Monday, January 14, 2013

Air Mata 2013

Sebelum apa apa..aku mintak korang sabar je la baca entry ni and sediakan tisu sbb citer ni memang sedih giler..

Kisahnya, housemate aku buat aktiviti BBQ yang melibatkan kami bertiga. So, semangat la kan sebab da lama tak spend masa ngan depa.

First skali, nak idupkan api punya susah kan. Haiissh..pompuan,mana pandai bab survivor nih. Stat dari pas maghrib sapai isyak,api xnyala2 agi. Tapi aku sabo jer. Sampaila api tu nyala. Hasil kegigihan kami. Tu pun kalau usaha aku diambil kira la kan. Ahaaa...

Then bakarla ayam ngan sosej. Aku siap masak tomyam. Sebab da 3 hari ngidam. So lama gak la bakar ayam tu. Aku da lapar da. Buat pengetahuan korang,aku makan mmg kena ontime. Deviate sikit jer dari waktu makan, aku mula la meroyan. Sbb xtahan lapar and otak aku xcukup glukosa utk berfikir. Nak angkut oksigen ke otak.

So, aku da hidang semua kat ruang tamu. Tunggu depan nasi (tak tahan dah tengok tomyam and budu depan mata). Lagi la membuak2 keinginan utk mkn. Lama gak la aku tunggu depan nasi.. Hampir setengah jam la bagi hint yang aku ni lapar giler kan. Tapi xdak sapa peduli.

Aku tunggu lagi.. Dalam hati and perut aku da pedih. Nyesal aku xkuar mkn ptg tadi.. Nasi dah jadi bubur. Lapar je la yang aku dpt hari tu.

And buat kesekian kalinya aku majuk hanya sebab lambat nk makan. Aku masuk bilik sembang ngan adik aku sambil baring. Ngan tuala kt sebelah. Utk lap air mata. Adik aku da bantai gelak. Hampeh punya adik!

Leh kata majuk taha gaban da ni. Lapar toksah cakap la kan. Sampai ke sudah aku tak makan. Keinginan terhadap tomyan pudar begitu saja. Memang gedik la aku ngajuk sbb lapar kan...

Tapi, aku harap aku bukanlah satu2 nya manusia unik yg leh majuk sbb lapar. Huhu...


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment