Tuesday, April 26, 2011

Kenali Boss Aku

Patut ke aku sayang boss aku? Hmm...kalo ikut pendapat aku..memang patot..coz, bacalah....










  • Secara peribadi, aku menyifatkan dia seorang lelaki yang tegas walaupun kadang2 tak bertempat ketegasan yang ditunjukkan.(Diam jer..terima seadanya arahan dan keputusan yang diberikan..kalau dia rasa dia silap,pandaila dia ‘explain’ balik)

  • Sangat bijak kerana mampu membuat keputusan yang tepat di saat yg genting walaupun ketika itu keputusannya amatlah diragui oleh para mangsa ketika itu…

  • Walaupun sukar untuk mengakui kesilapan sendiri, dia masih boleh dibawa berbincang. Cuma jumpa dia pada waktu yang sesuai..terutamanya lepas waktu keje..jadual da lengang,begitu juga ‘fikiran’nya…

  • Cepat marah tapi cepat juga sejuknya. Jangan tambah minyak ketika api tengah marak!!Cari nahas kena maki…

  • Agak kelam kabut sehingga memaksa orang sekeliling turut tunggang langgang. Dan juga barang2 akan turut berterabur di saat ke’ribut’annya berlaku.

  • Sangat sukar menepati masa,hingga para tetamu terpaksa menunggu minimum 1jam untuk mendapatkan perjumpaan selama 10 minit (paling lama jumpa 1jam jer)…

  • Kelihatan seperti seorang yg cepat lupa,tapi pada dasarnya,dia cepat mengingat dan bahaya sekiranya melakukan kesilapan atau sesuatu yg tidak disukai kerana akan menjadi ‘dendam kesumat’..Tunggula hari pembalasan!!

  • Agak kedekut membelanjakan wang,tetapi untuk tujuan tertentu,pemurah dan sangat memahami =)

  • ‘Humble’ dari segi pemakanan dan pergaulan.. Asalkan seseorang itu tau menghormati sesame manusia, dia akan cukup gembira dan senang didekati.

  • Suka bermegah dengan kejayaan yg dicapai..(dah memang apa yg dicapainya memang ‘Grand Finale’ dan tak terjangkau oleh rakyat biasa..dia memang layak berbangga..)

  • Berkira dengan orang yg berkira dengannya,dan pemurah dengan org yg pemurah dengannya…Membantu ketika perlu…Mendengar ketika perlu…Ambil masa yang lama untuk buktikannya…

  • Lirikan mata yang tajam (macam naga nak telan orang),tapi senyuman manis and comel bila dia ketawa dan melawak..He really knows how to make people laugh!

P/s: Bukan mendefinisikan seseorang yg penting...cuma menghargai pengalaman yang ada..susah payah bekerja =)


Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

1 comment: