2012 Pengakhiran 2011

Alhamdulillah.. Telah lulus GCP pada tahun 2010
Tak banyak yang nak diperkatakan mengenai azam aku tahun ni.. Alhamdulillah, azam2 aku yang tahun lepas dah tercapai semuanya. Bersyukur sangat dengan sokongan mama dan adik2, akhirnya aku berjaya melangkah ke depan.. Walaupun setapak demi setapak...

Champions know there are no shortcuts to the top.They climb the mountain one step at a time. They have no use for helicopters!”~Judi Adler quotes

Berkisar tahun 2011, aku maju setapak dengan memulakan study APOLLO dan EXAMINE. Aku telah menjalani latihan di Hamilton, Canada. Dan juga sebenarnya tengok2 tempat tu untuk bekerja di sana pada masa hadapan. Atas sebab2 tertentu, aku membatalkan hasrat dan membina cita2 baru berpaksikan motto baru iaitu:

" Tempat tidak menentukan kejayaan seseorang, tetapi 'attitude'. Walau di mana pun kita, jika berusaha pasti berjaya." ~ My Mum quotes

Sebab aku dah merantau ke beberapa negara orang, dan bandingkan dengan Malaysia.. Malaysia is far much better for improvement and victory-inducer!

Benda ni mama sebenarnya dah lama ajar. Aku masih ingat dulu.... *imbas kembali*

Gembira tak terkata dapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Masa tu dah berangan-angan nak masuk MRSM. Sebab MRSM tempat budak pandai blaja. Tapi mama kata mama takda duit. Nak tak nak, kena blaja kat sekolah harian juga. Kecewa betul masa tu. Rasa macam life is not fair! Kenapa aku kena sacrifice pelajaran aku. Kenapa di saat aku nak menjejak kaki selangkah lebih jauh, tuhan duga aku dengan perceraian mama and abah sampaikan menjejaskan kehidupan dan masa depan aku?

Mama kata: "tak kira di mana pon, kalau nak berjaya..kalau keinginan tu kuat..pasti berjaya..."
Aku kata: " Mana boleh...masalahnya sekolah harian tak sebagus MRSM.."
Mama kata: " Orang yang belajar dengan penuh kesungguhan, pada masa yang sama sabar dan tabah menghadapi dugaan, ganjaran Allah itu lebih besar..InsyaAllah, kejayaan pasti lebih bermakna."

Aku masih tak puas hati... Tapi nak buat macam mana. Ayah meninggalkan kami. Duit takde. Malang nasib kami? Budak lagi masa tu... Tak reti bersyukur. (Nauzubillah)

Dalam masa 5 tahun, sedar tak sedar... kami 7 beradik dah adapt dengan kekurangan tu. Pakai seadanya.. Makan seadanya. Yang pasti, mama idola aku. Sedih tengok mama kerja. Dugaan kat keluarga tak payah nak cerita la. Dengan takde ayah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maha hebat.. Tapi aku rasa ada lagi yang lebih malang kot. Suka duka kami, bersama mama... Sekurang-kurangnya kami ada mama. (Percayalah..sesukar mana pun hidup tu, selagi adanya ibu kita akan tetap rasa selamat dan bahagia. Duit dan emas berlian pon takkan dapat menggantikan kasih sayang ibu.) 

U will know this when you only have money, big house, big car, cool dad but not mother.

Kebahagiaan yang paling besar dalam hidup, bila dapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi.. Betapa bahagianya mama masa tu. Sampai menangis! Dats so true.. Apa yang mama katakan... Kebahagiaan itu datang pada kita tak terduga. Sedangkan sahabat aku yang blaja kat MRSM, menerima dengan tabah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma. Dan, rakan2 yang kukenali di Matrikulasi, pelajar MRSM, gagal di tengah jalan. Alhamdulillah. Allah kuatkan semangatku menempuhnya. 

*habis kisah imbas kembali*

Azam nombor satu yang masih lagi terawang2... Sambung MSc dan PHd. InsyaAllah, yang itu akan tetap dalam senarai. Tak kira cepat atau lambat. Tengah kumpul duit nak setelkan semua ni. At least kewangan tak jadi masalah kelak. Takkan lari gunung dikejar kan? Sampai tua berjanggut pon aku akan tetap blaja jika ada peluang.

Azam nombor dua.. supaya dapat jodoh and kahwin. Yang nih masih di awan biru kot. Berdoa dan bertawakal je lah. Nak usaha pon tak mampu. Semuanya ditentukan Allah s.w.t. Ada sesetengah benda kita boleh aturkan, dan ada sesetengah benda biar Dia sahaja yang mengaturkan. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Syukurlah. Semuanya selamat...  All is Well.









Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Monday, January 2, 2012

Jika Bercinta Tidak Mudah

Kalaulah bercinta itu mudah....


kalau sape2 rasa kisah cinta dia tak semudah ABC... sila la Layan Lagu Hindustan ni bersama2 aku....

Our love story is tough
It can't be recited in few words
This is a new tale of a boy and and a girl
It can't be recited in few words


Our love story is tough
It can't be recited in few words
We got separated even though we were made for each other


Our love story is tough
It can't be recited in few words
I got the world when I fall in love with you
I had never thought that my shadow will get so far from me
God, why did you made such dream to me
If you have to break it in reality


We got separated even though we were made for each other
Our love story is tough
It can't be recited in few words


The moment of our talks is a stranger to everyone
It can't be recited in few words
You are in my feeling, your story is in my memory
It can't be recited in few words


The whole day passes and it keeps me awake for the whole night
Your thoughts torment me every moment
This tormenting ask for all
Distance that between us is to be eradicated


We got separated even though we were made for each other
Our love story is tough
It can't be recited in few words






Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

Sunday, January 1, 2012

Vegetarian Breakfast Wraps

Masa kat Canada dulu, aku memang suka sangat satu hidangan daripada pihak PHRI ni... So, duk mencari2 la benda alah ni selama beberapa bulan. Tak sangka kat Cold Storage ada semuanya!!

Pasni, konfiden la aku nak masak Italian Food plak (selepas gi Itali la...).

Wraps ni siap ada resepi kat blakang.. Sepatutnya potato wraps ni kita buat Scrambled Egg Breakfast Wraps. Tapi aku suka sangat sala..maka jadilah VBW ni...ehehe.. 

Pada yang suka daging, oleh ajer letak daging and cipta resepi sendiri.

Boleh masuk Oven, Microwave or Grill. Tapi trust me, Grill paling sedap!!
Boleh dibeli di Cold Storage

Bahan bahan mentah
Cincanglah ia sampai jadi kepingan2 halus

Kentang tu sila rebus dulu.. Jangan main campak yang mentah ajer..

Letakkan sos salad then wrap..sesuka hatila nak style apa kan...
 
Sekarang boleh enjoy makan!!


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v