Saturday, January 26, 2013

Apa Nak Buat di Bandung?

Aku sendiri tak tahu kat Bandung tu banyak tempat shopping. Rasa menyesal pon ada sebab tak prepare duit banyak banyak. Aku siap abeskan duit gi buat rawatan gigi, beli itu beli ini. Haishh ~~

Sampai jer kat bandung, tempat pertama kitorang singgah, tangkuban! Tempat ni best coz sejuk. So pakaila cardigan ke apa. 
Panjat punya panjat, sampai gak kat kawah putih ni
jangan lupa try jagung ni. manis and natural giler!
So, lepak la atas tu lelama. Amik feel jap. Pada yang single tu leh la usha2 pakwe2 dari Malaysia yang ensem2. Ramai gak aku tengok group2 manusia lelaki dari Malaysia. Kompem single kot sebab jalan berkumpulan. Haha.. Aku? Tak minat..

Tempat yang paling orang suka, Pasar Baru! Kat sini makcik2 suka la. Yang nak beli kain sulam2, renda2, batik jawa, jubah, telekung.. Patut la datang sini.

100K rupiah..lebih kurang RM 30 (Jan 2013)


Then, heading to factory outlet. Mak ai..banyak betol factory outlet kat Bandung ni. Rambang mata aku dibuatnya.. Oh tuhan.. Seb bek kad kredit aku dah terminate kalau tak memang keje aku bayar utang bank jer sampai tahun depan!

Ni kira setaraf Pavillion Malaysia..

Kat sini boleh dapat barang branded yang murah2
Antara F.O yang boleh dilawati, Paris Van Java, Rumah Mode, Heritage F.O, Stamp (depan Heritage) and banyak lagi. Tak berdaya la kaki ni nak melawat semuanya. Jangan lupa Bali Heaven! Situ pon menarik jugak. Semua batik2.

SOGO pon ada..tapi harga lebih kurang MYR

Statue di mana2 aja..
Kalau nak makan storberi (versi indon), cuba la lawat Happy Farm. Aku tak suggest sangat sebab best lagi Cameron highland. Sejuk and nyaman. Happy Farm ni panas. Dah la stoberi tak banyak pon. Dalam guni jer. Memang tak best. Aku pon tak terliur nak petik.

Buah strawberi
Untuk ole2 buat mak mak, or mak mertua.. leh la beli kek kat Kartika Sari..

Berbagai jenis kek berasaskan keju
Pas tu, habisla perjalanan aku ke Bandung ni. tak puas hati sebenarnya. So aku decide nak tempah tiket untuk next year. Gi honeymoon ok!


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

No comments:

Post a Comment

Post a Comment