Wednesday, July 27, 2011

Aku Yang Mengkhianati Family Kerana Kerjaya

Aku mmg dalam mood nak bersama keluarga tercinta.. dah plan elok2 nak balik kampung selepas meeting kat Kuantan.. Plan baik punyer! 

Hati terasa eksaited sangat. Tuhan saja yang tahu keinginan untuk berjumpa mama dan asik2 kat kampung.. Nak lepak2 kat beranda umah.. Nak pasang langsir baru.. Walaupun raya jauh lagi, aku nak tengok apa yang kurang supaya dapatla aku bajet nak beli apa kan..

Aku dah siap2 pesan kat adik, suh mama masak feberet food aku, Ikan Tongkol Singgang.. Next day menu, Gulai Ayam Terengganu... then mintak adik wat dessert puding caramel..or apa2 puding yang dia baru blaja masak..

Nak nangis kuat kuat!! Esok patutnya aku berangkat ke Kuantan.. Tiba2, hari ni dah dapat arahan dari boss, suh gi Port Dickson.. Walaupun event tu sangat menyeronokkan, dapat spend time kat hotel/resort..ada BBQ, hati aku tetap hiba.. aku rindu nak jumpa mama.. Aku rindu masakan dia.. masakan hotel 5 bintang pon takleh lawan masakan mak aku!

Memang aku patut bersyukur sebab boss bagi peluang join Research Collocium nih.. bukan slalu and patutnya aku tak termasuk dalam golongan orang yang layak..tapi boss ajak jugak. Dia nak aku blaja and timba ilmu lagi.. Aku faham niat boss... Berterima kasih sangat kat dia.. Berterima kasih ngan kasih sayang dia.. Aku boleh je pas suh org len ganti, tapi aku dah mesej dia tanya...dia diam jer..tak jawab..tu tandanya dia tak setuju..so, aku kena gak hargai peluang yang dia bagi...
Aku bahagia dalam derita...

Hati aku...sedih.....mengenangkan mama yang dah eksaited tunggu aku balik.. bersama cekedingku, Serratia yang  comel tu... Mungkin ada hikmahnya.. sebab pagi tadi serratia tak dapat hidup.. bateri dah kong.. aku pon lupa umur dia dah 2 tahun... servis lak asyik delay jer.. cermin mata dah retak.. malasnya aku!

Harap mama tak sedih (T__T)

Aku yang frust giler~


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

1 comment: