Friday, April 22, 2011

Kecelaruan Emosi

Asal Jumaat jer, mesti nak update blog..maklumlah. Ada masa utk dihabiskan/dibazirkan menunggu di pagi hari.. Tunggu patient la..apa lagi. Biggboss takpe, kalo dia sampai dia call aku. So tak la menyusahkan aku utk tunggu dia. Dia pon dah jadi penyabar and memahami ckit berbanding dulu (dulu aku jadi tiang pacak kat ospital tunggu dia,dia syok2 makan tanpa fikirkan aku yg tunggu dari kul9-11..dah tu muka seyes jer bila aku takde kat situ).

 Alhamdulillah. Berubah jugak dia. Huhu...

Hari ni agak lengang/tenang memandangkan bigboss gi outstation. Lega bercampur risau sebenarnya..sbb takut miss pt untuk stadi baru. Takper...dia janji next week nak turun. Aku tunggu! Terima kasih tak terhingga kat beliau sebab semalam dia luluskan permintaan aku utk dapatkan sorg sekretari utk aku. Yieehaa! Lega ckit hati aku.. Dah lama dah terpendam memikul beban kerja yg banyak nih.

Yess! Permintaan termakbul...Mood Hepi and Bahagia!





Sepatutnya hari nih aku gi ospital, carik patient..tapi sistem down plak. Sia2 jer pon kalo aku gi sana. Nak turun ward rasa malas sebab ada sorg kawan aku posting kat situ. Aku tatau apa yg buatkan dia recognize aku sampai la skarang.. Aku tak rasa aku pernah rapat ngan dia and lagipun susah utk aku recognize orang kalo dia bukan satu praktikum ngan aku. Katanya kitorg duk kuliah yg sama. Mak ai! Kuliah tu punyer la ramai orang. Beratus! Segan gak la aku ngan sia sbb dia dah jadi HO kat selayang. Jap gi nek jadi MO dah. Ish3...

Tapi dia tak berubah (ingatan yg samar2...). Senyuman manis dia tu mungkin aku tak lupa kot. And dia tegur aku macam aku nih artis lak, men sekat2 aku kat tengah jalan depan kawan2 dia yg ramai tu. Aku blushing la. Terkejut beruk! Tetiba jer terjah. Sentaphatimaknak... Haha... Smalam pon sama. Aku turun ward, then aku macam kenal jer dia (walaupun dari pandangan belakang...)..aku wat dunno jer. Jalan teros, amik census and baca (sambil sorok muka..sedaya upaya mencuba utk tidak dikenali).

Tiba2 (as expected...tak la tetiba sangat), dia duk panggil nama aku (ngan nada eksaited).. Tak pernah2 aku buat2 gelak (coz i didn't feel like anythings funny)..

Aku: "eh!posting kat cni dah?baper lama?bila stat?" (sambil menulis..patut ke aku tatap muka dia?sambil berwajah fake. dalam hati rasa bersalah sbb buat2 tak nampak tadi...)

Dia:"baru seminggu.." (sambil letak telefon.jgn lupa patient ko dah la...)

Aku:"owh..baper lama agi posting?"

Dia: "setahun lagi.." (senyuman yang tak lekang di bibir..manis)

Aku:"wah..jap je tuh.pasni jadi MO dah..." (senyum malu2 sbb staffnurse tu duk pandang kitorg...mesra sgt ke?)

Dia:"itu la...jap jer.." (duk kat blakang aku...ntah apa dia buat aku tak amik tau..)

Aku:"good..." (apakah perasaan ini??)

Aku biarkan semuanya berlalu. I dun feel like belong to the group. Jauh sangat bezanya..walaupun dia tak pernah terdetik utk bezakan aku kot...Aku amik handbag and without saying goodbye, berlalu je (cam rude la plak...save myself!!! Masuk nih kali ke berapa ntah aku melarikan diri...huhu.

Mood menyelamatkan diri...Confuse!





Then aku teros balik umah. Sunyi. Memandangkan housemate ku dah balik dari Ipoh dan bekerja.. So aku solat Asar (lewat).. Syahdu rasanya bila solat masa hujan sedang menitis membasahi bumi... Agak2 dosa aku sebanyak air hujan yang menitis tu tak? Aku rasa syahdu.. Then lipat telekung, and turun dapur utk masak... Makan sambil tengok CSI: NY7. Kes pembunuhan 15 tahun dulu and penyiasatan yang berdasarkan saintifik theory.. Memang best! Then aku cuba completekan SUDOKU before reading jurnal..

Mood bosan plak... Asyik tukar2 mood ni yang buat aku tensen...

Bek tido!



Even a 1000 cups of coffee with a friend it is too little (n_n)v

2 comments:

  1. wah3!!!!
    apekah petande..muahahahaa..
    next step..?
    who's person?

    ReplyDelete
  2. petanda hapemyer..kawan 'lama'...risau sbb dah lupa peristiwa lama...

    ReplyDelete