Sunday, January 29, 2012

Seni Mempertahankan DIri itu Perlu


Gangster yang tak berapa nak gangster..

Tetiba rindu plak nak bersilat bila tengok kembali CD masa USM dulu...


video




Alkisahnya..mengapa aku suka sangat dengan ilmu persilatan ni yer...

Sebab abang aku nih suka sangat buli aku. MAsa umur 5 tahun (kot), abang aku tumbuk kat hidung sampai berdarah sebab berebut tilam baru papa baru beli.. Masa tingkatan empat plak, sampai lebam bahu disepaknya.. Besa la.. Adik beradik bergaduh kan...
So, aku dengan niat nak blaja silat demi mempertahankan diri.. Pas belajar silat tu, aku belasah abang aku. Pastu sampai la ni dia tak berani dah nak gaduh ngan aku. Misi Berjaya! 

Hihi. Sebenarnya, dah cucu pendekar kan.. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

Atuk aku merupakan seorang guru silat gayung, walaubagaimanapun, aku tak tahu kenapa minat aku lebih cenderung ke arah silat yang berbeza.

MAsa darjah enam, atuk mula mengajar buah silat gayung. Aku hanya ingat cara menangkis penumbuk jer. Pastu malas nak blaja.
Banyak sangat bunganya...

Then sepupuku yang juga mahir dalam ilmu persilatan. Tak sampai 2 bulan belajar aku berhenti.
Sebab sepupuku tinggal di Johor.


Meningkat usia 16 tahun, aku diperkenalkan dengan seni silat gerak. Buahnya tangkas dan cepat. Tapi memerlukan banyak tenaga. Aku tak tahu mengapa, walaupun dilantik sebagai pengerusi, aku masih terasa seperti sesuatu yang tak kena. Aku tak berminat dan rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada jiwa.

Setelah belajar hampir dua tahun, aku berhenti, kononya ingin menumpukan perhatian pada pelajaran, padahal aku bosan.

Setelah peperiksaan SPM, aku tinggal di Johor bersama sepupuku. Pada masa tu minat aku pada ilmu persilatan masih menebal. Sepupuku membawa aku ke gelanggang. Hurmm. Susah untuk aku katakan, persilatan yang melibatkan ilmu kebatinan bukanlah pilihanku. Aku give up.

Sesampainya aku di USM, aku tertarik dengan Demo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Buahnya tangkas, cekap dan tidak memerlukan banyak tenaga.. Dan aku pasti aku tidak akan berubah menjadi seorang yang kasar.


Terbukti inilah yang aku cari selama ini. Persilatan yang berlandaskan keagamaan. Maksud aku, basic agama. Paling penting. Menekankan keutamaan bersolat. Kemudian tiada jampi serapah yang kena baca. Kan seram kalau main mantera2 ni...

Kawan2 pun baik2 semua. Bersilat mengajar aku bersabar. Aku ni memang cepat marah. Tapi tak tahu la kenapa sejak join, aku jadi sabar ckit. Jurulatih selalu menekankan, mempelajari ilmu persilatan bukanlah untuk bergaduh.. Tetapi mempertahankan diri. Jangan lawan kecuali disentuh. Selagi penumbuk tidak sampai ke badan, kita diam. Aku suka prinsip tuh.
Semenjak aku belajar silat ni, takde sorang pon kena belasah ngan aku. Alhamdulillah...

(Teringat plak aku tampar sorang budak dulu gara2 sikap kurang ajar dia.. rasa bersalah sampai sekarang...masa tu masih kurang ilmu katakan...)

Asas buah yang menggunakan kaedah ABCD. Ringkas dan cekap.
Rakan di gelanggang setiap semester, Afini Puzi. Banyak yang kami lalui bersama. Susah senang di gelanggang dan di luar gelanggang. Nilaiu persahabatan yang tak dijual di mana2.

Ketika rakan2 lain seronok tido atau lepak kat bilik, kami menghabiskan masa di padang berlatih dari 830 hingga 1200 malam.Setiap minggu. Kalau tak berbekalkan semangat nan jitu, memang takkan habis blaja la.Ramai yang berhenti separuh jalan je...

Buah paling aku suka mestilah Buah Pertama. Sangat mudah dan praktikal. (Semua buah sebenarnya praktikal..cuma reflex lambat nak buat yang lain).
Seragam yang selesa dan warna yang menarik.Yang pasti, pergerakan yang mudah (selalu praktik).

Kenangan yang tak dapat dilupakan ialah masa tahap senjata.Sepatutnya aku hadir masa sesi latihan pisau tu, tapi aku tak tahu kenapa aku miss latihan tu (lupa dah). So, orang lain semua dah dilatih. Tinggal la aku sorang terkontang kanting. Blur gak la kenapa dipanggil ke depan oleh jurulatih perempuan. Aku pon bangun dan berdiri macam biasa. Tetiba jurulatih keluarkan pisau yang masih bersarung. Aku terdiam. Masih blur. Then beliau hunuskan pisau ke dada aku (bersarung).

Mak ko terkejut!

Nasib baik dalam sarung. Aku steady lagi.

Cukup tiga kali, beliau benti. Lega aku. Kira lepas ar ni kan.
Tetiba dia buka sarung pisau (menyinar tajam pisau tu).. Silau mata aku.. Seram plak. Yang kawan2 duk pandang and senyum jer. Aku pandang Fini, Fini senyum. Aku senyum cuak. Okeh. Steady.. Steady.

Jurulatih cakap:"okeh..saya tikam, awak tepis. Guna kaedah A."
Aku angguk..berdebar.. FIrst time orang nak tikam aku ni...
Rasa cam laju jer pisau tu.. hampir kena dada aku, so aku gagahkan tangan aku yang separa menggigil untuk tepis. Yes! Berjaya. Kawan2 tepuk tangan.
Kali kedua jurulatih kata lagi:" Kali ni tepis guna kaedah B."
Aku angguk... Walaweh.. Rasanya 4 kali kot kena ni..
Cara tikaman berbeza, alhamdulillah.. dengan yakin aku boleh!
Lepas jer sesi tuh, aku lega. Huh! Agak2 kalau musuh datang sempat ke aku tepis ni?

*****
Kenangan ke 2...
Sesi latihan sepakan Flying Kick..
Wah.. Bunyi cam hebat, tapi cekak takde main flying kick. Ni sesi untuk tangkis serangan sepakan flying kick.
Cam  bese, aku suruh Fini buat dulu, aku cuba sambut... Readyy....
Fini terbang.. tetiba aku cam takut plak. Bukan kata nak sambut.. aku mengelak ada la.. Apa lagi.. Dia mendarat atas kaki aku..
Terkehel jari kelingking mak.. Sakit jugak.. Tapi kebas. Pastu lama2 dapatla tangkis. Sepakan sisi, sepakan muay thai.. macam2 sepakan la..
Jari yang terkehel tu mula bengkak. Selipar pon aku takleh pakai dah. Urut sendiri konon baik la (konon ada skill mengurut cam arwah nenek).. Skali bengkak cam hape dah.
Oleh kerana semangat jitu nak bersilat, aku turun padang gak. Fini takut2 nak berlatih sbb takut kena kaki.
Aku suruh jugak dia berlatih. Dengan tak disangka2, masa buat buah ke 6 (Kalau tak silap aku ar..), Fini terpijak kaki aku.
Tap!
Bunyi sendi jari kaki masuk. Sedapppp...
Pastu tak semena2 air mata mengalir.. Sakit tahap maksima... Serta merta kaki aku dah OK!
Fini dah cuak.. Pastu aku berterima kasih kat dia sbb masukkan sendi kaki aku semula...
Memang seronok sangat belajar silat nih.. Sampai sekarang aku masih praktikkan kaedah.. Buah aje tak coz takder partner. Sapa yang aku nak belasah?



Ni lah Fini.. Teman seperjuangan persilatan...


Hope ilmu aku tak sampai sini jer... Nak belajar lagi... InsyaAllah, anak2 aku pon nanti kena ajar...
Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

2 comments:

  1. Suez!!!
    Aku rindu gila kt hg!!!
    Malu wei, hg asyik mention nama aku ja dlm entry ni..
    Pi mana eh video silat ni? Apsal aku rasa cm xde?
    Bg no hg.. aku still pkai no lama

    ReplyDelete
  2. Rindu hang jugak..sangat2! Nnti aku uplod lagi kt FB.aku pun xtau mana hilangnya video ni.hahaha.ti aku bg no HP aku k.nnti kawen aku bt kat penang tau.Ayer hitam. Ko bagi alamt,aku anta kad oke =)

    ReplyDelete