Thursday, March 24, 2011

Kenapa aku sayang mama...

Kesedihan yang baru mengambil tapak di hati,membekas umpama daging dicarik kerambit. Tergurisnya hati mama seperti juga menggurisnya luka di hati aku. Aku sedih, mengapa anak mama, yang mama tatang bagai minyak yang penuh, mengguris luka di hatimu mama...

Adakah dia lupa, ketika keluarga kita bergolak.. Mama keseorangan ditinggalkan bersama anak2 yang masih kecil. Mama, ketika itu Sue berumur 12 tahun ma. Anak mama yang masih kecil.. 9 tahun, 7 tahun..6 tahun..2 tahun dan setahun lebih. Kami masih belum mengerti kesakitan dikhianati dan dicurangi. Sumpah ma, Sue tak pernah merasa derita mama. Maafkan sue. Mama jaga kami, mama bela kami.. Dengan tulang empat kerat mama. Mama bekerja keras di kilang dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Mama sambung bekerja lagi, demi menyara anak mama. Mama balik ke rumah lewat malam, ketika itu kami sudah enak diulit mimpi. Mama mandi, dinginnya air paip mama tak hiraukan.. Mama penat. tapi hati mama senyum melihat anak mama sihat. Mama melabuhkan kelopak mata mama, bersedia untuk tidur, ketika itu hati mama menjadi sayu, memikirkan nasib mama, anak2 mama. Mama sedih mengapa mama dikhianati setelah berbelas tahun mama melayari bahtera bersama papa. Mama menangis di tengah dinginnya malam. Hati mama beku dan kebas kerana terlalu sakit. Sehingga mama tertido. Sue terjaga di tengah malam, kerana mendengar esakan tangis mama dalam mimpi mama, mama mengigau ma...Mama terbawa2 ke dalam mimpi. Sedih kan ma. Ya Allah..berilah mama kebahagiaan sekalipun ia hanyalah dalam mimpi. Berilah mama ketenangan. Tolong Ya Allah...

Pukul 4 pagi, mama terjaga. Mama basuh muka mama, memandang sekilas pada anak2 mama yang masih dibuai mimpi.. Mama ambil kain batik di atas rak besi, mama melangkah dalam gelapnya malam, sejuknya angin menerpa menyucuk ke tulang sum2 mama. Mama terpaksa bekerja lagi. Memasak untuk kantin sekolah. Menambah pendapatan mama untuk 7 orang anak mama. Ma..sungguh tabah mama ketika itu, sehingga kini... Pukul 6:30 pagi, mama pulang ke rumah, mengejutkan kami 5 beradik untuk bersiap ke sekolah. Mama dukung si kecil bongsu, mama susukan dia. Ma, maaf kerana Sue bangun lambat dan malas ke bilik air. Maaf sebab  tak bantu mama siapkan adik2. Ma, sue mintak maaf sebab tidak memahami kesusahan mama.. Sue ke sekolah seperti biasa ma. Sue betul2 blaja, sbb Sue minat sangat blaja. Sue suka sekolah baru Sue. Ramai kawan. Sue jadi pelajar cemerlang untuk buat mama bangga. Sue berjaya dapatkan keputusan paling cemerlang, untuk mama. Mama dijemput datang ke sekolah, hari penghargaan kepada anak2 yang cemerlang. Sue harapkan mama hadir, melihat kejayaan Sue. Tapi mama tak hadir, mama cakap mama sibuk bekerja. Sue terasa tak dihargai. Terasa seperti usaha Sue sia2. Mama tak bangga pon... Maafkan Sue ma.. Sue silap. Sue merajuk ngan mama. Sebab mama tak datang. Sue silap. Sue ingat mama tak datang kerana pentingkan kerja dari anak2 mama. Sue SILAP. Mama bekerja kerana mama sayangkan anak2 mama. Sue tak mengerti. Jahilnya anak mama yang diberi pendidikan ini. Mama, Sue mintak maaf menuduh mama dan dengan teganya Sue ucapkan pada hari itu.."Buat apa dapat straight A's pon. Bukannya dapat ke sekolah asrama penuh. Ma pun bukannya datang tengok..."

Mesti pedih dan pilu hati mama ketika Sue ucapkan kata2 tu kan? Sue mintak maaf ma. Ampunkan Sue.

Suatu hari, mama dan anak2 duduk di meja makan. Meja kayu dan kerusi yang sudak kopak. Kita susah ma. Nak beli meja makan baru pon tak mampu kan? Tapi kami bahagia mama ada bersama. Kami gembira masih berpeluang makan bersama. Kami bahagia kita masih mengekalkn adat makan bersama. Itulah didikan mama sejak dulu kan. Tak ada kurangnya didikan mama terhadap kami dan tiada kurangnya budi mama pada papa, tapi mengapa teganya papa meninggalkan mama? Kami tak mampu bertanya, takut hati mama terluka... Mama tiba2 bersuara: "anak2..mama mintak maaf kerana hanya ini yang mama mampu bagi makan. Mama minta maaf kerana hidup kita susah. Mama mintak maaf kerana kalian tak dapat makan sedap2. Ada udang, ketam, ayam..Hanya lauk kampung yang mama mampu bagi..."

Ya Allah. bagai halilintar membelah jantung Sua ma. Kenapa mama tiba2 berkata begitu. Adakah pernah kami merungut tentang makanan yang mama bagi? Adakah pernah kami mengadu tentang makan minum kami? Tidak ma... Lauk pauk yang mama bagi, adalah hasil titik peluh mama. Hasil kerja keras mama. Hasil mama bekerja dari mata yang cantik jernih menjadi merah dan redup...kerana mama penat. Sangat penat kan ma? Kami cukup bersyukur dengan apa yang kami ada ma. Kami cukup makan, cukup pakai, itu sudah memadai ma. Kami bukan anak manja yang senang2 didodoikan dengan kemewahan seperti dulu. Kami anak mama yang tabah, seperti mama. Kami kan anak mama. Kami pasti kami tabah. Ketika kami meluahkan kasih sayang kami, yang tidak terbanding kasih sayang lain yg wujud di dunia, mama tersenyum. bahagia kan kita ma? Semua sebab mama yang terlalu tabah menjaga kami. Terima kasih ma...
Atas segala jasamu.

Ma, maafkan anakmu ma. Maafkan kerana Sue tidak menjadi seorang kakak yang baik dalam menjaga adik2. Menjaga adik2 supaya tidak pernah melukai hatimu. Maaf ma.. Sue gagal. Adik Sue telah melukai hati mama, yang akan berparut. Ma, parut di hati mama terlalu banyak. Maafkan Sue. Sue tak mampu menjaga adik2 dengan baik. Sue tak sekuat mama. Andai dapat Sue gantikan tangisan mama, akan Sue ganti dengan apa sahaja asalkan mama tidak menangis. Asalkan mama tidak gusar. Sue sedih ma. Sedih mengapa teganya anak mama membuang mama ke tepi hanya kerana cinta seorang lelaki. Cinta gila! Sumpah ma. Su tak pernah mengajar adik2 untuk berbuat begitu. Sue nak adik2 berjaya macam Sue. Sue nak adik2 jaga hati mama sepenuhnya. Sue tak nak adik2 Sue jadi anak derhaka. Sue jaga ma.. Tapi Sue gagal.. Maafkan Sue. Sue tak mampu mencegahnya..

Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

4 comments:

  1. berdoalahh...berdoalah kesejahteraan kedua ibubapamu..walaupun mereka mereka pernah melukai hatimu..sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu...setiap yg berlaku ada hikmahnyerrr..setiap UJIAN yg ALLAH berikan diiringi sejuta kebahagian DUNIA DAN AKHIRAT..semoaga ibu berada dalam golongan insan yg bahagia dengan kejayaan anak2nyerr...aminnnn..zackdiey

    ReplyDelete
  2. thanks zack..harap begitu..harap adik saya akan berubah...

    ReplyDelete
  3. biarlaa..bkn silap awk jgk pom..ok??

    ReplyDelete
  4. u're the best part in everyone's eyes and the best survivor in her heart. deep down hanya Allah yg tahy gelodak yg melanda. kejayaan d kongsi bsama... tahniah krn bjaya menempuh ombak badai dgn tabah.

    "...andai hari esok langit akan runtuh, tabah la menjunjung bersamaku, andai hari esok dunia gelora takkan kugemuruh selagi ku ada kamu.."...

    ReplyDelete